Hari ini, 4hb Sep 2008, merupakan hari yang sangat bersejarah kerana pada hari ini telah diadakan Majlis Pecah Tanah Projek Pembinaan Wisma Perwira Kementah yang telah disempurnakan oleh YAB Dato Sri Najib Tun Hj Abd Razak, Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Pertahanan.
Bangunan asal Wisma Perwira telah dibina oleh tentera British pada tahun 1946. Di sinilah ramai pegawai tentera pernah berkumpul dan mengenali antara satu sama lain. Kewujudan premis ini juga telah membolehkan para perwira bertukar-tukar pendapat dan berkongsi pengalaman dalam melaksanakan tugasan di pejabat mahupun di perbatasan.
Hari ini Wisma Perwira memasuki satu fasa baru, apabila sebuah kompleks yang baru akan mula dibina. Kompleks yang bertaraf sebuah hotel dan mempunyai pelbagai kemudahan moden ini sudah tentu akan memberi keselesaan kepada para pegawai ATM yang menjadi ahli wisma ini.
Untuk lebih kurang dua tahun dari sekarang, tanggungjawab untuk memastikan projek sebesar ini menjadi realiti terletak di bahuku selaku Pengurus Kanan Projek. Mengulangi doa pagi ini yang dibacakan oleh seorang Lt. Kol daripada KAGAT semasa majlis pelancaran:
"Ya Allah, berilah kekuatan kepada jentera pelaksana projek ini untuk menyiapkan projek ini di dalam masa yang ditetapkan. Jadikanlah ianya sumbangan kami yang akan memberatkan timbangan mizan kami di Akhirat kelak."
Saya berharap penglibatkan saya dan teman-teman di dalam projek ini menzahirkan penghargaan kami kepada para perwira sekalian. Yang paling penting semoga Allah menerimanya sebagai amal kami dan diberi pahala, insyaAllah.
Salam Yunus,
ReplyDeleteTahniah kerana syarikat anda berjaay memperolehi projek ini. Semoga proses pembangunan akan berjalan lancar.
InsyaAllah, jika sudah siap nanti, jangan lupa bawa kami tentera2 pencen TKP melawat tempat itu.
Salam ZABS,
ReplyDeleteTerima kasih di atas ucapan Tuan. Alhamdulillah, dgn projek ni dapatlah beberapa org mencari rezeki darinya samada secara langsung atau tak langsung utk 2-3 tahun akan datang.
InsyaAllah, saya akan cuba mengaturkan lawatan utk teman2 yg berminat nak melihat projek ini dari lebih dekat. Cuma bagi tau saya bila nak pergi.
macam baca laporan kat suratkhabar
ReplyDeletehihihi
SANGAT BAGUS HIHIHIHIHIII
ReplyDelete