Thursday, December 25, 2008

Datang Dgn Harapan, Pulang Dgn Kejayaan

Hari Selasa lepas saya telah menghantar Haizam utk majlis suai mesra di sekolah menengahnya. Akhirnya dia memilih SMK Taman Setiawangsa utk menyambung pelajaran peringkat menengahnya. Di sekolah inilah juga abang sulungnya, Hazwan belajar sehingga tamat Tingkatan 5. Dia seorg yg aktif semasa di sekolah tersebut dan telah dipilih menjadi Penolong Ketua Murid (setelah merayu supaya tidak dilantik menjadi Ketua Murid. Macam ni punya pelajar pun ada ngeh ngeh ngeh) serta beberapa jawatan lain dalam kokurikulum.

Haizam di hadapan blok dewan sekolah

Semasa majlis orientasi, entah macamana Haizam telah diminta ke hadapan pentas oleh guru HEM utk menjadi contoh murid yg berpakaian menepati piawaian sekolah.

Guru tersebut menyatakan bahwa lencana yg dipakai telah dijahit di tempat yg betul dan murid2 lain harus mengikutnya.
Sempat jugak guru tu bertanya,"Ini baju siapa?"
"Baju abang saya," jawab Haizam selamba. Apa yg cikgu tu tak tahu baju tu dipakai oleh abang si Haizam 8 tahun yg lalu!

3 comments:

  1. Yeah, itu dia! Calon ketua murid seterusnya! :D

    ReplyDelete
  2. Akmal,
    You org kedua yg cakap macam tu. Mudah2an masin sempena malam Jumaat masa yg tulis komen ni hahaha

    ReplyDelete
  3. oh maksudnya skrg haizam sudah tingkatan4.

    how time flies

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails