Tanggal 22hb Dis yg baru lalu genaplah 70 tahun usia bapa mertuaku. Pada hari tersebut beliau kebetulan berada di rumahku kerana memberi sokongan moral terhadap usaha2 mengangkat barang2 sempena pemindahan rumahku. Hendak menolong memang beliau tidak larat bukan kerana usianya tapi kerana keadaan kakinya yg patah tulang dan rosak tempurung lutut.
Anak2 beliau yg turut berada di rumah kami minggu lepas telah sepakat untuk mengadakan majlis bacaan doa selamat sempena menyambut ulangtahun abah mereka. Majlis telah dilangsungkan semalam di rumah kakak iparku yg kedua yg tinggal di Jenjarom, Selangor. Inilah kali pertama majlis sepeti itu diadakan utk abah mereka. Semua anak, menantu dan cucu telah berkumpul di rumah Wak Ngah utk acara tersebut:
- Wak Long sekeluarga dari Sg Besar
- Wak Ngah dan keluarga jadi hos
- Kami dari ehem ehem rumah baru kami
- Adik iparku dan keluarga dari Behrang
- Adik kpd adik iparku dan famili dari Tg Karang
- dan adik iparku yg bongsu seorg diri dari Banting.
- Cuma adik ipar yg kedua bongsu dan isteri tak dapat hadir kerana masalah dgn kereta mereka.
Bapa mertuaku yg berkerusi roda dan sebahagian hadirin sedang membaca ayat2 suci. Perhatikan menantu mithali (berkopiah putih) di belakang bapak mertuanya tu ngeh ngeh ngeh.
3 dara pingitan (dari kiri) isteriku, wak ngah dan wak long. Yg ke4 tu seorg sedara mereka.
Bapa mertuaku begitu teruja dan bersyukur kerana sepanjang dia hidup selama 70 tahun inilah kali pertama ada orang yg sudi mengadakan majlis sempena hari jadinya. Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan terus berada di dalam lindungan Allah, amin.
hepi besday to your father in law too hehe..
ReplyDeleteingatkan mereka itu nak bagi sokongan apa la..takpela, kira pembakar semangat tu. sebab kena pura-pura rajin ke tahap maksimum utk tunjuk yg 'baik punya menantu' hehe..gurau je ye en.YB
salam tahun baru
e-leeyana
ReplyDeleteBeliau dah datang menjenguk masa kami pindah pun dah sangat baik. Kurang2nya boleh main dgn cucu2 yg sedang cuti sekolah.
Uncle cool aje, yg lebih rajin biras2 iaitu menantu beliau yg lain mengangkat barang hehehe.
moga dia sihat selalu...
ReplyDeleteorg tua nie kena pandai ambik hati mereka sbb mudh sensitif..
bertuah sebab ,masih ada bapak...jaga lah dia sebaik2nya...
ReplyDeleteSelamat hri lahir ke 70 buat ayah mertua YB :)
ReplyDeleteTeringat kat abah kat rumah. Pun dah 70.
Bapa mertua saya 90 tahun skrg. Alhamdulillah masih sihat, cuma kalau berkomunikasi dgn dia saya kena guna marker pen dan kertas, sebab saya menantu yang sopan..he..he.. Orang lain menjerit2 ckp dgn dia,nk bagi dengar.
ReplyDeleteYg bestnya, saya satu2nya menantu Jawa yang boleh ngobrol dengan dia. Isteri dan anak2nya tk reti..
Menantu bapak la nii!
ReplyDeleteBetul kata kulna. Org tua mmg sensitif dan kita kena berhati2 utk tidak melukakan hati dan perasaan mereka.
ReplyDeletecikgooden,
Bapa mertua pun dah mcm bapa sendiri. Bapa saya dah meninggal dunia pada tahun 1993 di usia 74 tahun.
Minggu depan bila dia dtg ke rumah saya akan sampaikan ucapan selamat Akmal.
ckLah,
Sazahan orak eso ngomong Jowo? Kot melas temen.
Shifu67
pandailah kamu hehehe