Masa saya buat MyKid baby saya, pegawai yg bertugas di kaunter di cawangan Wangsa Maju memberi tahu MyKid itu akan siap dalam masa 2 bulan. Saya kena ambil di HQ JPN di Maju Junction yg tak berapa maju tu. Pada hari yg sama saya telah buat MyKad utk anak saya yg berusia 12 tahun dan MyKadnya boleh diambil di cawangan Wangsa Maju dalam masa 1 bulan.
Dalam hati berkata2 "takkan saya nak ambil cuti 2 kali - sekali semasa nak ambil MyKad dan sekali lagi masa nak ambil MyKid kerana kena pergi 2 tempat berbeza?" Ini kerana pejabat saya bukan di KL dan tak sedap nak ponteng2.
Selepas sebulan anak saya check di laman web JPN dan mendapati MyKadnya telah lama siap. Kebetulan Selasa lalu saya ada mesyuarat di sini. Sempatlah saya gunakan waktu makan tengahari utk mengambil MyKad anak saya. Sementara itu melalui iklan di radio saya difahamkan JPN Maju Junction dibuka pada hari Sabtu dan Ahad.
Pagi tadi saya telah ke pejabat JPN di Maju Junction. Kebetulan org tak ramai. Tak sampai 5 minit dah dapat MyKid baby saya. Selamat cuti. Cuma yg kurang sedap parking kat situ mahal - sejam pertama RM3.30.
Walaupun hanya 2 kaunter dibuka tapi org tak ramai hari ni.
No comments:
Post a Comment