Thursday, October 30, 2008

Selamat Menunaikan Haji

Hari ini penerbangan pertama bakal haji telah berlepas dari KLIA. InsyaAllah tahun ini seramai 27,000 saudara Islam kita dari seluruh negara akan berangkat menunaikan rukun Islam ke5 ini.

Surau Al-Ittifaq di taman perumahan saya juga telah mengadakan acara utk meraikan para tetamu Allah dari tempat kami pada malam tadi. Majlis dimulakan dgn solat Maghrib dan ikuti dgn bacaan Yasin, tahlil dan doa selamat. Solat hajat utk memohon keselamatan bakal2 haji telah diadakan selepas solat Isyak. Seramai lebih kurang 80-90 org telah hadir di majlis malam ini iaitu kehadiran teramai di surau kami sejak berakhirnya Ramadhan.

Di antara yg hadir malam ini

Seterusnya, majlis disambung di dewan dgn ucapan oleh Pengerusi Surau. Tahun ini seramai 13 org anak kariah akan berangkat ke Tanah Suci.

Barisan bakal2 haji lelaki yg akan mengerjakan haji

Ini diikuti oleh penyampaian cenderahati kepada bakal2 jemaah lelaki dan perempuan.

En Shaari adalah antara bakal haji yg menerima cenderahati

Ustaz Azwan Ali iaitu salah seorg imam di Masjid Wilayah Persekutuan yg juga merupakan ahli kariah surau Al-Ittifaq telah mewakili para bakal haji memberi ucapan balas. Di dalam ucapannya, beliau memohon maaf dari semua jemaah dan beliau serta bakal2 jemaah haji sekalian dgn lapang dada memaafkan kesalahan hadiran sekalian.

Acara diakhiri dgn jamuan makan malam.

Ustaz Hj Abd Hadi membaca doa makan

10 comments:

  1. Semoga mendapat Haji yang mabrur. Adik ckLah dan isterinya berangkat 9 malam ini dari Bandar Baru Bangi.

    ReplyDelete
  2. Dah masuk musim haji dah sekarang nie ....


    Aktif surau di area rumah Abg Yunus

    Bagusnyer

    ReplyDelete
  3. moga dorang dapat haji mabrur...

    aku ni bila nak dapat pegi ekk. Moga tuhan bagi rezeki la kat aku...YB dah pegi ka?

    muda2 dulu selalu naik haji masa main dam.he he he...

    ReplyDelete
  4. selamat buat semua.

    kamu dah haji bang?

    ReplyDelete
  5. Semoga yang pergi untuk musim ini semuanya mendapat haji yang mabrur, insyaAllah.
    I should start planning for this also :)
    Uncle dah dapat gelaran Tuan Haji belum?

    ReplyDelete
  6. cklah,
    Ke BBB ke malam ni hantar adik? Kalau pergi tu singgahlah kat rumah saya.

    pB,
    Adalah jugak aktiviti kat surau kami tu utk bekalan akhirat ahli kariah. Tapi sejak Raya ni baru program pertama. Ahad malam Isnin ni ada kuliah Tasauf bulanan oleh Ustaz dari SMAKL. Dia kecek Kelate dlm kuliahnya. Jemputlah datang.

    Cikgooden & tasikmerah,
    Memang niat nak pegi haji tapi setakat ni baru buat umrah 2 kali. Pertama lepas habis belajar dan kali ke2 tahun 2000 dgn keluarga. Saya berdoa kita semua dpt pegi haji sementara badan masih sihat ni.

    ReplyDelete
  7. selamat menunaikan ibadah haji diucapkan buat mereka :)

    ReplyDelete
  8. akmal,
    Itulah yg kita doakan ie semoga semua yg pergi dpt hj yg mabrur. Tapi selalu tak semua.
    Its good to start planning early. Mula menyimpan sikit2 tapi istiqamah di TH. Dlm khutbah Jumaat hari ni, khatib menceritakan bagaimana seorg kakitangan MBJB yg bergaji RM800-900/bulan telah berniat utk menunaikan hj dlm masa 10 tahun pd 1990 dan akhirnya niatnya tercapai pd 2001. Cuma lewat 1 thn dari target walaupun pendapatannya tak seberapa.

    ReplyDelete
  9. Mak Su,
    Lepas Asar hari ni ada jemputan doa selamat dari salah seorg dari mereka. Saudara mara Mak Su ada yg pergi haji ke tahun ni?

    ReplyDelete
  10. YB, adik saya bertolak dari rumah bapa di Teluk Intan,kerana anak-anak dan keretanya ditinggal di sini. ckLah dan kakak kongsi jaga anak-anak dia.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails