Cuti2 sekolah ni ramai org bawa anak2 pergi melancong. Saya pun pergi juga tapi bukan tujuan melancong (jauh sekali melencong) tapi kerana ada tugas yg perlu dilaksanakan.
Semalam saya dan seorg rakan bertolak ke P. Pinang pukul 6:15 ptg dari KL. Sepanjang perjalanan dari Sg Buloh lagi kami dicurahi rahmat hujan yg adakalanya terlalu lebat sehingga hampir tak nampak jalan. Semoga rezeki kami mencurah2 macam hujan ini juga. Dipendekkan cerita, kami sampai di Hotel Seri Malaysia, Kepala Batas pukul 10:30 malam. Hotel ni baru 3 minggu dibuka dan mungkin kami tetamu pertama yg menginap di bilik 6** itu. Bagi sesiapa yg berminat utk ke hotel ini, ia terletak di Jalan Datuk Ahmad Badawi.
Semalam saya dan seorg rakan bertolak ke P. Pinang pukul 6:15 ptg dari KL. Sepanjang perjalanan dari Sg Buloh lagi kami dicurahi rahmat hujan yg adakalanya terlalu lebat sehingga hampir tak nampak jalan. Semoga rezeki kami mencurah2 macam hujan ini juga. Dipendekkan cerita, kami sampai di Hotel Seri Malaysia, Kepala Batas pukul 10:30 malam. Hotel ni baru 3 minggu dibuka dan mungkin kami tetamu pertama yg menginap di bilik 6** itu. Bagi sesiapa yg berminat utk ke hotel ini, ia terletak di Jalan Datuk Ahmad Badawi.
Mulai bulan depan saya rasa tak banyak aktiviti di kawasan ini tapi mungkin berpindah ke kawasan Pekan pulak. Dah terbuat hotel ni nak macamana?
Selepas daftar masuk saya ke rumah bekas rakan sekerja yg tinggal di sebuah rumah corner lot di Bertam. Dah ada 2 buah kereta termasuk sebuah BMW 5 Series. Alhamdulillah saya tumpang gembira. Kami berbual sehingga pukul 12:30 mlm.
Selepas daftar masuk saya ke rumah bekas rakan sekerja yg tinggal di sebuah rumah corner lot di Bertam. Dah ada 2 buah kereta termasuk sebuah BMW 5 Series. Alhamdulillah saya tumpang gembira. Kami berbual sehingga pukul 12:30 mlm.
Pagi tadi saya ada kerja di tempat ini.
Ada taklimat dan lawatan tapak utk tender yg sykt saya sertai. Kami telah disenarai pendekkan setelah ditemuduga 4 minggu lepas. Bukan mudah nak masuk dalam senarai kontraktor sykt antarabangsa mcm ni. Hampir kesemua kontraktor adalah bukan bumiputera. Tolong doakan kami berjaya dan membuktikan kami juga boleh bersaing dgn yg lain.
Sebelum balik ke KL kami singgah di sebuah restoran nasi kandar. Tak sah kalau tak makan nasi kandar jika telah ke Pulau Pinang.
Saya sampai di rumah pukul 5 petang dan menyambung kerja dari rumah. Lepas tu seperti kengkawan yg baca n3 ni, mesti tengok blog dan update apa yg patut. Esok pagi saya akan ke Pasir Gudang utk tugas yg sama di sana.
wah~ nasi kanDar ....lmE dah xmkn~!
ReplyDeletekEy,
ReplyDeletekenapa dah tak makan? Ada insiden yg menyayat atau menyiyat hati ke?
semuga berjaya mendapat bidaan tersebut...
ReplyDeletekalo saye, balik umah pehtu tido... mueheheheheheh
ReplyDeletepenat wooo long distance punya travel.. Hihihihih
Ape pon, semoga YB terus sukses... InsyaAllah... Aminnn.. :D :D
nasi kandaq?..sempoi bang!.
ReplyDeletesemoga berjaya - dah dapet buleh belanja kawe2...he he he...
ReplyDeletenasi kandaq? not so minat
dah jeran makan nasi kandaq. Sebab terceret beret.
ReplyDeletezino,
ReplyDeleteterima kasih di atas doa dan sokongan moral.
syah shah,
sapa tak nak rehat tapi saya baru nak merangkak dlm bisnes kena keje lebih kuat dari pesaing lain. Org bukan bumi dah jauh ke depan. Kebanyakan org kita masih bergantung kpd bantuan kerajaan dan belum bersedia bersaing tanpa bantuan.
Saya dah biasa travel long distance. Kalau ada rezeki nanti saya beli jet sendiri hehehe
Terima kasih atas doa ikhlas ko tu.
cikgooden,
welcome back. Hanglah antara peminat nasi kandaq. Lain kali jom kita pekena sama2.
sonata,
tak payah tunggu dah dpt kalau nak belanja kenkawan. Kalau dtg KL bagi tahu.
Tak minat nasi kandar sbb takut kalesterol ke?
kakpah,
kesian sampai ceret beret. Ikan bakar lagi bestkan?
dah bersara ni,makin ligat YB bekerje yer.semoga rezeki tender tu menjadi milik YB.
ReplyDeletePergh, respek lah uncle. Macam ni punya hardworking, InsyaAllah. pepatah arab; Man jadda wajada. Wa man zara'a hashoda
ReplyDeletebz juak YB auk??
ReplyDeletemoga berjaya la ya...
moga mughah rezekinya...
PenyuBiru,
ReplyDeletesaya belum bersara tapi kerja sendiri. Anak2 kecik lagi belum boleh rilek.
Terima kasih atas doa tu.
Akmal,
Amin.
psst - tolong translate
Chekgu BH,
wah panday kitak kelaka Swak. Pagi tuk kmk mauk ke JB. Mun sik ada hal, Chekgu boleh ngikut kmk?
semoga berjaya :)
ReplyDeletesampai berbaris tu... maknanya mesti sedap nasik kandar kedai tu... nyum2
saya last ke?
ReplyDeleteTak berapa minat ler ngan kedai2 org hitam manis ni, gerun tgk bulu kat tgn mula la bygkan yg bukan2,hahahahah.Org Jawa juga jd pujaan,ahakkkss.
Maksudnya,
ReplyDelete"sapa berusaha, dia dapat apa yangdia usahakan; sapa yang menanam, dia lah yang tuai hasilnya"
Tu essence nyer, nak translate satu satu, saya punya vocab untuk lughah ni limited hehehe. :D
huittt... masa aku study kt kepala batas dulu takde pulak hotel tuh, KFC pon besar sketja dr bedroom umah aku.. hehehehe.. dahsyat ekk???
ReplyDeletetakpe YB, keje di kala cuti-cuti sekolah ni pun bagus gak...depa kata jln lengang...
ReplyDeletemoga YB akan berjaya dalam bidang kontrek kontrek tu (lain macam plaks bunyinya), bersih cekap amanah, cemerlang gemilang terbilang (kita tunggu pula slogan baru. ahaks)
ReplyDeletecaiyuk caiyuk
juliet, aku pun tak minat ngan kedai2 abg bulu tu...
ReplyDeletekedai jawa pun tak berapa..
kedai org siam gak aku suka...
jom tomyam ngan ikan 3 rasa :D
kapten,
ReplyDeleteterima kasih.
Sedap tu terpulang kpd selera masing2. Yg tentu kedai ini femes.
juliet,
ko tak last, kts yg last.
Romeo ko org Jawa ke? Jgn berangan nak tackle Pak Zahan. Silap haribulan ko kena santau dek ckLah. hehehe
Akmal,
terima kasih kerana sudi beri maknanya. Akan uncle jadikan kata2 azimat.
cik confius,
ko study tahun bila tu? Hotel ni baru aje siap. Sekarang KFC dah buka yg baru di simpang sebelum hotel tu. Besar.
nahmy,
jalan lengang kat bandaraya. Kat highway banyak kereta sbb org pergi makan angin. Hotel kat Penang pun banyak yg penuh. Itu yg terpaksa duduk kat Seri Msia Kepala Batas (sambil tengok kampung saya) hehehe
Mak Su,
Amin. Saya terpaksa bermula dgn kontrek swasta kerana kontrak kerajaan nak kena daftar dgn PKK. Banyak cekadaknya. Macamana pun kena jugak masuk tender kerajaan sbb dia nak belanja RM60 bil.
kts,
bukan kedai org Brunei ke?
Kalau ko pegi makan tomyam jgn lupa ajak aku!