Kain rentang di jalan nak masuk ke Dusun Jimmy
Kami tiba pukul 3:45 petang di dalam keadaan hujan renyai-renyai. Kami terus ke bangsal tak jauh dari tepi jalan. Semasa itu ada beberapa orang sedang makan durian. Kawan aku beritahu kalau makan durian di situ FREE! Makanlah seberapa banyak yg larat. Kawan dia tuanpunya dusun bagi percuma.
Boleh makan selagi larat tanpa perlu bayar. Ini durian Musang King
Haikal yang mengikut kami semalam teruja dgn buah2 durian yg bergantungan di pokok. Perhatikan lebuhraya Karak nun jauh di bawah tu (sebelah kiri Haikal)
Menyesal tak bawa helmet. Menurut kawan aku kalau kami datang 2 minggu lepas, buahnya lagi banyak. Ini dah banyak yg gugur
Durian yg telah dikumpulkan oleh para pekerja dusun
Kami juga sempat memetik rambutan utk dibawa balik. Rambutan boleh bawa balik free.
Dah kenyang makan di situ takkan tak beli langsung utk dibawa balik. Ini durian yg kami beli semalam dari jenis Musang King, D2 dan Tekka. Semuanya RM200
Sesiapa berminat nak makan durian di dusun bolehlah ke tempat ini. Ada nombor telefon di kain rentang di atas tu. Tapi aku tak gerenti korang boleh makan free di dusun tu sebab Jimmy tak kenal korang!
Menurut Jimmy dusunnya adalah seluas 18 ekar dan ditanam dgn pokok durian bermutu tinggi sejak 26 tahun yg lepas. Setiap musim dia boleh mendapat jualan sebanyak RM280,000!
Menurut Jimmy dusunnya adalah seluas 18 ekar dan ditanam dgn pokok durian bermutu tinggi sejak 26 tahun yg lepas. Setiap musim dia boleh mendapat jualan sebanyak RM280,000!
chop tempat dulu.
ReplyDeleteopocot! Wah main chop chop tempat pulak …. hehehe
DeleteMcm2 fesyen
Deletenak menang hadiah kenalah mcm2 fesyen.
DeleteElly tak nak join sekali ke? …… ngeeeee
wah, memang tak ingat dunia la kalau makan. gambar durian yang atas sekali tu memang menggoda nafsu saya.
ReplyDeletebetul² tepi karak? dekat dengan tempat perempuan melambai-lambai di waktu malam tak?
Bukan setakat tak ingat dunia tapi tak ingat kolesterol jugak …. huhu
DeleteYang dalam gambar tu semua dari jenis Musang King. Selepas kami habis makan Musang King, ditambah pula dgn Tekka.
Memang betul2 di tepi highway. Perempuan melambai tu sebelah malam aje …. ngeeee
Nak pegi gak..huhu..t.a.t.a.jgn tggl gue
ReplyDeletechot, gue tak tinggal luk. tapi kalau tepi luk ada perempuan melambai-lambai tu, gue cilabot dulu.
DeleteChot,
DeleteCepatlah ….. dah lama saya tunggu ni ...
t.a.t.a,
DeleteJomlah awak ajelah ikut saya. Chot hilang entah ke mana ….. ngeeeee
takkan berdua aje? ajak la yang lain juga.
DeleteBerdualah baru romantik …… hahaha
DeleteCerita beria2 ingat kalau pi kami boleh makan free jugak!
ReplyDeleteYB jom bawak kami ramai2 pi sana, YB kenal Jimmy kan...(sambil pandang atas dan kedip2 mata...ahahhaaa...).
kak Aina, jangan lupa kerdipan mata dengan senyuman yang paling manis sekali.
DeleteSambil melambai ke?
Deleteyang ni tak melambai. senyum dan kerdip mata aje.
DeleteJunAina,
DeleteNantilah kalau saya ada dusun durian sendiri bolehlah saya belanja kengkawan makan buah2an free. Tapi nak tunggu ada dusun tu tak tahu bila ….. huhu
Weekend ni saya nak balik kampung ada jemputan kenduri kahwin. Jimmy ada juga jemput saya datang Sabtu ni sebab ada acara Hash Run. Kalau tak, boleh ajak Aina ke sana ...
t.a.t.a,
DeleteSenyuman Aina sentiasa manis….
Chot,
DeleteHa'ah tak melambai mcm kata t.a.t.a
t.a.t.a,
Deletekerdip mata tu macam masuk habuk pulak ….. ngeeee
bukan masuk habuk. kerdipan manja gitu. ahahahahaha
Deleteini yg tak sabar nak tengok ni ….. hikksss
Deletesuh la kak aina yang buat. hahaha.
Deletet.a.t.a,
DeleteKalau Aina yg buat nanti cik Abg dia jeles. Tapi kalau t.a.t.a yg buat takde siapa nak jeles kan? Ke dah ada yg jeles? ….. ahaks
YB, kalau saya yang buat haruslah ada yang jeles. tu Emak Adam tu. jeles karang!
Deletehahaha
t.a.t.a,
DeleteDia tak ikut takpe ……. hehehe
wahhh seronoknya ada buah durian...
ReplyDeletesaya anak beranak hantu mkn durian..pantang nnpk mesti beli punya...buah berduri nii...
Kalau Ain nak beli Musang King dgn harga ladang bolehlah ke sini. Sekilo cuma RM12 sedangkan di KL ni satu kg dalam RM20. Kalau beli banyak boleh cover duit minyak dan tol di samping boleh bawa anak2 melihat pokok durian
DeleteTuan...sy xpenah mkn durian musang king ni...tp teringin nk mkn...boleh ka kalau sy p beli kat ladang tuan? 0174701202
Deletemasa keje buat hiway KL-Karak tu hari2 masuk kebun durian, free jugak. Entah2 Jimmy kenal saya tak? :D
ReplyDeleteoh juliet pun terlibat dgn pembinaan hiway KL-Karak ni dulu ke? Masa buat LPT tu awak pergi site jugak ke? Masa tu saya sibuk membina stesen minyak yg di R&R Temerloh tu.
DeleteHaruslah Jimmy ni kenal awak kalau awak pernah ke dusun dia. Dia ni jenis yg senang mesra dgn orang.
gembiranya tengok durian ni...selalu lalu karak highway mcm nak cepat2 abeskan strectch yg sgt panjang dan bengkang bengkok tu... :D
ReplyDeleteAda org kat perjalanan itu merupakan sesuatu yg menyeronokkan jika kita menikmati pemandangan dan suasana di sepanjangnya. Tak perlu nak cepat2 habiskan untuk sampai ke destinasi. Ada beberapa tempat menarik di sepanjang highway Karak tu.
DeleteTengok pokok durian yg berbuah lebat memang menggembirakan. Kalau dapat makan buahnya lagilah gembira terutama bila makan free …… hehehe
Salam
ReplyDeleteTakjumpa ke hantu jgn pandang belakang ke? Keta colksegan kuning
Waalaikum salam Anon.
DeleteKami pergi siang hari. Tak jumpalah hantu tu.
Keta waksegan kuning tu bukan ke kat Terowong Menora?
hu hu