Ahad lepas saya ke pasar Chow Kit bersama isteri saya (yeah dia dah boleh ke pasar semula!). Sesampainya kami di sana kelihatan orgramai berkerumun. Seperti rakyat Malaysia lain yg terkenal prihatin (dibaca busy body) kamipun nak tahu apa yg terjadi. Rupa2nya ada operasi bersepadu oleh Jabatan Imigresen, RELA, DBKL, JPN dan AADK utk memeriksa dan menangkap PATI. AADK tu mungkin utk menangkap mat pit yg memang melata di Chow Kit tu.
Kelihatan ada PATI yg digari beramai2 iaitu 4-5 org satu gari rantai. Ada jugak yg diiringi oleh ahli RELA seorg. Kebanyakan org Indon walaupun ada jugak Pak Hitam dan Bangla.
Menurut mereka yg ada di situ sejak pagi, dah bertrak2 PATI diangkut.Kelihatan ada PATI yg digari beramai2 iaitu 4-5 org satu gari rantai. Ada jugak yg diiringi oleh ahli RELA seorg. Kebanyakan org Indon walaupun ada jugak Pak Hitam dan Bangla.
Ada jugak yg setakat letak kertas suratkhabar sebelum ditinggalkan
Ada antara peniaga yg menggunakan PATI sebagai pembantu terpaksa berniaga sendiri. Ini termasuk gerai telur di mana pembantu warga Bangla sempat cabut sebelum dapat ditahan.
Diharap operasi seperti ini dapat dijalankan secara berterusan supaya kawasan Chow Kit bersih dari anasir yg tidak diingini. Ada masa kita berasa spt di negara jiran bila melalui lorong2 tertentu di Chow Kit kerana dibanjiri oleh org asing. Nasib bukan makhluk asing.
Chow Kit ??
ReplyDeleteKat mana tu ....
pB,
ReplyDeleteKat pasar basah tu yg terletak di antara City Villa Hotel (dulu pasaraya Koop) dan bangunan Safuan.
Lamanya tak pergi chow kit....masa zaman belajaq kat UM dulu-dulu adalah...naik bas mini no 12 ke Lembah Pantai....
ReplyDeleteSekarang kalau ke KL sorang2,ckLah tinggal kereta kat Kerinchi...pastu naik LRT.
Land mark yg ckLah tau Kerinchi je(budak pingitan katakan!)...dulu ada simpang 4 kat situ...sekarang dah jadi 'simpang siur'
Lamanya tak pegi Chow Kit...
ReplyDeleteEh, uncle pegi tak gathering 29hb ni?
budak pingitan,
ReplyDeleteSekarang Chow Kit dah macam Jakarta! Kalau nak rasa makanan org seberang pun banyak kat sini eg satay rawon, bakso, buah salak dan mcm2 lagi.
Akmal,
Belum plan nak pegi. Kalau jadi uncle bagi tau. Boleh jumpa kat sana.
ada gathering apa nie ??
ReplyDeleteTak ada yang jemput pB pun
kalau makhluk asing, seperti predator. mapuh ler kita semua.
ReplyDeletei do feel safe jugak kalau ke sana..
ReplyDeletetapi tak boleh berseorangan. takut jugak!
saya suka bundle di sana :)
pB,
ReplyDeleteNanti saya check dgn Akmal utk detailnya.
mak su,
Sebahagian besar pendatang asing ni baik tak mcm perdator tu. Mungkin kerana kita dah biasa dgn mereka, mereka dah tak asing lagi he he he
one love,
You beli bundle yg kat Lrg Hj Taib tu ke? Kat situ banyak pilihan tapi tempatnya notorious sikit.
...turun chow kit....tambang 50 sen...balik naik bas mini 35....turun sg way...sekarang sesekali turun chow kit...gerun dgn cerita org...ragut dan mcm-mcm..
ReplyDelete