Sunday, December 1, 2013

Berjumpa Blogger di Majlis Akikah Daddy Ziyyad

Hari ini kami sempat ke majlis akikah anak ketiga DaddyZiyyad yang diadakan di rumah mertuanya di Batang Benar, Mantin, NS.

Tidak seperti majlis kahwin yang ada tanda jalan ke rumah pengantin, para tetamu kenalah menggunakan kepandaian memasing mencari rumah mertua DZ ni di kawasan Kampung Batang Benar tu. Dah macam anak2 murid Cikgu Ayu mencari rumah cikgu mereka di Terengganu pula gayanya ….. huhuhu.

Kami memandu sehingga berjumpa banglo besar 3 tingkat berhadapan dengan ladang buah naga. Ada banyak kereta di halaman banglo itu dan kelihatan seorang lelaki seakan-akan melambai2 ke arah kereta kami. Tapi lelaki itu bukan macam DZ. Aku pun call DZ dan beritahu dia kedudukan kami. Dia kata dah terlajak 500 meter. Patah balik dan dalam 500 meter ada simpang ke kanan.

Kami pun patah balik. Dalam 325 meter ada simpang ke kanan. Nak belok ke tidak ni sebab DZ kata 500 meter. Aku suruh anak aku yang memandu kereta cuba masuk ajelah. Ada beberapa buah rumah di situ tapi takde pulak yang ada pasang khemah sedangkan DZ kata rumah mertuanya ada memasang khemah untuk majlis ini.  Kedengaran suara-suara sumbang berkata dah salah jalanlah ni sebab belum 500 meter dah belok. 

Bila kami ke depan sedikit, maka nampaklah sebuah rumah di atas bukit di sebelah kanan jalan kecik tu. Ada khemah di depan rumah itu. Hah, inilah dia rumah yg kami nak tuju!


Dua buah khemah di depan rumah besar di Kg Batang Benar

Sebaik aku keluar dari kereta, DZ datang ke arah kami. Aku pun bersalaman dgn dia sebelum dia meminta diri nak menjemput Makchaq di depan SK Batang Benar.

Kami pun pergi ke bawah khemah tapi Adam tak tahan nak kencing. Aku pun masuk ke dalam rumah seperti rumah sendiri lalu menghantar Adam ke tandas …… ngeeee.

Keluar dari tandas barulah aku berjumpa dgn Mommy ZZ. Dia perkenalakan aku kepada emaknya yang juga orang kuat majlis hari ni kerana bertungkus lumus menyediakan makanan yang sedap2.

Semasa kami sedang makan, makchaq pun sampai bersama dua orang anaknya yang berumur 20 dan 5 tahun.

Inilah kali pertama kami bertemu.


Makchaq dan anak2nya makan satu meja dgn kami. Yang baju oren tu ialah Daddy Ziyyad (kalau ada yg tak kenal dia!)

Belum pun sempat kami habis makan nasi dgn lauk kambing (kaw kaw), telur asin, ayam goreng, sambal ikan bilis serta sayur pucuk paku, terung berlada dan ulam petai, Mommy ZZ datang membawa kuih-muih untuk cuci mulut. Aku puji Mommy ZZ ini seorang host yg sangat bagus. Kami sebagai tetamu rasa at home dgn keramahannya.


Karipap pusing, agar-agar dan apam yg dibalut dgn daun rambai (specialti orang NS)


Close-up view apam tu. Macamana mengelakkan adunan yang cair daripada keluar dari acuan daun itu? Siapa tahu?

Baru aku nak mencapai apam ini datang seorang lagi rakan blogger. Terbantut niat aku. Dia senyum kat aku dan terus bersalaman dgn emak Adam. 

"Oh ini emak Adam," katanya seperti teruja dapat bertemu emak Adam.

"Kenal tak siapa ni?" tanyanya kpd aku.

"Tak kenal pun," balas aku cuba nak menguji dia. "Sentap kan saya kata tak kenal?" sambung aku.


Elly Nadyra duduk di hujung meja kami. Sangat peramah macam dah kenal lama.


Sedang kami rancak berbual anak2 Elly datang mengacau emaknya. Anak2nya berumur 8, 5 dan 3 tahun. Biasalah budak2 nak cari perhatian ….. ngeeee

Kemudian Elly memanggil suaminya ke tempat kami dan aku pun bersembang dgn suaminya. Dia dulu pernah kerja dgn syarikat minyak. Kira satu line dgn akulah. Banyaklah persamaan yg dapat kami kongsi. Sekarang mereka ada syarikat sendiri. Pasangan bisnes yang berjaya.

Aku tak banyak ambil gambar sebab syok makan nasi dgn lauk kambing walaupun sebelum ke rumah DZ kami telah ke majlis kahwin di Gombak. Kalau nak tengok gambar mungkin boleh ke blog rakan2 blogger aku ni.

Satu perkara in common dgn 4 orang blogger di dalam entri kali ini: Semuanya ada anak berumur 5 tahun ….. hehehe


47 comments:

  1. Saya ada masa YB sampai tadi tapi nampak Yb terkocoh2 masuk ke rumah..manakala mak Adam terus menuju tempat duduk...saya balik sebelum YB keluar dari rumah..segan nak jumpa..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya terpaksa bergegas membawa Adam ke dalam rumah seperti rumah sendiri aje sebab dia nak terkencing. Kalau lambat takut berkucil kat seluar. Itu yg tak toleh kiri kanan dan tak perasan Ida ada di situ.

      Emak Adam tak kenal rakan2 blogger saya yg kami temui semalam kecuali DZ dan Mommy ZZ kerana yg lain tu dia tak pernah jumpa. Mungkin sebab itu dia terus menuju ke meja makan.

      Delete
  2. Hahaha mmg tunggu YB abis mkn br nk tegur....rupanya sampai2 x abis mkn lg hahahaha....siap sy pun sambung mkn......saya mmg muka tempe redah je tegur org....inilah kenduri pertama dlm hidup saya yg saya pi langsung x pernah jumpa sesapa pun sebelumnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila YB kata tak kenal, kau sentap tak elly? hahahaha.

      Delete
    2. Saya ingat nak tambah lauk kambing tu tapi pasal awak dah datang kansel niat tu sebab nak maintain macho ….. hahaha

      Baguslah kalau muka tempe ni. Boleh ada ramai kawan. Org bisnes ni biasanya tak boleh jadi pemalu. Susah nak cari makan …. ngeee

      Awak tak pernah jumpa dgn DZ jugak ke sebelum ni? Saya dah jumpa dia beberapa kali di banyak tempat …. ngeeee

      Delete
    3. t.a.t.a,

      Kita tunggu jawapan Elly. Dia tengah sibuk pagi ni agaknya.

      Tapi kalau jumpa awak memang sah saya tak kenal sebab tak pernah tengok gambar awak. Elly tu saya dah biasa tengok gambar dia. Mcmana dlm gmbr, mcm tu lah dia semalam ….. hehehe

      Delete
    4. aku tak la sentap sangat, sebab mati2 ingat dia tak kenal aku....sebab aku ada masalah nak cam org tau tak wkakakakkakaka so aku tak heran, cuma i termalu la kan bila dia kata tak kenal kihkihkih ingat aku retis ke apa kan!

      Delete
    5. hahahhaha pagi ni mmg bz la, hari ni hari meeting bersama semua BOD.....wat muka tempe lagi skali nak present proposal bonus, increment bagai wakkakakakkakakaka alhamdulillah berjalan lancar nampaknya meeting tadi, agaknya berkat jumpa kawan2 blogger smalam hahahhahahaha
      actually saya tak pernah jumpa sesapa pun yang ada kat kenduri smalam, itulah kenduri pertama dlm hidup saya, yang saya pi, tapi sorang pun saya tak pernah jumpa...harapkan tgk gambar aje le sebelum ni hahahha tapi semuanya peramah2 dan sangat friendly...no tata, next turn ko plak ye....

      Delete
    6. turn aku? hmm okay! tunggu lagi 150juta tahun. hak kah kah kah.

      Delete
    7. Nape? Lobang idong ko ada 3 ek?

      Delete
    8. YB ada lubang banyak rileks je jumpa aku...kan YB wakkakakakakkakaa

      Delete
    9. elly,

      eh ya ke awak ingat saya tak kenal awak? Saya acah aje tu. Mana boleh tak kenal sebab gambar awak merata kat fb tu.

      Awak takde masalah nak kenal emak Adam pun masa jumpa tu…… hehehe

      Delete
    10. elly,

      Berkat jumpa kawan2 blogger meeting berjalan lancar. Proposal bonus dan increment tu lulus ke? Kalau lulus, bolehlah open table utk kawan2

      hehehe

      Delete
    11. Tau YB gurau. Tp mn tau kan. Alhamdulillah meeting ngan BOD berjln lancar. Hasil dr meeting pun alhamdulillah. Open table? Kt umah table always open.

      Delete
    12. Berita baik ni elly.

      Bila kami boleh serang rumah elly? Janganlah open table kosong aje. Letaklah apa yg patut di atasnya ….. hehehe

      Delete
    13. Letak apa yang patut? YB, kot la dia letak jambangan bunga aje atas meja tu karang. tu patut jugak kan? hahaha

      Delete
    14. tq tata bagi idea yang sangat bernas.....aku letak je bunga rose, nampak sweet kan, kaler pink lagi!

      Delete
    15. tapi at least bagi la ros yang edible. yang boleh dimakan. tak lah tengok aje bunga tu.

      Delete
  3. hahahaha..sorry la YB, anggaran saya 500m tu terlebih! Next time,kena pasang signboard :)

    Kuih apam berbalut daun rambai tu mmg kepakaran seorang warga emas di N9 ni...Mmg mahsyuk tempahannya,...Yg tak berapanak best tu, dia ( si pembuat) tak mahu perturunkan/ajar teknik membuat tu kat orang lain. Wife saya nak belajar& dan sanggup bayar pun dia tak mahu ajar:) Anak anaknya sendiri pun, tak mahu di ajarnya! Bahahaha

    Terimakasih buat YB sekeluarga sudi datang..
    Minta maaf andai ada yg terkurang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. DZ, saya tak datang kenduri, tapi saya datang rumah DZ dalam mimpi. gile. mimpi seram tau. ini gara-gara baca entry yang mata merah tu, terus masuk mimpi. secara kebetulan masa tu saya tinggal sorang kat rumah, memang tak tenang la. hahaha

      Delete
    2. Daddy Ziyyad,

      takpelah tak tepat anggaran sebab awak doktor dan bukan engineer …. hahaha
      Lain kali pasang signboard dari exit LEKAS dan exit PLUS lagi. Mesti glamer camtu. Tapi utk majlis apa ek? …… ahaks

      Kemut betul makcik tu tentang ilmu dia! Cakap dia tak baik buat mcm tu. Nanti kalau dia dah takde, hilang aje ilmu tu nanti …

      Terima kasih kembali kerana menjemput kami. Maaf tak dapat datang awal utk marhaban sebab kami memenuhi jemputan lain semalam. Semalam ada 5 jemputan!

      Delete
    3. t.a.t.a,

      Ingatkan mimpi seram sebab dikejar dgn penyapu oleh Mommy ZZ …… wakaka

      Delete
    4. Tata: mimpi hantu mata merah ker? wakakaka

      Delete
    5. 5 jemputan????????????? masih ada hati nak tambah bedal kambing ye!

      Delete
    6. DZ, bukan hantu mata merah, tapi hantu kunci. kejadian berlaku dalam satu rumah. rumah banglo cat warna putih. terletak di hujung jalan bersebelahan dengan hutan. masa tu saya, mommy ZZ dgn DZ sahaja yang ada dalam rumah tu. saya dengan MZZ baru balik dari somewhere tapi tahu yang kami 'diikuti' oleh sesuatu. cepat² masuk rumah. entah macam mana dalam terkocoh-kocoh buka pintu dan tutup semula, MZZ lupa ambil kunci. kunci tu masih terletak dalam lubang kunci.

      kunci yang sekeping itu jatuh ke lantai. memang jelas bunyi kunci tu jatuh. then saya dgn MZZ intai dari tingkap. nampak kunci tu bergerak ke bawah meja. perlahan-lahan ia bergerak. MZZ kejut kan DZ (masa tu DZ tengah tido! ye tido! sama kes masa hantu mata merah tu.) DZ bangun, intai di tingkap. tapi masa DZ intai kunci tu memang dah lesap ke bawah meja.

      Sampai situ aje. Lepas tu saya terus terjaga. Terjaga sebab saya teringat yang saya tidur tak baca ayat Qursi. hahaha.

      Delete
    7. hahahaha..dlm mimpi awak pun, saya tido!!

      Delete
    8. rentetan dari entry hantu mata merah. haha.

      Delete
    9. Daddy Ziyyad,

      Ada ke hantu mata biru?


      wakakaka

      Delete
    10. elly,

      Jiran saya beri tip kalau dapat lebih daripada satu jemputan dan ada makanan yg kita suka di rumah pertama, pulun makan sebab di rumah seterusnya belum tentu makanannya sesedap di rumah pertama. Kalau kebetulan sedap di rumah kedua sekalipun, jamahlah sikit2 aje. Kalau tak sedap, tak menyesal sebab dah kenyang di rumah pertama …… hahaha

      Delete
    11. t.a.t.a,

      wah detail mimpi awak tu. Nasib baik awak tak diapa-apakan oleh hantu kunci tu …… hehehe

      Delete
    12. elly

      Bolehlah kalau nak amalkan …… ngeeee

      Delete
  4. Aina tak dapat nak pi Sabtu balik Bota, Ahad tergesa2 uruskan rumah petangnya tergesa2 ke KL ada jemputan di Grand Continental bukan sennag nak pi set rambut bagai...ahahaa...

    Rugi benar rasanya tak pi majlis DZ, bukan jauh sangat Kajang Nilai tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Belum rezeki nak jumpa kawan2 bloggerlah tu. Takpe lain kali tentu ada lagi majlis mcm ni atau gathering blogger.

      Memang dekat aje Kajang dgn Batang Benar tu. Kalau ikut LEKAS lagilah lekas.

      Delete
  5. alhamdulillahh bagus2 jumper rakan2 blogger sokmo.., yg jauh kita dekatkan yg dekat kita rapat rapatkann.,kannns ;-p

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekarang ni ramai org yg kita dah kenal lama di alam maya tapi tak pernah jumpa di alam sebenar. Seronok bila dapat berjumpa mereka. Boleh jadi lebih rapat lagi selepas itu.

      Dah lama saya tak jumpa Wak Gelas. Bila ada masa lapang, jom kita ngeteh.

      Delete
  6. Nanti saya cuba tanya sedara mara saya.. Mana la tau kalau2 dorang tau buat apam tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cubalah tanya. Kalau tahu caranya bolehlah berkongsi ilmu tu.

      Delete
  7. Salam,
    Mama sealau baca cerita sdr Yunus Badwi tapi tak kenal pun. Kalau mama cepat sampai mungkin kita dpt jumpa. Mama dtg sekapal...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikum salam Puan Juhariah,

      Terima kasihlah kerana Mama rajin baca cerita saya di blog ini.

      Mama sampai pukul berapa semalam? Maaflah kitorang dah habiskan sayur pucuk paku tu ….. ngeeee

      Delete
  8. Saya berhajat nak datang. Then tengok status saya, macam takda sambutan. Saya pun ada program lain yang bertindih.

    Apapun syukur majlis berjalan lancar.

    ReplyDelete
  9. Tajuk entri Bang YB ni agak mengelirukan. Patutnya ada perkataan "anak" Daddy Ziyyad.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah besau baru nak diakikah kan. hehe.

      Delete
    2. azieazah,

      Belum rezeki nak jumpa kat situlah. Kat status kadang org tak jawab sangat sebab nak buat surprise kat tuanrumah ….. hehehe

      Bukan tak biasa tajuk entri mengelirukan. Sebenarnya saya membuat rujukan kpd majlis DZ sebab dia yg keluar duit buat majlis tu ….. huhu

      Delete
    3. t.a.t.a,

      Dah besau baru nak diakikahkan satu hal. Kalau baru nak masuk jawi tak ke haru ……


      larikksss

      Delete
    4. Ada tau kes kat kampung saya. dah besar baru nak dijawikan. ppuan lak tu. hahaha.

      isin nyong kerungu.

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails