Friday, December 20, 2013

Kopi Vietnam

Cerita Vietnam tak habis lagi. Kali ini aku nak berkongsi cerita tentang kopi Vietnam. Orang kata kalau ke sana tak minum atau beli kopi Vietnam tak sah lawatan kita. Kira-kiranya mcm syarat sah lawatanlah …… huhu

Malam pertama kami sampai di sana kami terjumpa penjual kopi yang berbasikal. Kopi ais satu gelas plastik USD1. Boleh pakai duit ringgit. Cuma RM3. Ini lebih murah daripada guna USD. Kami beli satu gelas dulu. Testing nak tahu sedap ke tidak.



Adam khusyuk memerhatikan penjual kopi ini membancuh kopi di basikalnya


Tanda harga di dalam bahasa Inggeris dan Melayu. Nampak sangat ramai pembelinya adalah orang Malaysia



Siap bergambar satu keluarga dgn penjual kopi ni. Pelanconglah katakan ….. ngeeeeee


Kopi ini memang sedap. Minum sekali mesti nak lagi. Tapi jangan risau. Ada ramai penjual kopi ini di sekitar Pasar Ben Thanh dan juga di Jalan Malaysia di depan hotel. Selama 3 malam di sana, kami mesti membeli kopi ini. Pada malam terakhir, kami beli sampai 8 kali!


Ada dua orang penjual kopi dari syarikat yang sama berebut pelanggan di depan hotel. Syarikat warna oren - Glosyan Coffee


Yang ini syarikat kopi merah. Siang malam mereka berniaga


Suami isteri ini (macam kenal aje) sempat membeli satu gelas kopi selepas penat membeli belah dan sebelum balik ke hotel. Lepas minum kopi ini memang hilang mengantuk. Kalau minum malam Jumaat sangat bagus …. hehehe



Kalau nak beli kopi serbuk untuk dibawa balik, bolehlah ke Pasar Ben Thanh.


Pilihlah mana yg berkenan. Tapi sebelum beli elok survey dulu kedai2 yg menjual serbuk kopi ini kerana harganya berbeza2


Kalau tak tahu nak pilih kopi yang mana bolehlah beli yg sedia bancuh ni

32 comments:

  1. asek cerita vietnam jaaa... mana goodies saya...!!??

    ini tidak adilll... ;P

    ReplyDelete
    Replies
    1. CPL,

      Tak pesan hari tu mana nak ada. Penuh beg dgn telekung …… ngeeee

      Tapi kalau nak rasa kopi vietnam tu datanglah ke rumah.

      Delete
    2. Aina,

      Kalau Aina nak rasa kopi boleh datang juga ke rumah. Ajak CPL sama.

      Delete
  2. Minum masa malam Jumaat memang bagus kan? Boleh buat qiamullail. Kan YB kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan setakat qiamullail, macam2 boleh buat malam jemahat tu ……. hehehe

      Delete
  3. Rasanya masa Aina pi sana dulu tak nampak pulak penjual2 kopi ni. Kalau kat Malaysia rege kopi macam tu memang saya tak minum dah YB kena boikot...ahahhaa....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin mereka baru mula jual kopi guna basikal ni kot. Bila Aina ke sana tu?

      Kat Malaysia memanglah mahal kalau secawan sampai 3 hinggit. Tapi di sana barang makanan dan minuman memang mahal. Air minuman di restoran yg kami makan tengahari tempoh hari RM3 secawan tak kira samada teh o ais, kopi atau milo. Kalau tahu harganya sama, lebih baik saya order milo ais ….. ngeeeee

      Delete
  4. Replies
    1. Tak de nya zona. Tu yang merajuk dengan YB tu.

      Delete
    2. zonaku,

      Ada beli sikit aje sebab nak test. Kalau nak rasa singgahlah sini

      Delete
    3. t.a.t.a,

      eh tak habis lagi merajuknya. Tak pandai pulak saya nak pujuk ….. hu hu hu

      Delete
    4. sy pegi rmh YB 28 dec ni blh? akan ke KL lagi ni Insyaallah.

      Delete
    5. calling2lah sebelum datang sebab kami ada jemputan kahwin pada 28hb tu. Takut takde kat rumah pulak

      Delete
  5. Saya dah rasa kopi gosyan tu, aromanya mcam Kopi Kapal Api kan? huhu... bau arang. Tapi sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada letak candu kot ….. sebab tu minum sekali nak lagi ….. hahaha

      Delete
    2. Ramai takut membeli serta meminum kopi Vietnam....keraguan tentang KEHALALAN FATS yg di gunakan semasa menggoreng kopi.....sama jugak dgn roti vietnam ......

      Delete
    3. Teringat kopi yg mashor di Johor ari tu di sahkan tak halal olih pihak berwajib kerana menggunakan lemak BABI semasa menggoreng biji kopi...perkara sebegini boleh berlaku di Malaysia,.inikan pula negara bukan Islam.....

      Delete
    4. Orang yg warak akan menjauhkan benda2 yg meragukan. Bagi orang awam mcm kami ni kalau ada tanda HALAL dan hati tak berdebar2 semasa hendak meminum atau memakan sesuatu tu, kami teruskan…… hu hu hu

      Delete
    5. Itulah bertuahnya tinggal di Malaysia sebab ada badan seperti JAKIM yang memastikan halal atau sebaliknya sesuatu produk itu. Di tempat lain terutama di mana org Islam adalah golongan minoriti, lambang atau tulisan halal yg digunakan tak dapat memastikan kehalalan sesuatu produk.

      Delete
  6. paling suka kopi yg last tu. klu tau YB pgi, sy nak kirim huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. masy, kawan aku nk balik vietnam raya cina ni, nak pesan?

      Delete
    2. Kami beli sikit aje. Itu pun sebab ada kawan Atikah yg kirim. Dia beritahu kopi tu power. Selepas dia minum baru2 ini pukul 4 pagi baru dia boleh tidur!

      Lain kali kalau kami pergi lagi awak nak kirim berapa kotak?

      Delete
  7. ingatkan kat vietnam terkenal dengan kain saja :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selain kain kopi adalah di antara barang yg terkenal di Vietnam. Ramai yg beli bawa balik. Jom kita ke sana.

      Delete
  8. uncle,nk rasa gak kopi vietnam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. jemputlah datang ke rumah sementara stok masih ada …..

      Delete
  9. penat2 badan..kena kopi Vietnam ...hihi sempat lg mlm jumaat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau pasal malam jumaat tak kena kopi vietnam pun sempat lagi …… hehehe

      Delete
  10. saya pun dah test kopi tu sedap hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berapa kali Zino minum kopi tu?

      Yang saya suka penjual kopi tu sentiasa bersedia untuk bergambar bersama dgn pembeli kopinya.

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails