Thursday, December 4, 2008

Mujur Terdengar Di Radio

Saya keluar dari pejabat pukul 5:40ptg tadi. Biasanya perjalanan pulang akan mengambil masa antara 45 minit hingga 1 jam walaupun jarak dari opis ke rumah cuma 24 km. Ini kalau jalan jam2 biasa aje. Kerana malam ni malam Jumaat dan ada majlis bacaan Yasin dan tahlil di surau, saya sangat berharap dapat sampai sebelum Maghrib.

Ketika memandu pulang saya selalunya akan mendengar radio. Biasanya saya akan bertukar2 stesen utk mencari apa yg sedap didengar. Kebetulan sesama mendengar laporan trafik yg dihantar oleh pendengar di salah sebuah stesen radio tu, DJ memaklumkan ada tanah runtuh berhampiran bangunan Amanah Raya di Jalan Semantan. Tembok konkrik penahan telah runtuh dan menghempap beberapa buah kereta yg dipakir di kawasan itu. Jalan ke situ jam teruk. Alamak itu laluan saya setiap petang!


Memang betul. Bila saya tengok jalan di depan saya, kenderaan dah mula berbaris panjang. Saya pun tukar arah dan masuk ke jalan ke Sri Hartamas. Nasib baik jalan di situ jam2 biasa aje.

Terima kasih kpd pendengar yg prihatin dan menghantar SMS ke stesen radio terbabit tentang kejadian tersebut. Dapatlah saya sampai ke rumah pukul 6:30 dan menulis n3 ni sebelum saya ke surau.

13 comments:

  1. Komuniti surau yang sangat aktif. Tahniah! :)
    Info trafik memang sangat berguna, nak nak pulak kalau waktu keluar pejabat nih :)
    24 km, kalau saya serius saya naik motor aje haha (pemboncengan berhemat; bukan merempit, mind you). Tapi tu lah, kita langgar orang kita sakit, orang langgar kita pun kita yang sakit...

    ReplyDelete
  2. Sempat lagik tuh post n3 sebelum gi surau, mmg sorang blogger tegar,hahhaa.Tgk dlm berita semlm teruk ye tanah runtuh tu.

    ReplyDelete
  3. tak dan dan nak mengepos n3 tu. hahaha....

    ReplyDelete
  4. Akmal,
    Komuniti surau biasa2 aje. Yg saya suka kalau malam Jumaat ada makan. Bukan makan tu yg penting (kat rumahpun boleh makan) tapi dpt peluang berinteraksi dgn jiran tetangga. Musim hujan ni naik motor kuyup.

    julietchun,
    Ala... sambil minum kopi O panas dan goreng pisang yg disediakan isteri buatlah n3 tu. Pagi ni saya gatal nak lalu kat situ nak tengoklah konon. Akhir sangkut kat jam huhuhu.

    tasik,
    Tentulah sbb lepas balik surau nak buat kerja lain (kan malam Jumaat!) kah kah kah

    ReplyDelete
  5. Dah masuk kategori 'penagih tegar ni' Har...har...har..

    Rujuk N3 lama Jowopinter untuk 'menguji darjah ketegaran anda' dalam berblog!

    Jangan marah ya bang. Pagi Jumaat kena senyuuuuummm!!!

    ReplyDelete
  6. tulah pasal....dgr radio semasa memandu pulang ke rumah mmg perkara wajib...

    ReplyDelete
  7. ckLah,
    Saya dah baca n3 JP tu melalui blog you sempena n3 ke80 you.
    Nampaknya kita dah sama2 jadi 'penagih tegar'. Jumpa you dan kawan2 blogger yg senasib dgn kita di 'pusat serenti'!

    Jard,
    Radio kat kete I radio biasa aje - tak power mcm kat Viva you.

    ReplyDelete
  8. yes abg yunus...
    sampai ke malam lepas isyak, jalan itu MASIH jem...
    saya menuju ke damansara dari kuala lumpur pun jem sedikit.. yang dari damansara mahu ke pusat bandar atau jalan kuching, memang jem ya amat!

    LUCKY YOU!

    ReplyDelete
  9. kerana hujan kot ker? sampai jadik mcm tu...

    ReplyDelete
  10. one love, Jgn kata malam semalam, pagi tadi pun jam teruk jugak pasal ramai org nak tengok. Hampeh betul.

    mak su,
    Menurut laporan tembok tu runtuh dan menghimpap 11 buah kereta disbbkan hujan yg turun dari pukul 2 ptg semalam. Nampaknya musim2 hujan ni takle parking bawah pokok, tepi tembok dan di lereng2 bukit.

    ReplyDelete
  11. salam en. yunus..
    selamat kat surau belum pasang wifi.. wireless.. kot nye ada, mesti en. yunus bwk la laptop nk post n3 sementara tunggu isyak..
    heheheh.. (gurau jer..)hihihi

    salam singgah..

    ReplyDelete
  12. salam..aduh musim2 hujan ni mmg sentiasa kena awas ye.. bahaya2..
    tahun lepas, mggu xam, sy lgsg xdnga radio. lgsg xtahu rmh dh banjir. nsb baik ada org tel. bgthu. so, plan kne diubah serta-merta..terima kasih radio

    ReplyDelete
  13. Wsalam KAKTINY.
    Pernah saya sarankan kpd Pengerusi surau utk adakan blog utk surau kami. Senang nak sebarkan maklumat. Tapi yg tersirat boleh jugak saya masukkan n3 mcm yg KAKTINY ckp tu he he he.

    Rumah e-leeyana kat Segamat tu tepi sungai ke? Tapi banjir kat Johor tahun lepas mmg teruk. Yg jauh dari sungai pun kena.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails