Tuesday, October 21, 2008

Klang - Sambil Lalu

Ahad lepas dlm perjalanan dari daerah Sabak Bernam utk ke daerah Kuala Langat saya telah melalui bandar Klang. Banyak nostalgianya. Saya masih ingat semasa kecik semasa hendak balik kampung ayah saya di Olak Lempit, kami akan menaiki bas No. 52 dari bas stand Klang di KL dan turun di perhentian Klang Selatan sebelum menyambung dgn bas Mara No 127 ke pekan Sg Manggis. Kemudian sambung lagi dgn bas yg dari arah Banting ke Dengkil utk sampai ke kampung embah (nenek) di Olak Lempit. Tapi sekarang tak perlu bersusah payah . . start kereta jalan.
Masa saya kecik dulu hanya ada satu jambatan di tengah bandar Klang yg menghubungkan Klang Utara dan Selatan yg dipisahkan oleh Sg Klang yg mengalir lesu itu.

Jambatan Kota dilihat dari jambatan baru. Juga kelihatan masjid baru bandar Klang.

Ada sebahagian bandar Klang yg dikenali sebagai Little Madras kerana terdapat kedai2 yg diusahakan oleh kaum India. Kebetulan semasa saya lalu di situ, Deepavali hanya seminggu saja lagi. Memang sibuk depa membeli belah. Macam Melayu nak Raya hari tu. Di bawah ni antara gambar2 yg sempat dirakam.


Kebanyakan kedai di sini masih macam dulu jugak. Tapi di pinggir bandar Klang seperti di Bukit Tinggi terdapat kompleks membeli belah yg moden seperti Jusco ini. Katanya yg terbesar di Malaysia.

Petang itu dalam perjalanan pulang kami melalui 3 lagi daerah di Selangor iaitu Sepang, Ulu Langat, Petaling sebelum sampai ke rumah kami yg terletak di daerah Gombak. Kesemua kami telah melalui 8 dari 9 daerah di Selangor pada Ahad lepas. Begitu mudah untuk bergerak sekarang.


12 comments:

  1. kawasan jajahan pB tu ...

    jajahan takluk ..

    tapi , kalau nak kesana , mesti tanya orang

    sebab tak berapa mahir

    hi hi hi

    ReplyDelete
  2. Lama dah tak singgah bandar Klang. selalu sampai pun di Jusco Bkt Raja saja.

    Dulu-dulu rajin ke Klang sebab beli tayar kereta. He he he!

    ReplyDelete
  3. pB,
    tak sangka pB ada jajahan takluk. Tapi mcmana xmahir tentang jajahan sendiri ni? Banyak ke jajahan takluk lain?

    JP,
    Saya tak tahu pun ada tempat jual tayar murah. Kat mana tu?

    ReplyDelete
  4. wah, merata YB berjalan ya, macam adaaa jer lalu-lalu kat depan rumah saya tu :)

    ReplyDelete
  5. mak su,
    mungkin saya dah ter-lalu depan rumah mak su tapi pasal tak tahu yg mana satu,tak singgah le.
    Sabtu ni insyaAllah saya akan ke Melaka.

    ReplyDelete
  6. berjalan sakan nih. aduhhh ble la blh jln2 cmtu gak...owhhh~ final xam, cpt la abiss...

    ReplyDelete
  7. First time visit sini.. salam kenal
    olak lempit tu kg saya masa kecik2 dulu.. masa tu every raya tentu kena balik sana.. suasana kg. yang seronok, hijau dengan pokok buah2an, paip air yg sungguh besar dan jugak parit2 di depan rumah kayu arwah nenek berbangsa banjar..
    sekarang takde dah, dah jual.. sedey memikirkan sesemua tu, tak dapat di kongsi ngan anak2 saya pula... huhu

    ReplyDelete
  8. e-leeyana, masa paling best nak berjalan masa student. Kalau dah gerabak panjang macam saya ni banyak kerenah. Good luck in yr final xam!

    umi ameer,tq kerana sudi singgah di blog saya.
    Olak Lempit sekarang dah banyak berubah. Paip air besar tepi jalan dah takde - dah kena tanam dlm tanah. Perigi tepi rumah nenek tempat saya mandi masa kecik pun dah lama ditimbus. Yg tinggal hanya kenangan.

    ReplyDelete
  9. Klang, masa kat PJ dulu ni lah antara tempat kat selangor yang tak habis explore. Yang habis pun cuma PJ, Puchong, KL, dan beberapa tempat lagi. Tu je hehe.
    2 tahun kat PJ, rasa rugi pulak tak pergi merayap betul-betul :(

    ReplyDelete
  10. Akmal,masih belum terlambat. Bila2 cuti boleh dtg ke sini. Dan jgn lupa singgah rumah uncle.

    ReplyDelete
  11. Dulu kedai papan orang panggil. Jalan Kapar kalau tak silap. :D

    ReplyDelete
  12. JP,
    Thanks for the info. Nnt saya cuba tanya org Klang kalau kedai tu ada lagi.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails