Selasa lepas Guru Besar Sekolah Rendah Agama tempat Haizam belajar telah memanggilnya utk ke sekolah kerana ada perkara penting hendak disampaikan oleh Guru Besar. Ianya sepucuk surat dari Jab Agama Islam Selangor. Haizam telah ditawarkan memasuki Tingkatan 1 di Sekolah Agama Menengah (SAM)/Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) Negeri Selangor bagi sesi 2009.
Sekolahnya terletak di Batu 38, Sabak Bernam. Haizam dikehendaki mengisi borang yg disertakan dan menghantarnya kpd Pengetua sekolah pada atau sebelum 22 Dis 08.
Seperti yg pernah saya ceritakan di n3 sebelum ini, Haizam memang tak berminat utk belajar di sekolah berasrama sehinggakan dia cuba mengelakkan mendapat 5A pada peperiksaan UPSR. Bagaimanapun, alhamdulillah dia dpt juga 5A. Dia tidak memohon SBP atau MRSM.
Tawaran ke SAM ini pun atas usaha pihak sekolah terutama Guru Besar yg merasakan ada di antara anak2 murid di sekolah agama itu layak utk memohon ke SAM. Dari 58 nama yg dihantar ke JAIS hanya 10 org terpilih termasuk Haizam.
Persoalannya sekarang nak terima ke tak nak terima tawaran ini?
Sampai ke abahnya sekali dalam dilema? Hahaha :D
ReplyDeleteBunyinya macam kalau tanya tuan empunya badan, dijamin jawapan "No way!" ajer.
Saya dulu masuk ajer sekolah asrama, sebab memang nak. Tapi this case, dia tak nak...
Rasanya, elok jugak bincang dengan dia dulu. Tapi ehem ehem, jgan pakai sangat dia punya. Selalunya mula-mula memang tak nak. Tapi kalau dah jumpa kawan apa semua tu...mula la seronok :)
My 20 sen :P
Akmal
ReplyDeleteThanks for your 20 sen which is surely better than my 2 sen. Haizam tengah tunggu dan lihat samada 9 org rakannya yg lain menerima atau menolak tawaran tersebut. Dia ada 2-3 hari lagi utk fikir.
bab nie yg aku lemah ni.solat istikarah la mintak pentunjuk.selebihnya, kena tanya tuan badan dan dapatkan sebanyak mungkin pendapat (cam duk buat skang ni la).
ReplyDeletemy singgit 20 sen.
Anak-anak sedara ckLah 3 beradik sekolah kat situ. Lepas PMR,semua pergi Sekolah Integrasi dan SBP. Sekarang, 2 bakal cikgu Bahasa Inggeris di UTM dan IPI Bangi. Sorang lagi tengah tunggu SPM. Tak pastilah sekolahnya macam mana. Kalau rajin, pergilah risik melalui blog dia, dalam bloglist ckLah tu; 'I am me' atau blog 'atiqahnasir' (budak maskara ni)Adik perempuan ckLah pulak dari form 1-6 kat situ, pas tu masuk UKM sekarang jadi ustajah di Taman Kosas
ReplyDeletesejak bila budak budak boleh buat pilihan sekolah mana diaorang kena pergi.. hi abang YB ittewww..salammz
ReplyDeleteZaman skang anak2 takleh paksa sesuka ati. Bkn zaman Yb dulu, kalo mak kata hitam, hitamlah juga kata YB kan ;D
ReplyDeletehmm... jenis sekolah tak menentu kejayaan seseorang itu..
ReplyDeletekalo dah otak dah pandai.. kat mana2 sekolah pon dia pasti akan pandai.. just beware of the friends he/she chooses..
PenyuBiru
ReplyDeleteSatu pendapat yg mahal! Nnt saya suruh Haizam buat solat istiharah di samping saya meneliti pandangan dari rakan2 blogger.
ckLah
Terima kasih kerana berkongsi informasi. Harap Haizam teruja.
en_me
Kita nak paksa budak2 ni pun tak boleh. Takut jadi mcm anak buah saya. Masuk asrama tak sampai sebulan dah cabut.
juliet
Betuuuul.
Jard
Sekolah harian dekat rumah yg ditawarkan sekarang banyak budak nakal2. Takut dia terpengaruh. Tapi sekolah asrama dia kurang minat sbb kat rumah boleh main PS2 hari2 hehehe
ckLah dulu sekolah agama juga. dari form 1 sampai form 6....asrama penuh di Ipoh..
ReplyDeleteckLah
ReplyDeletePatutlah jalanpun tunduk aje. psst best tak sekolah agama berasrama ni?
bagusla sekolah tu bang...paksa ja..aku dulu pun pak aku paksa jugak, lama lama baghu terpikir rahmat dia..
ReplyDeletemoga bahagia selalu...
saya pun jadinya dalam dilema..
ReplyDelete:)
bang, kalau dia tak nak jgn dipaksa. aku takut dia mensabotaj dirinya nnti. sengaja malas belajar agar dibuang sekolah atau saja nk bagi kamu marah. atau macam2 lagi yg kita tak terfikir dia akan buat.
ReplyDeletetidak ke asrama juga dia cemerlang bukan?
.
Salam En YB.
ReplyDeleteRumit juga ya membuat keputusan.
Saya nak beri ulasan pun delima juga ni. :)
Apa pun keputusannya, saya doakan yang terbaik. :)
salam en.YB..so, apa keputusannya? bagi saya, elok pergi ke sana. sebab peluang hanya sekali. kalau tak serasi, mungkin boleh keluar kan. cadangan je la..
ReplyDeletetahniah!
ReplyDeletesaya pun tak tau nak buat keputusan kalau jadi abang.
masa zaman saya dulu, bantailah saya menangis guling2 depan rumah sambil digelek lori sekalipun, abah saya tetap hantar saya ke SBP jugak! heheh.. kenangan terindah masa dengan abah dan mak di SBP. kawan2 di SBP tak best pun! hehehehe
main lari2 kejar van abah sebab rindu nak balik! itu selalu :)
mgkin dia tak nk jauh dr keluarga
ReplyDeletetak reti saya nak ckp apa2, tentu YB lebih mengetahui. tapi anak saya hari tu ada cikgu rekomen masukkan ke sekolah asrama sukan, tapi saya tak nak, sbb was-was....
ReplyDeleteRakan2 blogger semua,
ReplyDeleteTerima kasih kerana sudi memberi pandangan dan buah fikiran kalian sekalian.
Saya ada tunjukkan kpd Haizam komen2 ini.
Keputusannya: dia memilih belajar di SMK Setiawangsa kerana paling hampir dgn rumah. Esok ada program orientasi utk pelajar Ting 1.