Baru 2 minggu lepas saya dan anak ke3 melawat ke anak ke2 kami di Melaka sempena Hari Graduasinya. Semalam kami sekeluarga termasuk anak saya yg baru lahir tu pergi ke Melaka lagi utk bertemu Kak Ngah. Tujuan utama utk memberi semangat dan peransang bagi dia menghadapi SPM yg akan bermula esok.
Selepas solat kami pergi makan tengahari. Ada satu tempat makan yg baru dibuka yg setiap kali kami lalu pasti ada banyak kereta di kiri kanan jalan. Sedap sangat ke? Untuk mengetahuinya kami pun cubalah tempat tu. Ia dikenali sebagai Sawit Corner atau Kampung Sawit.
Saya dan isteri memesan set nasi dgn gulai kawah ikan tenggiri (bukan tongkol tau). 3 org anak saya order mee rebus. Anak ke5 kami nak makan mee mangkuk yg dibawa dari rumah manakala seorg lagi mogok tak nak makan. Set nasi yg sampai dulu. Potongan ikan utk isteri saya kecik aje tapi saya punya dekat sejenggal panjangnya iaitu bahagian ekor. Takde piawaian ke tempat ni. Tak tahu samada saya yg untung atau isteri saya yg rugi.
Mungkin kerana terlalu ramai pelanggan mee rebus yg dipesan tak sampai2. Isteri saya telah menyuapkan nasi dgn ikan kpd anak2 kami termasuklah yg dah besar panjang. Sayapun nak tunjuk ayah mithali dgn sukacitanya memberikan sebahagian ikan di pinggan saya.
Lepas makan, kami ke pasaraya di pekan Masjid Tanah utk membeli sedikit makanan utk Kak Ngah. Dia juga membeli peralatan utk peperiksaan spt pensil dan pemadam.
Akhir sekali kami singgah di pasar malam di Masjid Tanah. Tolong ekonomi org Melaka.
Akhir sekali kami singgah di pasar malam di Masjid Tanah. Tolong ekonomi org Melaka.
Kami menghantar Kak Ngah balik ke asrama pukul 5:45 petang. Kpd Kak Ngah @ Nuratikah Hanna dan kawan2nya serta semua anak org2 Islam yg akan menghadapi SPM mulai esok, kami doakan agar dapat menjawab soalan dgn baik dan mendapat keputusan cemerlang.
Hai, semua exam besar ada wakil dari keluarga uncle nampaknya? Agak-agaknya si mak dengan si ayah nya pun tak boleh tidur malam memikirkan si anak boleh jawab lancar ke tak ye? ;)
ReplyDeleteSama-samalah kita doakan kejayaan mereka semua (dan saya juga hehe). Banyak nak kena baca ni....
en.YB..sy dlu stadi kt mlake gak..tp xpnah plak smpi tmpt sawit corner tu..sedap x? klo ok, blh g nti hehe..masjid tu lengkap dah ke? dlu sy g, telekong pn xde..
ReplyDeletegud luck utk semua g memeriksakan diri hehe..
kat terendak ker tempat tu?
ReplyDeleteAkmal,
ReplyDeleteBetul tahun ni ada yg ambil UPSR, PMR dan SPM. Along pulak baru habis exam kat UIAM hari ni.
Uncle doakan Akmal berjaya dgn cemerlang.
e-leeyana,
Sawit corner tu baru aje bukak pertengahan tahun ni. Ada org kata sebelum ni dia bukak kat restoran terapung kat Kg Sri Tanjung. Makanan dia biasa2 aje tapi tak tau kenapa ramai sgt yg dtg.
Masjid tu dah dirasmikan oleh TYT pd 2000.
mak su,
Sawit corner tu antara Kg Pulau Semut dan Kem Masjid Tanah. Sebelah kiri jalan kalau dtg dari MT.
waaa....best plak tengok makan dalam kebun sawit tuh :D
ReplyDeleteoh, UIA ke? Gombak ya? Dia ambik cos apa?
ReplyDelete13may,
ReplyDeleteItulah agaknya daya penarik tempat makan ni. Tuanpunya mmg pandai. Ladang sawit yg pokoknya pun dah tua tu boleh jadi tempat dia berniaga.
Akmal,
Ya Gombak. Dia ambik Econ. Baru 3rd semester.