Sabtu lepas saya dan anak ke3 saya telah berkesempatan menghadiri Hari Graduasi anak ke2 saya di MRSM Trendak. Majlis berakhir pukul 11:30 pagi dan selepas mengemas barang2 utk dibawa balik, kami meninggalkan kawasan Maktab pada pukul 12:15.
Singgahan pertama ialah kedai cermin mata di pekan Sg Udang kerana kedua2 anak saya memerlukan cermin mata baru. Yg seorg kerana specs dah retak dan yg seorg kata dah tak cukup power walaupun baru beberapa bulan buat specs. Pada mulanya dia teringin juga nak pakai kanta lekap tapi akhir memilih utk membeli specs satu lagi. Walaupun harga di Sg Udang lebih murah jika dibandingkan dgn di KL, tapi kerana saya tak bawa wang tunai yg banyak terpaksa saya cari kawanku. Inilah untungnya jika ada ramai kawan. Kat Sg Udang kawanku ada kat stesen Petronas - bukan 1 tapi 2.

Dari Sg Udang, kami ke pantai Pengkalan Balak. Walaupun ada berita di TV3 baru2 ini tentang pencemaran pantai oleh bangkai khinzir, tapi kawasan pantai berhampiran balai polis masih bersih. Kami telah makan tengahari di situ sebelum bersiar2 di tepi pantai.
Atikah sempat berposing di atas perahu nelayan
Sebelum meninggalkan Pengkalan Balak kami singgah bersolat di masjid di situ.Pantai di antara Pengakalan Balak dan pekan Kuala Sg Baru dipenuhi oleh chalet2 dan rumah2 tradisional Melaka. Pemandangan sungguh cantik dan menenangkan. Terdapat 3-4 masjid di antara kedua pekan ini. Selain itu stesen janakuasa Powertek berdiri gagah di Teluk Gong.
Pasar Telok Gong, kecil tapi tetap menjadi tumpuan penduduk setempat
Melihat stesen minyak di pekan Kuala Sg Baru mengingatkan saya penglibatan saya di dalam pembesaran stesen itu kira2 10 tahun dulu. Dari KSB kami lalu di Tg Dahan di mana terletaknya Akademi Laut Malaysia. Kami meninggalkan Melaka melalui jambatan di Kuala Linggi. Semoga kami dapat ke Melaka lagi.
tiba tiba
ReplyDeleteterasa nak ke Melaka ....
alamak, dulu pantai linggi tempat favorite saya sebab pd dah agak dicemari, pilihan ke2 pengkalan balak, abis tu sekarang, nak gi mana ek?
ReplyDeleteSalam En YB
ReplyDeleteSelalu lalu Melaka kalau ikut jalan lama balik Muar, tapi jarang singgah. Lama tak makan roti John Pantai Kundur... :D
pB,
ReplyDeleteBoleh kita konvoi ke Melaka. Kita pergi makan ikan bakar kat Umbai nak?
maksu
Kita pergi Pulau Besar atau Pulau Upeh. Sana rasa air masih tak tercemar.
JP,
Wsalam. Tak tahu pulak saya Pantai Kundur ada roti John. Sedap ke? Boleh saya riki trip akan dtg.