Sunday, November 30, 2008

Kaut dan Menang

Sempena hari ulang tahun perkahwinan kami semalam, saya telah membawa isteri shopping ke sebuah gedung membeli belah di Jalan Tuanku Abdul Rahman selepas solat Isyak. Kebetulan gedung itu mengadakan jualan utk ahli2 dgn menawarkan potongan yg hebat sehingga 70 -80 % utk barangan tertentu. Tawaran ini hanya utk 2 hari iaitu Jumaat dan Sabtu (semalam). Bagi bukan ahli takde potongan!



Di samping potongan harga ada juga pertandingan utk pembelian RM20 keatas di dalam satu resit. Utk menambah peluang menang, saya dgn sengaja telah memecahkan bayaran utk barang yg saya beli kpd beberapa bayaran. Sebelum peraduan ditutup pada pukul 10 malam saya telah sempat memasukkan 3 resit utk penyertaan.

Tepat pukul 10 mlm, cabutan resit mula dilakukan. 15 org akan dipilih. Peserta pertama seorg wanita. Saya ingat terus dpt hadiah - rupanya kena kerja sikit dulu. Beliau telah diminta mengaut seberapa banyak barangan dari satu longgokan dgn sekali kaut dalam masa 10 saat. Apa yg dapat dikaut, itulah hadiahnya. Dapatlah dia barangan makanan yg apabila diisi ke dlm beg plastik, penuh satu beg. Berbaloi jugak utk sekali kaut. Kebanyakkan yg bernasib baik terpilih org pompuan. Peserta ke5 seorg lelaki India yg besar dan tinggi. Kautannya memang lebih banyak dari peserta sebelumnya. Hampir nak penuh 2 beg plastik.

Selepas peserta ke5 tu, nama saya naik selaku peserta ke6. Pengacara itu memanggil saya adik Pak Lah kerana berkongsi nama bapa yg sama. Setelah bersedia saya pun mencangkung lalu mengaut seberapa banyak barang yg dapat. Ini dia hasilnya - 3 beg plastik. Saya pun macam tak percaya saya boleh kaut sebanyak itu.


Hasil kautan setelah diletakkan di atas meja di rumah

Mungkin rezeki hari anniversary kami!

13 comments:

  1. Eh? Anniversary ke? Tahniah tahniah! Dah berapa tahun ni? Hehe...
    Many more wonderful, beautiful, sweet years to come. Semoga murah rezeki, dapat zuriat yang soleh dan solehah, dan paling penting keredhaan dari Allah SWT :)
    Uncle, 3 plastic bags? Sekali kaut?
    :O Camne uncle pegang tu?

    ReplyDelete
  2. amboii~ meriah betul...tahniah ya..

    ReplyDelete
  3. Akmal,
    Yg ke 21. Temi kasih atas ucapan dan doa tu. Semoga dimakbulkan Allah.
    Uncle pun tak tahu mcmana boleh dpt sebanyak tu. Mungkin kena badi jentera pengaut dai tapak projek he he he.

    e-leeyana,
    tq. Kalau sempat saya buat satu n3 tentang sambutan aniversari semalam. Tungguuuuuuuuuuu

    ReplyDelete
  4. Badi jentera pengaut??? :D
    Hahahaha...adoi....uncle ni kalau buat lawak, sakan! Tak boleh blah hahaha.

    ReplyDelete
  5. Anda dan isteri mengambil berat tentang kebahagiaan rumahtangga, semoga ramai menjadi ikutan dan semoga berbahagia bersama keluarga sehingga ke akhir hayat, insya Allah.
    Wassalam.

    ReplyDelete
  6. waaa.....

    selamat ulangtahun abg YB :)

    ReplyDelete
  7. Akmal,
    :)

    leenoh,
    Temi kasih di atas doa saudara. Kami akan mencuba yg terbaik tapi kami bukanlah yg terbaik utk menjadi contoh.

    May,
    terima kaSIH (ala2 Alleycat) he he he

    ReplyDelete
  8. Salam YB


    Alhamdulillah .
    Tahniah .

    Semoga keluarga YB sentiasa mendapat rahmat dan kebahagian sepanjang hayat.

    Makanan ringan pun jadik lar , kan.
    Kalau dihintung hintung , berbalio jugak tu ....

    ReplyDelete
  9. WAH!!!!

    selamat ulangtahun :)

    terer mengaut yer abg yunus nih!
    wa caya lu!
    hehehe

    ReplyDelete
  10. Bravo! YB memang terer bab kaut mengaut ni. Mesti bawa spirit 'Jengkaut-jengkaut' dari workstation dia. Ekeke....

    Kapsyen gambar tu sepatutnya berbunyi: Seorang bapa tersenyum puas kerana berjaya membawa pulang jajan gratis untuk anak-anaknya-Bernama.

    ReplyDelete
  11. Rezeki eniveseri tu yer. Hepi eniveseri, moga kekal bahagia hingga ke akhir hayat.

    ReplyDelete
  12. tahniah, berapa tahun dah yb?

    ni yg buat saya marah kat husband saya ni, dia tak bawak pun saya ke program kaut dan menang. huhuhu

    ReplyDelete
  13. pB,
    terima kasih. Begitulah hendaknya.
    Mmg berbaloi. Sapa nak bagi 17 bungkus maggi mi, 5 mi mangkuk, 7 paket air kotak dan banyak lagi 'jajan2'.

    one love,
    sissh . . . sebenarnya saya sapu gam gajah kat sepanjang lengan saya supaya barang2 tu melekat. Tu lah dapat banyak :)

    ckLah,
    Tetap sekali kapsyen tu tapi yg melaporkan akhbar Kompas bukan Bernama muahaha

    Julietchun,
    Mmg dah rezeki agaknya kerana beratus yg masuk peraduan tu tapi nama mereka tak naik pun. Dan bagi yg terpilih, kaut dapat sikit aje tangan tak bedung masa kecik kot he he he

    Mak Su,
    Yg ke 21 spt dlm n3 terbaru saya. Pak Su tak bawak ke acara kaut dan menang pasal dia belum jadi ahli pusat belibelah tu. Mintalah dia jadi ahli - lain kali mak su boleh shopping sakan mcm isteri saya!

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails