Thursday, December 5, 2013

Aku Suka Miri

Minggu lepas semasa aku menulis siri Menjelang Anniversari Kami ada seorang anon menulis komen berikut:

Bila baca post YB, rasa rindu kat Miri. Saya baru je berpindah keluar dari Miri, cuma 3 tahun di sana. Kalau ada peluang, saya harap dapat menetap di sana lagi. Dulu penat meredah jem di KL, sampai takde masa utk keluarga. Bila pindah ke Miri, waktu puncak boleh diagak, pemandu2 berhemah, takde org nak hon2 kita walaupun memandu pada 40km/j di lorong kanan. Miri bandar yg bersih, sentiasa berangin mungkin sb dekat pantai. Org sana ramah tamah, saya ada masa utk keluarga, dan juga masa nak berkebun sebab kami sewa rumah semi-D yg ada tanah luas. Malah jiran2 kami ada yg bela ayam/itik/angsa. Cuma 1 je yg saya tak suka. banyak sangat anjing berkeliaran.

Aku berkongsi pandangan beliau di dalam banyak perkara yang disebut.
Di Miri waktu bekerja bermula dari pukul 7:00 pagi bagi yg bekerja dgn syarikat minyak. Sebahagian besar pekerja di sana terlibat dgn industri minyak dan gas samada bekerja dengan Petronas Carigali atau Sarawak Shell Berhad dan syarikat-syarikat yg menyokong industri tersebut. Masa untuk ke pejabat biasanya di dalam 15 minit saja. 
Waktu pejabat habis pukul 4:00 petang. Kebiasaannya para pekerja akan balik sebaik habis waktu pejabat. Tak ramai yang kerja sampai lewat petang macam yang biasa diamalkan di KL. Pukul 4:15 dah sampai rumah. Boleh minum petang bersama keluarga. Selepas itu boleh beriadah di taman-taman yg banyak terdapat di sana atau berjogging di pinggir pantai. Nak ke pantai pun dekat aje.
Kalau jenis yang rajin berkawan, bolehlah ke rumah kawan2 yang terdiri daripada orang tempatan sana. Kebanyakan orang Miri sangat friendly. Mereka sangat menghormati kita yang dari Semenanjung selagi kita menghormati mereka. Kalau kita boleh bertutur dalam loghat Sarawak lagilah mereka tabik. Semasa aku di sana dulu aku boleh kelaka Sarawak.
Waktu solat masuk lebih awal di dalam 45 minit berbanding dgn KL. Oleh itu Maghrib dan Isyak agak cepat berbanding dgn di sini. Kalau mcm sekarang ini 7:30 dah Isyak. Bagi yang bersolat jemaah di masjid atau surau, sebelum pukul 8:00 dah sampai semula ke rumah.
Waktu malam kebanyakan orang sana tak keluar selepas Isyak. Mereka lebih suka menghabiskan waktu di rumah bersama keluarga. Oleh itu ikatan kekeluargaan sangat erat jika duduk di sana. Takde sibuk nak keluar ngeteh pada waktu malam kerana kebanyakan kedai ditutup selepas pukul 9:00 malam.
Semasa aku kerja di KL banyak masa aku habis di dalam kesesakan jalanraya. Orang di sini pula suka kerja hingga lewat sebab banyak beban tugas. Aku biasa habis kerja pukul 6:30 petang. Kadang2 lebih lewat lagi sehingga kena solat Maghrib di pejabat.
Bila mengenangkan perkara ini, Miri terasa ketenangannya. Aku dan emak Adam suka ketenangan itu.



19 comments:

  1. we lost some, we gain some.

    sy suka pantai, tapi, walau laluan sy pegi balik keja sekarang mmg lalu pantai, sy x penah singgah. Suasana x kena.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah adat di dunia ni. Kalau menang semuanya hilang pula cabaran.

      Kalau setakat pergi kerja balik kerja memang tak takde makna nak singgah ke pantai. Samalah semasa saya di Miri dulu. Saya balik dulu ke rumah ambil emak Adam barulah ke pantai. Berdua lebih seronok dari bersendirian.

      Nanti bila saya ke Penang bolehlah kita ke pantai bersama ……. ahaks

      Delete
    2. tak takut kena serbu ke? ….. huhu

      Delete
  2. :) sy first???? cam x caya, mana t.a.t.a ni....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Linda first hari ni. Tahniah! Cubalah 2 kali lagi lepas ni utk melayakkan diri mendapatkan hadiah. Itu pun kalau t.a.t.a dan yg lain2 tu tak potong trip.

      t.a.t.a sibuk dgn budak praktikal tu kot ….. hahaha

      Delete
    2. ehem ehem!

      t.a.t.a sibuk dengan kes tertukar barang dia tu.

      Delete
    3. Nasib baik juga tertukar barang. Kalau tertukar bf ….. hehehe

      Delete
  3. nanti boleh bawak emak adam bercuti ke sana, berdua, kutip balik kenangan lama :D

    zonaku,

    tata banyak keje hari ni.:D

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak sangka ada yang dok tercari-cari t.a.t.a eh?


      t.a.t.a! mana kau?

      Delete
    2. Jullet,

      Kalau kami pergi ke sana mungkin bukan berdua tapi dgn anak2 sekali. Bolehlah tunjukkan tempat yg kami selalu pergi semasa di sana dulu dan tempat lahir anak sulung kami.

      Delete
    3. t.a.t.a

      Org peramah mcm awak mestilah orang lain akan cari bila takde

      Delete
  4. Saya kalau boleh nak duduk rumah je tengok anak2 tak kira lah dok kat KL ke kat Perlis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Begitulah cita2 kebanyakan ibubapa. Alhamdulillah saya dah capai cita2 itu bila saya balik KL dan kerja sendiri duduk rumah.

      Delete
  5. Miri..hanya selalu dengar nama dn sesekali bersembang dgn org2 bank yg bekerja di Miri..nk ke sana entah bilalah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti kumpul duit insya Allah Ida sampailah ke Miri tu. Tambang ke sana skrg taklah mahal mcm masa saya bekerja di sana dulu

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails