Sunday, November 2, 2008

Selamat Pengantin Baru Boy

Hari ini saya telah menghadiri majlis perkahwinan Jeffizar Hj Jaafar aka Boboy dgn pasangannya Noorashikin Bt Hj Idris yg telah dilangsungkan di Kg Medan , Sijangkang. Dari segi pangkat Boy ini kira cucu kpd saya (alamak rasa tuanya saya). Lepas menjadi suami ini rasanya gelaran "boy" itu dah tak sesuai lagi. Tambahan pula dia dah berusia 32 tahun (lambat jodohnya nak buat macamana).

Memandangkan dia anak sulung dan yg pertama kahwin dlm keluarganya maka tetamu yg dtg, mak oi ramainya. Anggota RELA telah dipanggil utk mengawal pergerakan kenderaan.

Kereta yg diletakkan di kiri kanan jalan adalah panjang dekat 1 km. Ini tak termasuk yg parking di laman rumah tetangga.

Untuk menampung jumlah jemputan yg ramai ini keluarga pengantin telah menyediakan khemah yg luas hampir 1/2 ekar. Itupun ramai tetamu yg terpaksa mencari2 meja kosong utk makan.Sebahagian dari hadirin

Makanan yg disediakan . . . sedaaaap dan pelbagai. Ditambah pula dgn pencuci mulut: buah2an dan kuih-muih serta teh tarik dan cendol. Itu yg buat org tak bangun2. Ada antara jemputan yg terpaksa melilau cari kerusi kosong.

Warna tema hari ni ialah putih dan biru muda. Dari pengantin, kaum kerabat sehinggalah sepasang burung kenari yg diletakkan di sangkar di pintu gerbang masuk ke rumah berwarna dgn warna tema ni. Kain hiasan khemah dan minuman juga warna biru muda.

Sepasang kenari biru/putih lambang kasih sayang pengantin - agaknya lah (sori gambar tak berapa jelas)

Mungkin ada yg tanya mana gambar pengantinnya. Ini dia

Yg ini pula satu shot lagi siap dgn para pesilat.


Apapun kpd Boy dan isteri, Atuk ucapkan Selamat Pengantin Baru semoga berbahagia ke akhir hayat.

3 comments:

  1. Kag medan Sijangkang...ckLah ada sedara kat situ......

    ReplyDelete
  2. Selamat Pengantin Baru. Cun melecun, macam pinang belah dua. Haha cliche :)

    ReplyDelete
  3. gooooood girl,
    Keep on the goooood things.

    cklah,
    tolong tanya kat sedara cklah samada dia pergi tak majlis semalam.

    Akmal,
    Pengantin pompuan memang nampak cun. Oooops dengar isteri I marah dia nanti.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails