Saturday, September 27, 2008

Persiapan Raya di Kampungku


Petang tadi sekitar pukul 3:30, saya telah mengajak anak keduaku yg baru pulang dari asrama di Melaka dan juga adiknya yg di darjah 1 untuk bersamaku menjenguk kampung kami. Sebaik sampai di jalanraya utama, kesesakan begitu ketara. Inilah ciri2 balik kampung yg biasa. Perjalanan ke kampungku yg selalunya tak sampai 5 minit telah mengambil masa 3 kali ganda. Akhirnya kami sampai ke tempat tumpuan ramai di kampung kalau waktu2 petang begini - pasar. Kami bernasib baik kerana dapat parking di tepi sungai yg terletak di seberang pasar tu. Kalau tak kena ke kawasan lapang di sebelah masjid utk parking. Kena jalan jauh sikit.

Matlamat utama Angah dah tentu mencari kedai menjual prepaid - utk dirinya dan adiknya yg juga menuntut di asrama. Maklumlah dah berapa lama hp tak reload pasal tak boleh bawa hp ke asrama. Selepas tu kami membeli mi dan kueh teow beserta fishcake dan fishball utk dimasak petang ni utk buka puasa.

Sebagai persiapan utk menyambut raya, saya telah ke kedai gunting rambut.

Siap bergunting, kami mencari juadah berbuka. Pening juga nak pilih kerana takut tak sesuai dgn selera mereka yg di rumah. Semalampun saya singgah ke sini selepas mengambil anak saya yg ke3 dari Hentian Duta. Ini untungnya kalau kampung dekat dgn rumah kita. Hari2 pun boleh jenguk.

Setelah membeli serbi sedikit juadah berbuka, kami singgah di gerai menjual minuman berkabonat. 4 botol RM10. Boleh hidangkan kpd tetamu di HR kalau tak sempat bancuh minuman. Itupun kalau sempat sampai raya!


Terletak berhampiran dgn gerai "air oren" terdapat gerai menjual bunga api dan mercun. Tentu sekali menjadi tarikan anak kecil ku. Nak raya punya pasal, saya belikanlah jugak bunga api bodoh dan mercun bola.
Di tepi jalan lagi banyak gerai menjual kueh raya, air oren, baju melayu, pasu, lemang dan bunga api.
Menjelang Asar kami pun pulang. Esok insyaAllah kami balik kampung lagi mentelah anak2 bertanya bila nak ziarah pusara aruah datuk mereka.


2 comments:

  1. Salam Yunus,
    Beruntung orang yang bekerja dan tinggal berdekatan dengan kampong. kalau isteri pun orang sekamnpong lagi ngam. Tak perlu gilir-gilir.
    Kampong Baru ke Gombak?
    Selamat Hari Raya, maaf zahir batin.

    ReplyDelete
  2. Wsalam Zabs,
    Antara nikmat Allah ialah rezeki seseorg itu terdapat di tempatnya sendiri. Alhamdulillah setelah puas merantau di awal kerjaya, kini saya tak perlu pergi jauh2.
    Asal saya Kg Datuk Keramat!

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails