Ungkapan ini mmg sudah selalu kita dengar. Berbagai cara kita fikirkan dan/atau lakukan utk mendapat kesenangan tapi tak semua usaha itu mendatangkan hasil yg diharapkan. Bagi yg makan gaji, pendapatan setiap bulan mmg dah tetap kecualilah boleh claim OT atau buat kerja tambahan spt memeriksa kertas ujian bagi cikgu2 yg berketrampilan. Itupun dengarnya tak banyak mana.
Jadi sibuklah kita cari jalan lain. Saya pun dah puas fikir apa yg boleh saya buat. Antara yg pernah terlintas dan juga dibuat sikit kajian termasuklah:
1) bela kambing boer2) tanam kelapa sawit
3) usahakan tanaman cendawan
4) bela cacing
5) jual pisang goreng jenama GPMS
Atas berbagai sebab, satupun tak jalan (lagi). Jadi macam Mat Jenin pulak.
Selain dari senarai di atas saya juga tertarik utk mengusahakan ternakan (betul ke istilah ni) burung walit utk sarangnya. Saya pernah berjumpa beberapa org yg mengusahakan ternakan walit utk mengetahui tentang seluk beluk perusahaan ini. Antara yg saya temui ialah bekas kontraktor saya yg tinggal di Segamat. Saya jumpa dia dah setahun yg lalu. Dia telah membawa saya melawat tempat sarang burung walitnya iaitu di sebuah rumah kedai peninggalan mendiang bapanya. Pada masa tu dia boleh mendapat RM18,000 sebulan hasil jualan sarang2 burung. Kerjanya cuma 2 kali sebulan utk memungut sarang2 burung tu. Waktu lain dia enjoy sakan dgn melancong atau duduk di kedai kopi. Saya juga telah dibawa ke rumahnya. Wow! besar dan cantik. Di perkarangan rumahnya pula ada sebuah VW beattle yg terbaru dan sebuah motor Harley Davidson. Dia memberitahu saya, hidupnya telah berubah sejak membela burung. Kerja senang tak perlu nak bagi makan dan pasaran sentiasa ada. Saya teruja.
Hari ni terbaca pulak berita dlm Utusan spt di bawah. Buat lemah semangat aje.
Pengusaha burung walit diarah pindah
MELAKA 1 Dis. - Para pengusaha burung walit di kawasan warisan di seluruh negeri ini diberi tempoh sehingga Disember tahun depan untuk berpindah ke tempat lain yang ditetapkan oleh kerajaan negeri.
Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, pihaknya mengenal pasti kira-kira 20 pengusaha ternakan itu di kawasan sekitar Jonker Street dan Jalan Tengkera di sini.
Menurutnya, tindakan tersebut bertujuan memelihara keaslian dan kebersihan di Tapak Warisan Dunia dan pada masa yang sama menjadi perhatian serta kunjungan pelancong asing dari seluruh negara.
MELAKA 1 Dis. - Para pengusaha burung walit di kawasan warisan di seluruh negeri ini diberi tempoh sehingga Disember tahun depan untuk berpindah ke tempat lain yang ditetapkan oleh kerajaan negeri.
Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, pihaknya mengenal pasti kira-kira 20 pengusaha ternakan itu di kawasan sekitar Jonker Street dan Jalan Tengkera di sini.
Menurutnya, tindakan tersebut bertujuan memelihara keaslian dan kebersihan di Tapak Warisan Dunia dan pada masa yang sama menjadi perhatian serta kunjungan pelancong asing dari seluruh negara.
Bro...
ReplyDeleteDUIT BUKAN SEGALA-GALAYA
Err...tapi
(SEGALA-GALANYA MEMERLUKAN DUIT..)
Sesungguhnya, zakat itu menyucikan harta.....
Sis,
ReplyDeleteAyat pertama tu betul tapi ayat ke2 tu lagi betul huhuhu.
InsyaAllah bulan ni saya akan bayar zakat harta utk menyucikan dan menyuburkannya.
Bela cacing, kaya tu! Prospek dia pun agak luas. Kat kelantan, Haji Fatah ada buat rasanya. Avon beli dengan dia, timbang kilo. Berapa dapat, saya pun tak pasti; tapi saya tahu banyak! Avon, biasalah :) Lagipun cacing tu kalau tak silap diorang guna buat kosmetik.
ReplyDeleteAkmal,
ReplyDeleteBukan setakat cacing malah semua yg uncle senaraikan tu ada prospek. Ada yg dah kaya buat benda2 tu. Tapi kalau tak mulakan mcm uncle ni,tinggal perancangan aje. Kena buat anjakan minda. Doakan uncle ada kekuatan utk melakukannya!
Burung walit tu rupenye bagaimana? Cam burung layang2 ke? Nak mulakan sesuatu ni kena ade modal dan berani gakkan.
ReplyDeletehabis tu? bila saya pencen nanti saya nak bela apa? dah bela burung walit tak boleh..... :(
ReplyDeletejulietchun,
ReplyDeleteBurung walit dan burung layang2 tu sama aje. Nak bela burung ni modal agak besar sbb kena sediakan rumah. Ada org guna rumah kedai 3 tingkat yg tak laku dijual. Ada yg buat khas kat kawasan lapang. Whatever, still guna $$$.
mak su,
Bukan tak boleh bela burung walit tapi kena pastikan tempat yg dipilih dipersetujui oleh PBT. Kalau tak, nyanya kena pindah bila burung dah banyak masuk rumah yg disediakan mcm kes kat Melaka tu.
abg yunus,
ReplyDeleteBUAT JE!
saya ada tanah kt kampung... berangan nak tanam serai lah, bela ayam lah, sbb kawan2 saya yang veteran dah sudah bersara (kawan2 saya ramai yang 40s ke atas sbb deme coooool) semua berjaya sebab bela membela nih. asal jangan bela saya sudah! mesti ranap... hahaha
seriusly, yang bela ayam tu, dia dapat 12 ribu sebulan bersih. yang tanam serai tu, saya tanya berapa dia dapat, dia cakap, "banyak jugak wo" yang bela cacing pun sudah maju kaya raya!
saya tunggu pencen, saya akan buat le, now nie, takleh lagi. kena enjoy dengan duniawi dulu! hahahaha :p
buat je bang! modal tak banyak...
asal ada kemahuan!
wuyo! macam kasi ceramah penternakan pulak! hahahaha
burung walit ke burung walid.
ReplyDeletehahahahaha... adeh deh deh.
one love,
ReplyDeleteHebatlah ceramah pertanian cum motivasi you. Masalah saya takde tanah, yg ada cuma sekankang kera kat belakang rumah yg buat tanam pisang tu muahaha.
psst - kesian cik abg you kena bela you he3x.
tasik
Tak kisahlah walid ke walit. Saya tengah cari kawan yg ada tanah kat S'gor ni utk kongsi buat rumah burung dan cuba tarik burung2 dari Melaka yg tak berumah tu kuang3x.