Monday, May 12, 2008

MIHAS 2008 – Indah Khabar Dari Rupa


Malaysia International Halal Showcase (MIHAS 2008) telah berlangsung di Matrade dari 7 – 11/5/08. Pameran kali ini adalah yg kelima dan terbesar yg pernah diadakan. Tiga hari pertama dikhaskan utk pelawat perdagangan (trade visitors) manakala orang awam dibenarkan melawat pada hari Sabtu dan semalam. Memandangkan dua hari terakhir jatuh pada hujung minggu, jumlah pelawat yg hadir terlalu ramai. Bila orang dah ramai, macam2 hal terjadi. Memandangkan tempat letak kereta yg terhad di dalam kawasan Matrade, pengunjung telah meletakkan kenderaan mereka di tepi jalan di kiri kanan jalan ke bangunan Matrade. Ada juga yg telah double parking menyebabkan org lain susah nak bergerak.

Sebelum dibenarkan masuk, pelawat dikehendaki mengisi borang pendaftaran. Malangnya tiada pen atau pensil disediakan. Ada yg terpaksa pinjam dari pelawat lain. Kalau tujuan pendaftaran utk mengetahui berapa jumlah pelawat, mungkin lebih mudah dan cepat letakkan seorang atau dua utk mengira setiap pelawat yg masuk. Tak buang masa org ramai!

Apabila saya dan keluarga masuk ke dewan pameran petang semalam, telah ada booth terutama dari peserta antarabangsa seperti dari China dan Iran telah ditutup. Mungkin mereka hanya fokus kepada trade visitors kerana mungkin pada jangkaan mereka orang awam hanya buang karan aje. Malangnya ada juga peserta tempatan dah tutup kedai awal walaupun penganjur ada membuat pengumuman bahawa mereka tidak dibenarkan tutup booth sebelum pukul 6:45 petang. Mungkin dah letih dan nak balik. Bagi mereka yang dah dapat banyak tempahan atau kontrak mungkin dah cukuplah tu. Bagi yang kurang mendapat sambutan, mungkin kecewa – tulah nak bungkus cepat.

Barang2 yg dipamerkan dan dijual taklah semua produk yg baru di pasaran. Contohnya kopi Super. Depa ni merata ada. Kat Jom Heboh ada, kat Hari Keluarga ada. Silap2 hari bulan kat tempat orang kahwin pun depa ada. Elok jugak bagi pengantin minum seorg secawan malam pertama – baru ada power! :-p Harga yg mereka tawar kat MIHAS ni taklah murah mana. Tapi pasal depa bagi payung satu kaki kalau beli pakej RM12 ramai jugak org beli.

Kerepek Rizal jugak tak ketinggalan menyertai pameran kali ni – nak jadi global brand lah katakan. Baguslah jugak. Tapi yg kurang sedapnya depa jual kerepak lebih mahal dari biasa walaupun special offer kononnya. 3 paket RM10 sedangkan di pasar tani 4 paket RM10. Mungkin kerana segan apabila isteri saya bagi tahu kami selalu beli kerepek mereka dgn harga 4 paket RM10, jurujual menunjukkan jari 4 walaupun dia menjeritkan kata2 3 paket RM10 dgn mengisyaratkan kami boleh ambil 4 paket. Akhirnya kami beli jugaklah RM10 dan dapat 4 bungkus.

Bagi yg kelaparan ada disediakan tempat makan. Tapi harganya fulamak – macam kat hotel. Harga tinggi kalau kat tempat macam ni dah biasa. Tapi mutu makanan – hampeh. :(



Lagi gambar2 sekitar kunjungan ke MIHAS 2008.

Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta – Revisited

Saya sekeluarga telah berkesempatan menunaikan solat Asar hari ini di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta. Seingat saya, kali terakhir saya solat di situ ialah ketika mengerjakan solat Isyak dan Terawih bulan Ramadhan yang lepas. Kali terakhir kami sekeluarga berkunjung ke situ pula ialah pada bulan Okt 2007 ketika Tadika Amal mengadakan Hari Iktifalnya di mana Haikal telah terpilih sebagai murid lelaki terbaik tadika Taman Keramat Permai.


Tidak saya nafikan masjid ini adalah antara yang tercantik di Malaysia. ‘A picture is worth a thousand words’. Sayangnya kerana kedudukan yang agak jauh dari kediaman orang2 Islam, jemaah yg hadir lebih terdiri dari orang yang singgah atau pelancong dari luar KL. Kebelakangan ini seperti terdapat satu trend di mana masjid dibina agak jauh dari kediaman jemaah yang disasarkan contoh masjid di Bandar Baru Selayang, Seksyen 2 Wangsa Maju dan Kota Damansara. Mungkin di tempat yg lebih hampir dgn rumah2 penduduk, tanah yg luas utk masjid tidak ada. Jika dipandand dari sudut positif, mungkin ini utk memberi peluang kepada jemaah mendapat lebih pahala kerana perlu berjalan (naik kenderaan) lebih jauh jika dibandingkan masjid di sebelah rumah. Wallahualam.

Selamat Pengantin Baru Izan & Ali

Kami sekeluarga telah berkesempatan menghadiri majlis akad nikah pasangan pengantin Wan Norhaizan Wan Hasnan (anak kepada jiran kami – dah anggap macam saudara sendiri) dan Ali yg telah dilangsungkan di Masjid Al-Hidayah, Sentul semalam. Majlis bermula pukul 3:15 petang dan berakhir sejam kemudian.

Dengan dua kali lafaz, maka sahlah dua mempelai menjadi suami isteri. Menjeritlah syaitan kerana gagal memesongkan dua orang lagi anak Adam dari terjerumus ke lembah maksiat.

Majlis menyambut pengantin telah diadakan di rumah keluarga pengantin lelaki petang tersebut dan majlis di pihak perempuan akan dilangsungkan di Dewan Tabung Haji pada Sabtu depan (17/5/08).

9 dulang daripada pihak perempuan

Sebahagian daripada hantaran pihak lelaki

"Berbesan la kita ni ye"

Apa yang kelakar sangat tu??

Bergambar bersama pengatin perempuan

Kami rapat dah macam saudara

[Eh! ape pengatin lelaki buat kat belakang tu?]

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails