TEXAS: Kajian baru mencadangkan bahawa tembikai mungkin menghasilkan kesan dalam tubuh sama seperti Viagra, mungkin memberi jalan kepada penawar semula jadi bagi lelaki yang menderita mati pucuk, kata Bhimu Patil dari Universiti A& M, di sini.
Penyelidikan dijalankan Patil dan rakannya baru-baru ini mendedahkan bahawa isi tembikai mengandungi paras tinggi asid amino 'citrullin' berbanding yang difikirkan penyelidik.
(petikan Berita Harian hari ni)
Dari kecik saya memang suka makan tembikai sebab rasanya sedap dan harga tak mahal mana. Tak tahu pulak ada khasiat lain. Apapun saya akan terus memakan tembikai.
Penyelidikan dijalankan Patil dan rakannya baru-baru ini mendedahkan bahawa isi tembikai mengandungi paras tinggi asid amino 'citrullin' berbanding yang difikirkan penyelidik.
(petikan Berita Harian hari ni)
Dari kecik saya memang suka makan tembikai sebab rasanya sedap dan harga tak mahal mana. Tak tahu pulak ada khasiat lain. Apapun saya akan terus memakan tembikai.
lepas ni..habis la kelapa sawit ditebang...berganti dengan ladang tembikai..ha ha ha.
ReplyDelete(sawit pun dah jatuh harga. merudum gila)
Wah, ini peluang bisnes!
ReplyDeleteJom, uncle, bukak kebun. Besar-besaran punya. Nanti untung bagi 60-40 hehehe. Saya 60, sebab remaja kena pakai duit banyak; nak kawin, nal itu, nak ini....
Hahahaha.
cikgooden,
ReplyDeleteSayangnya saya takde kebun sawit. Kalau cikgu ada boleh kita JV. Tak pun kita ajak cklah sbb dia ada kebun sawit.
Akmal,
Tunggulah saya beli tanah dulu. 60:40 ok tapi utk makan aje. Uncle tahu org muda nak kena makan tembikai lebih utk mendapatkan khasiatnya.
tapi nak kena hati hati sekarang ni bila membeli buah buahan
ReplyDeletetakut jadi macam kes buah betik tuuuu
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteerr.....saya balik dulu lah ya...
ReplyDeletepsst: Pesan mbah wedok, jangan makan tembikai banyak-banyak sebelum tidur, nanti ngompol!!!
Salam Yunus,
ReplyDeleteSaya pun suka buah tembikai (terutama airnya) dari dulu, sekarang dan akan datang.
mmg sohih, ada banyak lagi rahsia2 yang Allah Taala berikan kepada kita untuk dikaji selidik :)
ReplyDeletepB,
ReplyDeleteItulah sebabnya cikgooden, Akmal dan saya nak buka ladang tembikai. Kalau nak join jomlah.
cklah,
Betul pesan embah wedok tu terutama bagi mereka yg beser he he he
Zabs,
Air tembikai kalau hias sikit gelasnya dgn orkid sekuntum boleh cas sampai RM5.
mak su,
Saya setuju sekali.
tembikai aka timun cina mmg best...
ReplyDelete