Aku dulu tak mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia kerana aku belajar di sekolah aliran Inggeris. Jadi aku mengambil Malaysia Certificate of Education (MCE). Untuk rekod, selepas tahun 1979 tiada lagi peperiksaan MCE di Semenanjung Malaysia. Di Sabah dan Sarawak mereka lambat sikit utk beralih ke sekolah kebangsaan sepenuhnya berbanding dgn di Semenanjung dan MCE masih ada di sana sehingga tahun 1982 (kalau tak silap aku).
Masa zaman aku, murid-murid tidak dibenarkan memilih subjek yg mereka hendak ambil utk MCE. Apa yg sekolah tetapkan itulah yg kami kena ambil. Biasanya cukup 9 subjek saja. Cuma di sekolah aku tu ada guru BI orang putih namanya Mrs David yang menggalakkan kami untuk mengambil kertas BI 121 yang dikelolakan oleh University Cambridge. Ianya lebih mencabar daripada BI 122 yang mesti diambil oleh semua pelajar yang menduduki MCE atau SPM masa itu. Aku agak berbelah bahagi nak ambil BI 121 ini sebab bahasa Inggeris aku bukanlah berhabuk macam kawan2 aku yg kebanyakan anak2 org kaya. Lagipun kena bayar yuran tambahan untuk ambil subjek tu.
Kawan2 aku tu tak kira Cina, India atau Melayu kebanyakan menggunakan bahasa Inggeris di rumah. Maklumlah anak2 lord. Aku dan adik kembar aku nasib baik emak bapak kami bertutur dalam Bahasa Melayu di rumah. Kalau mereka cakap Jawa, BM kami semasa MCE pun mungkin hancus.
Dulu nak ambil peperiksaan MCE tu kena bayar lebih daripada seratus ringgit setiap seorang calon. Kami dua beradik dah lebih daripada dua ratus ringgit. Satu jumlah yang besar bagi ayah kami yg gaji bulanannya pun setakat RM320. Guru kami sering bertanya bila ayah kami nak bayar yuran peperiksaan kerana tarikh akhir pembayaran semakin hampir. Pelajar lain semua dah bayar kecuali 2-3 orang termasuk kami dua beradik.
Nasib kami ini dikongsi oleh seorang rakan sekelas kami - seorang pelajar miskin dari kampung yg duduk di asrama kerana belajar di sekolah kami di KL ini. Dia mencadangkan kami bertiga memohon bantuan daripada Baitulmal Wilayah untuk membayar yuran peperiksaan MCE tersebut lalu kami pun membuat permohonan.
Lebih kurang seminggu sebelum tarikh akhir pembayaran pihak Baitulmal memberitahu permohonan kami akan diluluskan dengan syarat kami mengambil subjek Pengetahuan Agama Islam. Itu tak menjadi masalah kepada kami bertiga kerana memang kami mengambil subjek tersebut untuk MCE walaupun ada pelajar Islam yang memilih untuk mengambil Pendidikan Seni menggantikan subjek tersebut. Pada masa itu Pendidikan Islam bukan subjek wajib bagi pelajar Islam ….. huhu.
Kami diminta mengambil wang bantuan zakat dari Baitulmal di pejabat mereka yg terletak berhampiran Dataran Merdeka. Selepas habis waktu sekolah kami bertiga berjalan kaki dari sekolah kami di sebelah Stadium Merdeka ke pejabat Baitulmal. Kami layak untuk mendapat bantuan sebanyak RM90 seorang. Satu jumlah yang besar dan sangat bermakna bagi golongan kurang berkemampuan seperti kami ini. Baki RM30 untuk yuran mereka tak bayar kerana itu untuk kertas BI 121. Mereka kata kertas itu tak wajib diambil dan tak boleh gunakan wang zakat.
Dengan bantuan wang zakat itulah aku dan adik aku dapat mengambil MCE pada tahun tersebut. Kalau tidak mungkin kami kena menunggu tahun berikutnya. Begitulah daifnya kami masa itu…. hu hu hu
Aku masih ingat hari terakhir peperiksaan kami diadakan pada hari Jumaat. Dulu Jumaat pun ada exam. Habis kertas pagi kami berbondong2 berjalan kaki ke Masjid Negara iaitu masjid yang paling dekat dengan sekolah kami. Selesai saja solat Jumaat kami bergegas balik ke sekolah untuk mengambil kertas terakhir kami. Sebahagian pelajar termasuk kami dua beradik tak sempat makan tengahari terutama yg terpaksa berjalan kaki pergi balik masjid. Bagi yang berada ibubapa atau drebar mereka menghantar anak2 mereka ke masjid. Adalah masa untuk makan tengahari.
Itulah serba sedikit kisah aku menduduki MCE aku.
Nasib korang mungkin lebih baik daripada aku …...
Salam YB,
ReplyDeleteTerharu baca. Generasi skrg x merasa semua tu. Itu pun msh ada yg x dtg sek n x dtg waktu peperiksaan nk diadakan
Waalaikum salam Yati,
DeleteMemang kami daripada golongan miskin bandar. Macam2 pekerjaan yg kami lakukan utk menambah pendapatan keluarga termasuk menjual kuih di Muzium Negara. Di waktu kawan2 pergi tusyen, kami dua beradik terpaksa membantu emak kami menjaga warung dekat Lake Garden yang menjual makanan dan minuman utk pekerja2 kontrak yg menjalankan projek di situ dan juga pelancong2 dari luar KL yg datang ke KL.
Generasi sekarang ramai yg terlalu dimanjakan …. huhu
dari situ kejayaan bermula kan:-)
ReplyDeleteKami bermula dari bawah dan dah biasa hidup susah. Syukur sebelum keputusan MCE diumumkan, kami telah diberi biasiswa utk menyambung pelajaran ke USA.
DeleteSy pun MCE 79.mmg mahal yuran mce..di tambh dgn yuran sekolah bulanan rm10..berbolak balik hati nk sambung belajar.nasib suami sy tak sebaik Yb..dpt tawaran oversea pun terpaksa d tolak sb keluarga bantah 100% tak nk suport Rm.end up di ipta tempatan ja
ReplyDeleteSy yg bernama melor
Salam Melor,
DeleteItulah keadaan masa itu. Waktu itu ramai orang miskin kerana kadar kemiskinan masih tinggi. Bantuan dari pihak kerajaan pun tak banyak. Takde BR1M. Nak belajar sekolah aliran Inggeris kena bayar RM9 sebulan. Sekolah kebangsaan baru tak kena bayar. Bagi kami yg tinggal di KL ni tak banyak sekolah kebangsaan. Itu sebab pergi ke sekolah jenis kebangsaan Inggeris. Akibat pilihan tersebut, kenalah bayar yuran bulanan.
Kami terpaksa buat keputusan dgn cepat kerana tarikh kami terima tawaran dan tarikh berlepas keluar negara tak sampai sebulan. W/pun berat utk melepaskan kami terutama abah tapi pihak penaja memberi jaminan biasiswa yg diberi itu cukup utk sara hidup kami di sana tanpa perlu ibubapa menghantar wang tambahan.
Benar apa yg yb ckp kan..suami sy tiap kali lalu dpn sek dia..di ulang2 kisah kesusahan d keperitan zaman dulu2 kat anak2...minat belajar tp keluarga x membantu..simpan buku tek rumah kwn.pi sek curi2.berjln kaki berbatu2 nk ke sek..lapaq..mcm2 la.tak elok di sebut di sini..depa lebih suka anak2 cari pekerjaan utk tampung belanja dapur..anak2 melayu la ni hidup senang d mewah..
DeleteSy yg namanya melor
Nostalgia susah payah semasa belajar tu memang akan kekal sehingga bila2. Oleh itu ianya akan dikongsi dgn seberapa ramai org yg mungkin terutama dgn anak2 sendiri.
DeleteSaya terharu membaca liku2 dan cabaran yg suami Melor hadapi utk belajar. Mujurlah keluarga saya tak menghalang saya dan adik utk maju di dalam pelajaran w/pun mereka tak dapat membantu sangat dari segi kewangan
u have such a good memory... saya dah tak ingat pun nama cikgu saya.. huhu, and i am like 10 years younger? kekeke..
ReplyDeleteAlhamdulillah Allah beri saya kelebihan di dalam mengingat. Saya masih ingat nama2 kebanyakan guru2 kami dan nama kawan2 semasa belajar dulu. Mungkin sebab saya ada adik kembar senang kami nak rujuk di antara satu sama lain jika kami tak pasti ….. hehehe
Deleteeh lupa lak nak perkenal kan diri.. saya yang bernama Anaa.. :)
ReplyDeleteAaso yang bernama Anaa, nama cikgu tak ingat, nak kenal kan diri pun lupa eh, memang ah so (perempuan Cina) sangat kan? hahahaha.
Deletesorry kalau rasa lawak saya ni kasar sangat. hehe
*perempuan Cina tua.
DeleteAssalamualaikum Anaa. Takkan kenalkan nama aje? … hehehe
DeleteApapun terima kasih kerana memberi komen
t.a.t.a - nakal jugak awak ni buat lawak mcm tu ….. huhu
Deletehehehe. sori kak Aaso.
