Pada 17/9/08, saya telah ke ibupejabat Tabung Haji di Jalan Tun Razak untuk mengeluarkan wang. Saya tiba lebih kurang pukul 2:50 ptg. Sebaik saya ingin mengambil nombor giliran, saya telah diberitahu oleh Pak Guard yg menjaga mesin tu bahwa nombor utk hari itu telah ditutup kerana telah terlalu ramai org sedang menunggu dakwanya. Saya lihat ada lebih kurang 30-40 org di kerusi menunggu. Tapi saya tak pasti kalau mereka semua nak berurusan di TH. Maklumlah Bank Islam pun kat situ jugak. Tambahan hari itu cuti bagi negeri Selangor sempena Nuzul Qur'an maka ramai yg datang sekeluarga i.e dgn anak2 mereka sekali.
Kerana saya perlu mengeluarkan wang dgn segera dan saya bukan org yg suka menggunakan waktu pejabat utk urusan peribadi, saya bertanya dgn Pak Guard tu kalau boleh membenarkan saya mengambil nombor giliran utk urusan pada hari itu juga. Pak Guard memberitahu kalau nak jugak tunggulah sampai pukul 4 - mungkin nombor akan dikeluarkan semula. Itupun bergantung kpd pegawai dia. Dah alang2 saya dtg, saya mengambil keputusan utk menunggu. "Pukul 4 pun pukul 4 lah." Harap2 pegawai dia buka balik nombor giliran.
Saya duduk betul2 di depan mesin nombor sambil membuat beberapa kerja yg boleh saya buat dgn h/p saya. Sambil itu saya perhatikan agak ramai juga org yg mahu mengambil no. giliran tapi hampa. Ada yg decided utk balik saja, ada yg cuba mengayat Pak Guard tu dan tak kurang yg confuse tak tahu nak decide. Saya pasti sebahagian besar perlu berurusan dgn segera dgn TH, kalau tak lebih baik rehat kat rumah kalau tak kerja hari tu sebab sekarang ni bulan puasa.
Sambil memerhatikan gelagat orang ramai saya juga menjeling ke arah kaunter. Ada lebih kurang 10 kaunter tapi yg buka mungkin dalam 7 aje. Yg membuat lebih tension makin lama saya tunggu makin banyak kaunter yg ditutup atau staff di kaunter itu buat urusan dalaman dan tidak dapat melayan pelanggan seterusnya. Suatu hal yg melegakan memandangkan jumlah orang yg menuggu pun telah berkurang kpd separuh. "Ada chance. Hehe", bisik hati saya.
Lebih kurang pukul 3:45 ptg, Pak Guard memberitahu nombor giliran akan dikeluarkan semula. Entah dari mana, tiba2 berebut2 orgramai nak ambil no. giliran. Bertolak2 tak kira lelaki pompuan. Ada yg terlampau excited atau mungkin geram kerana lama menunggu, telah menarik kertas no. giliran sebelum ianya keluar sepenuhnya. Akibatnya mesin tu pun mogok. Terpaksalah Pak Guard tu reset balik. Kan dah tambah lambat. Sepatutnya berbarislah nak ambil no. tu. Bukankah tujuan diadakan sistem no. giliran supaya urusan lebih teratur? Ini nak ambil no. pulak dah kecoh. Dalam pada itu semakin ramai org menyerbu ke mesin tu. Saya yg sedari tadi memang duduk di depan mesin tu mengambil keputusan utk join the crowd. Pepatah Org Putih kan ada berkata "if you can't beat them, join them".
Selepas terhulur2 tangan kat Pak Guard tu akhirnya dapatlah saya no giliran saya. Dipendekkan cerita sebelum pukul 4 no saya telah dipanggil.
Saranan saya kpd TH utk meningkatkan perkhidmatan kpd pelanggan: Tambahkan jumlah kakitangan yg menjaga kaunter pada hari2 di mana bilangan pelanggan dijangka lebih ramai dari biasa seperti hari Nuzul Qur'an yg mana org yg bekerja di S'gor akan ke TH di WP utk berurusan. Org juga selalu ramai 1 minggu lepas raya bila mereka balik ke KL. Ada yg nak masukkan duit raya anak2 tapi yg lebih ramai nak keluarkan simpanan kerana duit dah kering!
Gambar-gambar ehsan daripada:
Salam Yunus,
ReplyDeleteSaya pernah menghadapi perkara itu dan ada menulis tentangnya di sini.
http://zainulabs.blogspot.com/2008/02/tabung-haji.html
Saya cadangkan anda baca sentri saya di sini juga.
http://zainulabs.blogspot.com/2008/04/tabung-haji-2.html
Salam Abg Yunus
ReplyDeleteAlhamdulillah , urusan pB di Tabung Haji Seksyen 18 berjalan dengan lancar. Urusan selesai dalam masa 20 minit sahaja .....
Zabs: Wsalam. Walaupun dah boleh guna mesin ATM di BIMB dan Bank Rakyat, ternyata masih ramai pelanggan yg mahu berurusan direct di TH. TH kena fikir macamana nak kurangkan masa menunggu bagi keadaan seperti ini kalau betul2 mahu jadi mesra pelanggan.
ReplyDeletepB: Wsalam. Kalau hari biasa selalunya memang tak perlu tunggu terlalu lama. Masalah menunggu ini selalunya berlaku hari cuti Nuzul Qur'an dan seminggu lepas raya. Kita tengoklah nanti.