Rasanya seperti baru saja kita mula menunaikan Rukun Islam yang ketiga ini. Walhal, samada kita sedar atau tidak, sudah hampir setengah bulan kita berpuasa. Moga-moga hari-hari yang telah berlalu penuh diisi dengan pelbagai amal ibadat dalam mencari keredhaanNya di bulan yang mulia ini dan diharapkan agar kita istiqamah dalam beramal kepada Allah S.W.T. untuk baki bulan puasa yang ada ini. Marilah kita bersama-sama mengimarahkan masjid-masjid dan surau-surau supaya ianya tidak hanya dipenuhi pada awal bulan Ramadan sahaja. Mudah-mudahan kita bakal dipertemukan dengan Lailatul Qadr sekali lagi pada tahun ini, insyaAllah.
Sungguhpun kita berada di dalam bulan yang mulia ini, saya tersentak kerana masih ada kejadian jenayah yang berlaku. Saya bersedih dan turut bersimpati dengan kejadian samun yang berlaku di rumah Encik Yusof Abdul di Seksyen 13, Shah Alam yang mengorbankan isterinya, Allahyarham Raja Noriana Raja Ahmad tempoh hari. Dalam pada itu, saya sendiri dikejutkan dengan kejadian cubaan mencuri di rumah saya yang berlaku awal pagi ini.
Setelah bersahur dan seperti kebiasaannya saya akan menunaikan fardhu Subuh di surau kawasan kediaman saya. Sekembalinya saya dari surau, saya dimaklumkan oleh anak saya bahawa beliau terdengar bunyi yang mencurigakan di 'porch' lalu terus menghidupkan lampu-lampu yang ada. Apabila lampu terpasang, kelibat seorang lelaki dengan kelam-kabut berlari melompat keluar rumah melalui pagar tepi. Setelah diteliti, pintu kabinet kasut terbuka dan kami mengesyaki penjenayah terbabit cuba mencuri kasut. Namun syukur tiada kasut yang hilang.
Anak saya bertindak pantas dengan menghubungi talian Rakan Cop (03-21159999) untuk memaklumkan tentang kejadian yang berlaku itu. Kurang daripada 15 minit kemudian, sebuah kereta peronda pun tiba dihadapan rumah. 2 orang anggota polis datang untuk memantau rumah dan kawasan sekitar. Saya masih terkejut kerana masih ada yang tergamak cuba melakukan perbuatan keji seperti mencuri di bulan puasa ini. Sementara itu, saya puji khidmat PDRM yang sentiasa bersedia seawal pagi sungguhpun baru selesai bersahur. Saya berharap selepas ini pihak polis dapat melakukan rondaan dengan lebih kerap lagi di sekitar kawasan kediaman lebih-lebih lagi menjelang Hari Raya yang bakal tiba. Bagi yang bakal pulang ke kampung untuk berhari raya, maklumkanlah kepada pihak polis supaya mereka dapat membuat pemantauan di kawasan kediaman anda.

Salam
ReplyDeleteTahniah kerana mendapat cahaya mata yang ke 6 .....
Mujurlah tak jadi perkara perkara yang tidak diingini di bulan puasa ini ...
Syukur
Salam Yunus,
ReplyDeleteAlhamdulillah, syukur, tiada yang hilang. Saya juga pernah hilang beberapa pasang kasut selama tinggal di sini. Kalau cari di Chow Kit, mungkin jumpa di tempat jualan lelong barang lama agaknya.
pb:Wsalam. Terima kasih diatas ucapan tu.
ReplyDeleteMenurut anak saya yg ternampak pencuri tu, dia kelihatan seperti org Indon. Inilah masalah sebahagian dari mereka yg dtg ke negara kita ni. Dahlah menumpang (takde kena mengena dgn komen Ahmad Ismail), ada yg buat hal pulak tu. Hiduplah baik kat sini dan bersyukur dgn apa yg mereka dapat. Lihat nasib sebahagian dari mereka di negara sendiri. Kerana berebut duit zakat, berpuluh2 mati terpijak.
Zabs: Wsalam. Mungkin elok jugak kalau polis atau pihak berkuasa lain memantau penjualan kasut2 terpakai seperti mana mereka lakukan terhadap jualan besi buruk.
Salam.
ReplyDeleteKadar jenayah sekarang sangat menakutkan. Main bunuh-bunuh dah macam perkara biasa di Malaysia. Isk!
Jowopinter:wsalam
ReplyDeleteinilah kalau orang mencari jalan mudah mendapatkan wang ditambah hilang rasa takut kpd balasan baik di dunia maupun di Akhirat.