Tuesday, November 11, 2008

Siapa Nak Makan Pizza Free?

Ahad malam Isnin lepas kami tiba dari Melaka hampir pukul 8 malam. Kerana semua dah lebih, anak sulung saya telah memesan Pizza melalui talian. Janji syarikat tersebut pizza akan dihantar ke rumah dlm masa 45 minit atau kurang.

Selepas solat Isyak dan lepak2 pizza yg dipesan masih belum tiba. Setelah lebih 45 minit, Abg Long pun telefon tempat pizza tu. Mereka kata akan periksa dan telefon balik. Lepas beberapa minit mereka fon balik dan beritahu budak pizza tu dah bertolak dan akan sampai dlm masa 10 minit. Kedai pizza tu hanya kat belakang rumah kami dalam satu taman perumahan yg sama. Takkan 10 minit baru nak sampai kalau naik motor. Sepanjang perbualan telefon tu mereka tak rasa bersalah kerana lewat apalagi nak mintak maaf.Apabila mat motor pizza tu dtg diapun selamba menyerahkan pizza. Takde kata maaf pun kerana lambat.

Apabila kami buka kotak pizza tu ternyata potongannya tak sama. Ada besar ada kecik. Potong pakai kaki ke?

Macam ni rupanya. Yang satu lagi pula macam ni

Lepas makan Abg Long telah menghantar email ke customer service syarikat tersebut. Dia kutuk kaw-kaw dan kata pesaing mereka janji 30 minit boleh hantar. Kalau lambat bagi voucher pizza percuma.
Saya pernah ajar dia kalau nak komplen kat syarikat besar ni, hantarkan sekali kpd bos No 1 mereka. Bagi syarikat ni bos dia bernama David Novak yg duduk kat AS (cari dari laman web syarikat tu).
Yg bestnya bos mereka baca email tu tak sampai 10 minit selepas dia terima walaupun masa dia terima tu tengahari Ahad waktu AS.
Petang semalam, pengurus kedai pizza tempat kami order tu telefon saya minta maaf banyak2. Saya pun tunjuk macho sembur dia cukup. Dia sungguh2 minta maaf atas apa yg terjadi dan menawarkan menghantar pizza percuma. Kerana kesian saya kata saya terima permohonan maaf dia. Tak sampai 20 minit kemudian dtg mat motor hantar pizza. Dia dtg dgn kawannya yg naik sebuah lagi motor. Mat motor ni pun minta maaf banyak2.

Saya maafkan dia dan ambik pizza free tu!

13 comments:

  1. Yess!!! Tabik spring kat uncle!
    Kita kena tegas dalam hal macam ni, sebab itu hak kita; dan nampaknya memang ramai pekerja-pekerja yang terlibat dalam industri ni ambik mudah.
    Kalau semua pekerja macam bos tu...fuh! Dijamin maju lah.

    ReplyDelete
  2. Akmal,
    Uncle suggest Akmal buat komplen dan cc kat bos syarikat MNC yg memberi layanan tak memuaskan. Guankan English Akmal yg power tu, tentu kelam kabut mereka respon.

    ReplyDelete
  3. huh!..
    ingatkan dia nak bagi motor pizza tu...len kali abang minta gantirugi dengan motor dia bang.

    ReplyDelete
  4. cikgooden,
    Setakat mintak gantirugi motor pizza tu takde maknenya. Lain kali saya nak minta pengurus dia sekali. Dengar citer budak pompuan tu belum kawin kah kah kah.

    ReplyDelete
  5. bukan nak berlagak ek, tapi customer layak mendapat layanan yg sewajarnya

    ReplyDelete
  6. haha..since dia da ltk statement cmtu, ape lg...customer always right kn...tp kn...tgk piza tu pn...adehhh~

    salut kt bos die...

    ReplyDelete
  7. ckLah teringin makan lempeng pisang berinti kelapa....perghhh...

    ReplyDelete
  8. Sambung...
    Kesian YB...asyik kempunan je..
    Err...entry sebelumnya pun pasal tak puas hati ngan 'makanan' jugak ya...ha...ha...ha..

    ReplyDelete
  9. pB,
    Petang semalam Area Mgr syarikat Pizza tu call. Pagi tadi seorg lelaki Cina dari Bah. Branding sykt yg sama call. Mereka nak tahu apa tindakan org bawah mereka. Tapi x dpt pizza free lagi huhuhu

    mak su,
    Jgn bagi can kalau mereka salah. Buat havoc lebih2 sikit biar mereka respect. Kalau boleh komplen kita tu cc satu dunia :)

    e-leeyana
    Mmg customer always right pasal kita yg keluar duit. Kalau perkhidmatan atau barangan yg kita terima tak setimpal harga yg kita bayar, jgn segan2 tegur mereka.

    ReplyDelete
  10. cklah, - (respon ni kena asingkan dari yg lain pasal ada 2 komen)
    Lempeng isi inti (ketayapkan tu) buat sarapan esokpun sedap.

    Nasib baik saya tak mengandung. Kalau tak takut anaknya "ngences" gara2 bapaknya kempunan.

    ReplyDelete
  11. pizza 4 segi tu mmg potong guna kaki la aku rasa bang. tak boleh diterima langsung gitu gaya punya potong.

    pizza free tu yg aku suka tu bang.

    psstt... esok aku nk beli pizza. pizza tu sampai je aku potong bagi senget2. lepas tu amik gambor. hantar email ke boss dia. buat macam kamu buat tu. lusa. dapat pizza free. amacam?

    ha ha.

    ReplyDelete
  12. hehehee
    baru dorang sedar dgn sper
    dorang berurusan....


    dorang tak tahu ynag YB nih org tersohor huhuhuh

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails