Monday, May 12, 2008

Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta – Revisited

Saya sekeluarga telah berkesempatan menunaikan solat Asar hari ini di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta. Seingat saya, kali terakhir saya solat di situ ialah ketika mengerjakan solat Isyak dan Terawih bulan Ramadhan yang lepas. Kali terakhir kami sekeluarga berkunjung ke situ pula ialah pada bulan Okt 2007 ketika Tadika Amal mengadakan Hari Iktifalnya di mana Haikal telah terpilih sebagai murid lelaki terbaik tadika Taman Keramat Permai.


Tidak saya nafikan masjid ini adalah antara yang tercantik di Malaysia. ‘A picture is worth a thousand words. Sayangnya kerana kedudukan yang agak jauh dari kediaman orang2 Islam, jemaah yg hadir lebih terdiri dari orang yang singgah atau pelancong dari luar KL. Kebelakangan ini seperti terdapat satu trend di mana masjid dibina agak jauh dari kediaman jemaah yang disasarkan contoh masjid di Bandar Baru Selayang, Seksyen 2 Wangsa Maju dan Kota Damansara. Mungkin di tempat yg lebih hampir dgn rumah2 penduduk, tanah yg luas utk masjid tidak ada. Jika dipandand dari sudut positif, mungkin ini utk memberi peluang kepada jemaah mendapat lebih pahala kerana perlu berjalan (naik kenderaan) lebih jauh jika dibandingkan masjid di sebelah rumah. Wallahualam.

1 comment:

  1. yer mmg betul tu masjid kat malaysia nih lawo2 tapi tak ramai yang memenuhinya...

    saya pernah sampai kat masjid KLIA mmg tak ramai org yang jadi jemaah kat situ....

    *berapa juta agaknya kos untuk pembinaan masji tersebut?

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails