Monday, May 12, 2008

MIHAS 2008 – Indah Khabar Dari Rupa


Malaysia International Halal Showcase (MIHAS 2008) telah berlangsung di Matrade dari 7 – 11/5/08. Pameran kali ini adalah yg kelima dan terbesar yg pernah diadakan. Tiga hari pertama dikhaskan utk pelawat perdagangan (trade visitors) manakala orang awam dibenarkan melawat pada hari Sabtu dan semalam. Memandangkan dua hari terakhir jatuh pada hujung minggu, jumlah pelawat yg hadir terlalu ramai. Bila orang dah ramai, macam2 hal terjadi. Memandangkan tempat letak kereta yg terhad di dalam kawasan Matrade, pengunjung telah meletakkan kenderaan mereka di tepi jalan di kiri kanan jalan ke bangunan Matrade. Ada juga yg telah double parking menyebabkan org lain susah nak bergerak.

Sebelum dibenarkan masuk, pelawat dikehendaki mengisi borang pendaftaran. Malangnya tiada pen atau pensil disediakan. Ada yg terpaksa pinjam dari pelawat lain. Kalau tujuan pendaftaran utk mengetahui berapa jumlah pelawat, mungkin lebih mudah dan cepat letakkan seorang atau dua utk mengira setiap pelawat yg masuk. Tak buang masa org ramai!

Apabila saya dan keluarga masuk ke dewan pameran petang semalam, telah ada booth terutama dari peserta antarabangsa seperti dari China dan Iran telah ditutup. Mungkin mereka hanya fokus kepada trade visitors kerana mungkin pada jangkaan mereka orang awam hanya buang karan aje. Malangnya ada juga peserta tempatan dah tutup kedai awal walaupun penganjur ada membuat pengumuman bahawa mereka tidak dibenarkan tutup booth sebelum pukul 6:45 petang. Mungkin dah letih dan nak balik. Bagi mereka yang dah dapat banyak tempahan atau kontrak mungkin dah cukuplah tu. Bagi yang kurang mendapat sambutan, mungkin kecewa – tulah nak bungkus cepat.

Barang2 yg dipamerkan dan dijual taklah semua produk yg baru di pasaran. Contohnya kopi Super. Depa ni merata ada. Kat Jom Heboh ada, kat Hari Keluarga ada. Silap2 hari bulan kat tempat orang kahwin pun depa ada. Elok jugak bagi pengantin minum seorg secawan malam pertama – baru ada power! :-p Harga yg mereka tawar kat MIHAS ni taklah murah mana. Tapi pasal depa bagi payung satu kaki kalau beli pakej RM12 ramai jugak org beli.

Kerepek Rizal jugak tak ketinggalan menyertai pameran kali ni – nak jadi global brand lah katakan. Baguslah jugak. Tapi yg kurang sedapnya depa jual kerepak lebih mahal dari biasa walaupun special offer kononnya. 3 paket RM10 sedangkan di pasar tani 4 paket RM10. Mungkin kerana segan apabila isteri saya bagi tahu kami selalu beli kerepek mereka dgn harga 4 paket RM10, jurujual menunjukkan jari 4 walaupun dia menjeritkan kata2 3 paket RM10 dgn mengisyaratkan kami boleh ambil 4 paket. Akhirnya kami beli jugaklah RM10 dan dapat 4 bungkus.

Bagi yg kelaparan ada disediakan tempat makan. Tapi harganya fulamak – macam kat hotel. Harga tinggi kalau kat tempat macam ni dah biasa. Tapi mutu makanan – hampeh. :(



Lagi gambar2 sekitar kunjungan ke MIHAS 2008.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails