Wednesday, December 3, 2008

Kisah Rabun Warna


Kisah 1
Anak kedua kami, Nuratikah telah mendaftar di dlm kelas memandu sebaik selesai peperiksaan SPMnya. Ada beberapa org rakannya yg turut mendaftar diri. Semalam kelas mereka yg pertama. Dia balik agak lewat - pukul 6 lebih.
Dia membawa balik 2 buah buku :
1) Kurikulum Pendidikan Pemandu - oleh JPJ
2) Buku Latihan Ujian Undang2 Jalan Raya.

Di dlm buku ke2 itu terdapat contoh2 soalan dan tanda2 lalulintas. Tetapi yg menarik perhatian kami ialah soalan buta warna. Ada beberapa nombor dlm gambar yg susah hendak dipastikan. Anak sulung kami mmg mempunyai masalah rabun warna, tapi hanya tahap rendah. Adiknya pun spesis nampaknya. Kerana tak berpuas hati dituduh buta warna, Atikah menyuruh emaknya melihat beberapa gambar dan memberitahu nombor yg dia lihat. Kebanyakan isteri saya nampak tapi ada satu atau dua yg dia tak nampak. Gene dari emak mereka rupanya masalah buta warna ni. Kerana tak berpuas hati dituduh demikian, isteri saya memakai spek dan kali ini dia dapat jawab semua dgn betul. Sekarang giliran saya pula diuji oleh anak2. Entah apa sebab ada yg saya tak nampak dgn jelas. Saya pulak dituduh buta warna.

Kisah 2
Pagi tadi semasa saya dan rakan2 setugas minum di warung berhampiran tapak projek, entah macamana terkeluar kisah buta warna. Salah seorg dari kami (dah tentunya bukan saya) mengaku dia buta warna. Penyakitnya agak kronik sehingga dia susah nak membezakan lampu hijau dan merah. Dia tahu kalau yg menyala di lampu isyarat tu lampu yg atas, itu tandanya merah. Pernah beberapa kali dia termasuk lorong tol yg tutup kerana lampu merah di atas pondok tol disangka hijau! Terpaksalah undurkan kereta dia. Tetapi cerita yg paling sadis ialah ketika dia membeli sepasang seluar panjang baru berwarna kelabu di Jaya Jusco. Dgn machonya dia memakai seluar itu keesokan harinya ke pejabat. Yg pelik yg semua org tengok dia semacam semasa dia menaiki lif utk ke opis nya yg terletak di tingkat 15. Sesampai di opis, rakan2 nya menegurnya kenapa pakai seluar PINK kaler pagi tu! La merah jambu disangka kelabu - mmg teruk buta warna kawan ni.


Salah seorg dalam gambar ni buta warna. Bangunan di latar belakang ialah Pejabat Tanah & Daerah Petaling yg di dalam pembinaan.

14 comments:

  1. Oh, family uncle ada trait colour blind ke? Penyakit tu memang inherited by the way, tapi kalau tak silap kena dua-dua belah mak dengan ayah as gene carrier or pesakit. Tak ingat dah, yang tu SPM punya biology dulu kot haha. Sini tak masuk lagi topic tu :D
    Haha, ujian undang-undang, senang sangat! Saya dapat 50/50 hehehe... :D

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Salam en YB

    Wah! masalah besar juga menjadi buta warna ye?

    Baru-baru ini saya juga ada membuat pemeriksaan kesihatan, alhamdulillah ujian buta warna lulus. Hehehe!

    ReplyDelete
  4. salam en YB...

    maaf, tersilap komen awalnya tadi...

    kadang-kadang buta warna ni mendatangkan masalah sedikit...

    ReplyDelete
  5. Akmal,
    Keluarga kami mungkin baru peringkat rabun warna belum sampai tahap buta warna. Nanti kalau you dah belajar bab colour blind ni tolong explain kat uncle ya.
    Dengarnya ujian undang2 tu mmg kacang. Hazwan pun dulu dpt 50/50. Uncle tak tahu susah ke senang sbb ambil lesen kat US.

    Salam JP. Mmg masalah kalau sampai pakai seluar pink disangka kelabu. Apa hal org lelaki pakai seluar warna tu. Kawan saya cakap dia dah buang seluar tu!

    Sastri,. Wsalam. Terima kasih kerana sudi singgah. Sebelum ni cuma JP aje (ha ha ha).
    Org yg buta warna tak boleh jadi polis, askar, akitek, pilot. Mmg masalah kalau mereka bercita2 nak jadi salah satu dari senarai ni.

    ReplyDelete
  6. Hahaha,tak bleh nak bygkan org lelaki pakai seluar/baju kaler pink, romantic gitu.

    ReplyDelete
  7. Julietchun
    Mmg cun giler kalau lelaki pakai seluar pink. Tapi hilang lah macho dia.

    ReplyDelete
  8. salam.. u commented on my inactive blog.. hehe.. but thanks for dropping by..

    ReplyDelete
  9. Jard, you mmg great. I masuk blog you yg tak aktif pun you perasan! Kalau ada kesempatan I jenguk2 blog you yg satu lagi.

    ReplyDelete
  10. agak-agaknya orang yang ada masalah rabun warna ni , boleh ker jadi pilot ???


    YB,

    selamat hari raya haji

    ReplyDelete
  11. bulih tak ambik lesen kalau buta warna tu bang?

    ReplyDelete
  12. pB
    Setahu saya org yg buta warna tak boleh jadi pilot kerana pilot penglihatan mesti perfect.

    tasik,
    Soalan tu kena tanya JPJ. Tapi kawan saya yg buta warna tu (yg pakai seluar pink tu lah) kata dia dpt surat doktor sebelum ambil test JPJ. Sekarang dia ada lesen walaupun dah beberapa kali langgar lampu merah yg disangka hijau!

    ReplyDelete
  13. jika ada lampu isyarat yang khas untuk rabun warna, rasanya, orang colourblind suka tak?

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails