Sunday, September 28, 2008

Persiapan Menjelang Syawal (1)

Di kala kami sekeluarga bersiap sedia utk berbuka semalam, ibu dan bapa mertua berserta adik iparku yg bongsu telah datang membawa juadah HR termasuk nasi himpit, kuah kacang, lodeh dan rendang ayam. Timing yg perfect utk dibuat hidangan berbuka kami semua lebih2 lagi semua anak2 kami yg belajar jauh dari kami telahpun pulang (yang terakhir anak sulong yg balik pukul 4:30 ptg semalam). Sudah menjadi tradisi di kampung isteriku, penduduk akan menyediakan hidangan HR beberapa hari sebelum HR dan akan dihantar ke rumah jiran2 dan saudara mara yg berhampiran (di kampung tu hampir semua mereka ada pertalian persaudaraan).






Bersama mertua kami ialah keluarga kakak iparku yg sulong yg datang dgn sebuah kereta berasingan. Beliau membawa bersama kuih2 raya yg isteriku tempah dari kampung. Kali ini supplier baru dari Pancang Bedena. Kuihnya sedap dan harganya murah jika dibandingkan dgn harga di KL.


Kuih2 tu dalam 2 kotak tu. Yang dalam plastik tu popia mini buatan kakak ipar yg seorang lagi.

Juga dibawa bersama semalam ialah 2 kampit beras wangi. Beli di Tg Karang lebih murah - maklumlah jelapang padi Selangor. Ini bekalan standby kalau ramai tetamu datang tahun ini.

Birasku memikul beras.

Barang persiapan yg tak kurang pentingnya yg dibawa oleh iparku ialah duit raya. Tukar di bank di Sg Besar lebih senang jika dibanding di sini yg selalunya pihak bank akan memberi berbagai alasan. Di awal Ramadhan duit baru belum sampai, di pertengahan bulan puasa duit pula dah habis! Tentang sampul duit, selalunya depa yg kebas awal2.

Duit raya untuk tahun ni

Walaupun dipujuk supaya mereka pulang selepas sahur, tapi demi persiapan yg mereka hendak lakukan di kampung, mereka bertolak balik pukul 11:00 malam selepas kena secawan kopi O kaw.

1 comment:

  1. ..bosan sikit ceramah ni..bacaan kali ke berapa, comment pertama kali..sori uncle seluk2 yang lama, saje nak jadi pengomen pertama..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails