Monday, November 17, 2008

Gigi

Anak saya yg berumur 7 tahun, Haikal mengadu kpd saya semalam gigi susu dia sudah mula goyang. Semasa mula2 gigi dia luruh tahun lalu, dia akan mengajak saya ke klinik gigi utk mencabut gigi yg goyang. Harga cabut gigi pun dah naik. Gigi sebelah depan pun kena charge RM12.

Saya telah memberi pilihan kalau dia cabut sendiri saya akan bayar RM5. Abangnya, Haizam yg berumur 12 tahun telah mencabut kebanyakan giginya sendiri. Dah lebih 10 batang. Bermakna dah RM50 dia dapat!

Jadi kali ni, Haikal pun mahu mendapatkan ganjaran. Apabila saya balik malam tadi saya ternampak sebatang gigi di atas almari bilik. Sah, dah dicabut giginya yg goyang semalam. Apabila saya tanya Haikal tentang perkara ini, dgn senyum dia menunjukkan giginya yg dah kurang satu.

Gigi kiri atas dah kurang satu

Saya pun hulurkan RM5 kpd dia. Dia gembira kerana dapat duit dan sayapun begitu juga kerana jimat RM7.

12 comments:

  1. pandai sungguh .....


    dua dua tak rugi

    yg rugi klinik gigi jer

    ReplyDelete
  2. pB,
    Kita kena berjimat dan ajar anak2 berjimat. Mula2 saya hantar Haikal cabut gigi dulu, masa menunggu dekat 1 jam, masa cabut tak sampai 1 minit sbb gigi tu mmg dah nak tanggal. Buat habis masa dan duit aje.

    ReplyDelete
  3. aikk....sakit gigi jugak kau Haikal!!!!

    Si Nuha gigi berlubang....tak sampai ati nak suruh simen sendiri...he...he...he..

    ReplyDelete
  4. jimat rm2....sungguh berjaya hang no?


    eh..apa yg kedekut?..,hang pi ikut tasikmerah..parah la..ha ha ha

    ReplyDelete
  5. Kecil hati doktor gigi kalau baca entri en YB ini. :D

    ReplyDelete
  6. oit.. oit.. cekgudeen. apa pulak dosa aku ni hah?

    ha ha.

    ReplyDelete
  7. cklah,
    Gigi Haikal dicabut bukan pasal sakit tapi gigi kekal dia dah nak tumbuh.
    Kalau sampai simen gigi pun nak buat sendiri, tutup klinik gigi :)

    cikgooden,
    Zaman gawat ni kenalah pandai2 nak jimat duit.
    Mana ada Cikgooden kedekut. Saja nak buat gempaq. Jgn mare . . .

    JP,
    Rasanya takde Dr gigi baca blog saya.

    mak su
    Nak duit punya pasal Haikal jadi berani. Lagi besar ganjarannya lagi tambah keberaniannya agaknya.

    ReplyDelete
  8. tasik merah,
    Ini takde apa kalau bandingkan taktik licik tm nak makan pizza kah kah kah

    ReplyDelete
  9. Ini dipanggil langkah proaktif! :P
    Jimat lebih 50% tu! Hehehe...

    ReplyDelete
  10. Akmal,
    Penjimatan duit hanya satu aspek. Yg lebih penting jimat masa.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails