Sunday, September 28, 2008

Persiapan Menjelang Syawal (2)

Pagi tadi, saya dan 4 org anak2 telah ke pasar Chow Kit utk membeli serba sedikit barang2 utk hidangan HR. Seperti dijangka jalan di sekitar kawasan tersebut jam bukan saja kerana org lebih ramai dari biasa tetapi hampir kesemua tempat letak kereta telah dijadikan tapak gerai.

Hari biasapun susah nak cari parking, inikan pulak gerai sementara dah takeover

Bagi mereka yg kurang kesedaran sivik, cara mudah dan cepat ialah meletak atau menunggu di tepi jalan. "Lantaklah org lain susah nak jalan - bukan masalah aku" itu agaknya kata mereka.

Manusia dan kenderaan berpusu2

Antara barang yg kami beli ialah mi dan bahan utk masak mi, paru, ayam, sayur dan buah. Harga barang dah naik. Ayam sekilo RM7. Ayam pencen pun dah RM8 seekor. Tak boleh tawar. Menurut penjual esok akan naik jadi RM10/ekor. Nak makan punya pasal kena jugaklah beli.

Gerai menjual kuih raya nampaknya masih kurang sambutan. Mungkin ramai yg menunggu hingga malam raya di mana selalunya ada sales kerana peniaga pun dah nak balik kampung.

Gerai kuih masih lengang

Setelah mendapat barang2 yg diperlukan kami pun pulang. Anak2 keletihan kerana terpaksa berulang alik antara pasar dan parking beberapa kali utk menghantar barang.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails