Saturday, October 18, 2008

Bila Suami Ke Pasar

Bagi kebanyakan keluarga, tugas ke pasar selalunya diserahkan kpd isteri. Alasannya mudah - isteri yg nak masak dia lebih tahu apa nak beli. Kalau suami ikut ke pasarpun biasanya hanya duduk dalam kereta baca suratkhabar atau main sms sementara menunggu isteri berbelanja. Bagi suami yg baik sikit, dia akan ikut isteri ke dalam pasar dan akan menghantar barang2 yg telah dibeli ke kereta.

Saya sebelum ini termasuk golongan ini. Jika ke pasar borong, paling tidak 4-5 trip antara dalam pasar dan kereta kerana banyak barang yg dibeli. Adakalanya kereta yg parking sebelah kereta saya dah bertukar 2-3 kali tapi kereta saya masih di situ.

Walau bagaimanapun keadaan telah bertukar apabila isteri saya dalam pantang. Saya terpaksa turun padang dan ke pasar tanpa isteri. Bila saya amati ada beberapa perbezaan ketara antara cara saya dan isteri saya berbelanja:

Isteri saya membeli apa yg difikirkan sesuai yg terdapat di pasar baru dia rancang apa yg nak dimasak dgn benda tu. Jadi pilihan dia fleksible. Saya akan bertanya isteri apa yg dia nak masak dan senaraikan barang2 tersebut. Matlamat saya ialah mencari barang2 berkenaan di pasar. Kalau takde atau harga terlalu mahal . . . susah.

Senarai akan membuat pembelian lebih fokus

Isteri saya menjadikan ke pasar sesuatu yg menyeronokkan. Dia akan masuk dari satu lorong ke satu lorong mencari barang - kadang2 tu tengok2 aje tapi tak beli pun. Ada ketika siap tawar menawar tapi tak jadi beli bila dia rasa harganya tak ngam. Saya lebih suka tumpu terus kpd apa yg nak dibeli. Cepat beli cepat balik. Fokuslah konon. Akibatnya ke pasar lebih kpd menyiapkan tugasan dan bukan aktiviti yg boleh mendatangkan keseronokan.


Dapatpun ayam pencen yg dipesan. One down few more to go.

Isteri saya mesti menawar setiap barang yg dibeli walaupun harga barang yg tak beberapa mahal. Dia akan merasa PUAS jika berjaya menawar biarpun cuma beberapa sen. Dia akan bercerita barang yg telah berjaya ditawarnya sepanjang perjalanan pulang. Jadilah saya pendengar setia!
Berlainan dgn saya yg menawar ala kadar. Kalau dapat ok, tak dapat takpe terutama kalau setakat sekupang dua. Tak jadi kayapun. Yang penting nak cepat.

Harga telur dah tetap. Senang tak perlu tawar menawar.

Isteri saya sanggup ke beberapa tempat untuk mencari barang yg bertepatan dgn spesifikasinya. Contohnya setiap kali kami berbelanja di Pasar Borong Selayang dia akan meminta saya menghantarnya ke Chow Kot utk membeli buah2an dan taugeh. Taugeh di Chow Kit jenis kering yg tahan lebih lama jika dibandingkan dgn taugeh yg terdapat di Pasar Borong.
Saya mungkin tak seteliti itu. Nampak lebih kurang sama, sapu aje le.

Mahal pulak sayur hari ni. Penjual bagi alasan musim hujan. Tak kisahlah yg penting ada.

Buah2an utk diet seimbang

Ternyata kriteria kami berbeza. Takpe lah yg penting ASALKAN BAHAGIA!!

11 comments:

  1. en.YB...sbnrnya mmg da cre lelaki n perempuan tu berbeza...lect sy pnah cte...walau mcm mana sekali pn hebatnya prmpn tu, sbnrnya msh x brape lyk utk jd ketua. sbb mmg da dciptakan nisbah akal 1:9 dan 9:1...

    cbe perhatikan org perempuan yg nk keluar. biasanya, dlm mse nk smpi ke pintu tu je pn, ada je mate die nmpk sesuatu dan nk ke ctu...

    berbanding dgn lelaki, msti akn terus menuju ke pintu...xnmpk dah kiri kanan tu...hehe

    p/s : mungkin x semua cmtu

    ReplyDelete
  2. e-leeyana, betul apa yg kata. Perempuan dan lelaki mmg berbeza. Masing2 ada kelebihan dan kekurangannya tapi saling lengkap melengkapi.

    ReplyDelete
  3. salam, kunjungan balas. saya tak seronok ke pasar sebab saya jenis tak berapa berjiwa 'masakan', saya ke pasar hanya utk melaksanakan tugas... huhuhuh, dan saya pasti akan heret suami sekali, redha je lah, asalkan saya dan pasangan saya bahagia juga.

    saya ada blog lagi satu, ceritakosong dot blogspot dot com

    ReplyDelete
  4. ye, pompuan mmg teliti...

    :)


    salam ziarah.

    ReplyDelete
  5. Mak su, wsalam.
    Betul you cakap. Setiap org mempunyai sumber kebahagiaan yg berbeza. Kita kena mengetahui apa yg membuatkan pasangan kita bahagia. InsyaAllah saya akan ziarah laman2 blog you.

    tasik merah, kadangkala ketilitian pompuan menduga kesabaran lelaki he he he

    ReplyDelete
  6. Kita orang lelaki memang dilahirkan simple. Kita lebih fokus kepada konsep dan lebih result-oriented. Wanita pulak sebaliknya; mereka dikurniakan dengan ketelitian yang teramat dahsyat. Rasanya kalau dalam organisasi, mereka sangat sesuai diletakkan di bahagian creative control.
    Kita? Manager la. Apa lagi hehe :D Tapi like you said, both complement each other. Pandangan saya orang bujang simple aje; sebab kita tak boleh berlebih-lebih dalam apa jenis perkara sekalipun, melainkan menuntut ilmu dan beribadah; tu pun ada guideline yang tersendiri, tak gitu? ;)

    ReplyDelete
  7. ckLah tak reti pergi pasar sorang-sorang. Mesti dgn abang....! (Habis..Nanti sapa nak jadi tukang bawak barang? He...he...he..)


    p/s: Bila tengok gambar YB main air tepi kolam tu...teringat satu aksi dalam sebuah filem..pelakon tu buat gaya mavam tulah..sambil menyanyi... "wahai bundaku..si ikan kaloi...la..la...la...nasi malukut...sayur keladi...la..la..la.."
    Kalau tak silap aktres tu Sa'adiah Mt Daud..dia akan buat gitu apabila di dera oleh mak tiri

    ReplyDelete
  8. Akmal,
    Hebat. Begitu jitu hujah anda.

    ReplyDelete
  9. cklah, ada isteri yg menganggap masa ke pasar bersama suami antara detik paling romantik terutama apabila si suami dgn rela hati jadi tukang angkat barang! (bayangkan suami terpaksa mengorbankan egonya he he he).
    Gambar tepi kolam tu diambil semasa saya dan keluarga melawat Bandung pada Dis 07 menziarahi keluarga sebelah bapa saya yg tak pernah jumpa sebelum ini. Ada banyak ikan dan selalunya bila saya mimpi ikan saya akan dpt rezeki... kebetulan kot.

    ReplyDelete
  10. pertama kali. lihat komen maksu dan tasik merah begitu innecenn..
    ahakkks

    payah nak jumpa laki suka pegi pasar macam cik yunus kita ni..ha ha ha.

    ReplyDelete
  11. cikgooden,
    tak sangka saya maksu dan tasik ni brutal bila bagi komen. Mungkin lawatan pertama ke blog saya. mereka buat2 innecen. Nnt saya cucuk sikit he he he.
    Saya rajin pegi pasar ni pun pasal dah terpaksa. Kalau tak miss soro kah kah kah.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails