Pejam celik, pejam celik dah seminggu Hari Keluarga kami berlangsung. Khamis lepas saya mendapat email dari wartawan Sinar Harian yg memberi gambar ahli2 keluarga yg hadir pada hari tersebut yg dirakam olehnya. Di bawah ini saya sertakan gambar tu.
Ini pula gambar wartawan tersebut, Nurul Firdaus menemuramah Paman saya, Hj Ismail
Manakala gambar ini keluarga Al-Badawi bersama saudara2 kami dari Jakarta serta Paman Mail. Tidak seperti tahun lepas di mana semua ahli keluarga Al-Badawi hadir, tahun ini emak, isteri dan anak ke2 & ke 6 saya tak dapat hadir.
Gambar ini pula menunjukkan emak saudara saya yb berumur 85 tahun menyampaikan hadiah cabutan bertuah kpd adik saya.
Hanya tinggal makcik Safiah ni dan Paman Mail yg masih hidup dari 7 org anak embah Morsingah. Tahun ni nasib tak menyebelahi saya nampaknya - satu hadiah cabutan bertuah pun x singgah. Takpe lah mungkin tahun depan boleh dapat yg besar kot.

seronok dapat jumpa sedara mara...
ReplyDeletemeriah kan?..
Uncle,
ReplyDeleteSaya yang tengok gambar pun seronok. Apatah lagi yang ada sekali masa hari keluarga hari tu :)
Bukan senang nak berkumpul ramai-ramai macam tu.
Cikgooden,
ReplyDeleteMmg seronok dpt jumpa sedara mara ni. Tambahan Raya tahun ni saya tak dpt ke rumah kebanyakan mereka kerana isteri dlm pantang.
Kemeriahan terasa terutama bila masa permainan.
Akmal,
InsyaAllah kami cuba buat Hari Keluarga utk sebelah isteri saya pula. Beberapa tahun lepas kami ada buat di rumah mertua saya tapi kebetulan sepupu isteri saya yg jadi org kuat menganjurkan perjumpaan itu dan 2 org pakcik isteri saya meninggal dunia tak lama selepas Hari Keluarga tu. Langsung xbuat lagi sampai sekarang.