DeleteYB, saya tak nak cerita pasal kesusahan sebab saya tak alami kesusahan dari segi nak belajar macam YB, tapi saya alami kesusahan bab lain, tapi ianya masih lagi kesusahan dalam bab RM juga.
ReplyDeleteSaya pun ada cikgu English orang putih masa Form 1. Mrs. Shah namanya. Dia orang England, kahwin dengan local dan duduk di Malaysia. Dia la yang ajar kami basic grammar. Jujur saya katakan kalau nak harapkan cikgu subjek BI ajar di sekolah, tak mampu rasanya saya nak faham grammar tu. Apa itu verb, nouns, adverb and so on. Masa terlalu pendek untuk ajar grammar dalam masa satu period which was like 40 minutes?
Jadi kami yang duduk asrama amat beruntung pada waktu itu sebab Mrs. Shah ajar kami. Imagine dia dah la tak faham BM dan kami pun BI basic sahaja tahu, tapi melalui dia kami mahir grammar, which is the basic and the paramount thing in Englis language.
Kalau marah kan student dia selalu kata, "I'll kick/send you to the moon." dan "Oh dear.."
Kenangan. Hmm..
Kesusahan dalam bab RM tu lumrahlah bagi kebanyakan manusia. Yang membezakan mereka ialah sifat qanaah atau bersyukur dgn apa yg ada. Kalau ada sikit tapi bersyukur lebih baik daripada ada banyak tapi rasa tak cukup.
DeletePatutlah BI awak boleh tahan bila awak menulis dalam BI kat blog awak. Mrs Shah yg ajar rupanya. Bahasa ini kalau tak diperlajari dgn betul sejak kita muda, bila dah besar susah nak betulkan. Org yg tahu akan gelak bila dengar kita cakap atau menulis.
anak2 sekarang mana ada susah mcm dulu
ReplyDeleteItulah bezanya mereka dgn kita. Kadang2 bila kita ceritapun mereka seperti tak percaya apa yg kita pernah lalui
Deletezaman saya dulu my Mama dan Abah memang spend time kat sekolah baca yasin dalam surau. Alhamdulilah. keputusan saya tak mengecewakan mereka.
ReplyDeleteAlhamdulillah mama dan abah Iyra sanggup spend time kat sekolah baca yasin dalam surau. Sekarang dah ramai ibubapa buat mcm tu. Ada yg solat hajat di surau sementara menanti anak mengambil peperiksaan.
DeleteMasa saya dulu sekolah kami tiada surau pun. Jika ada aktiviti sebelah tengahari atau petang kami kena berjalan kaki ke surau balai bomba Jln Hang Tuah utk tumpang solat.
YB, kita amik MCE 1975. BI tak ada pilihan kene amik kertas 119 dari Cambridge! Kantoi! Kredit kalu, obesea kita! Heheh . . .
ReplyDeleteTakde cikgu mat salleh yg mengajar kot. Kalau tak boleh sekurang2nya dapat kredit. Lepaslah keluar negara. Masa tu dapat pangkat 1 pun dah buat kenduri besar2an ….. hehehe
Delete121 tu sama cam 1119 ya? sekolah sy wajib amik 1119 tu. Alhamdulillah, sy lulus dan ada la sekeping cert dr sana. hehe... yurannya mmg mahal, wallahualam sy x amik tahu pasal pembayarannya.... pesan ayah, belajar y utama, lain2 ayah uruskan... tetiba rindu ayah!
ReplyDeleteSaya tak pasti samada 121 tu sama cam 1119. Tapi yg nyata kedua2nya dapat cert dari Cambridge. Bolehlah tempek atas meja kita utk tayang kat orang …. hehehe
DeleteUntunglah awak ada ayah yg mampu dan mengambil berat tentang pelajaran anak2nya. Sedekahlah Al-Fatihah setiap kali selepas solat kpdnya. Semoga dia bahagia di sana.
kami keluarga sederhana yang ramai anak.. makan pakai mmg sekadarnya saja, Alhamdulillah semua stay di asrama sejak form 1 dengan bantuan biasiswa persekutuan.... jadinya memang kena pulun study sebab dok asrama lebih bebas. dah 15 tahun ayah pergi, seorang pun dari kami belum bekerja masa tu
DeleteAdik beradik ramai ada untungnya. Boleh dapat skim pinjaman buku dan kalau pandai senang sikit nak masuk asrama.
DeleteKami berdua beradik saja. Mohon bantuan buku teks pun tak layak w/pun gaji abah kami sangat kecik sebab antara syarat yg ditetapkan mesti ada sekurang2nya 3 orang adik beradik yg bersekolah!
Abah kami tak izinkan kami bersekolah asrama kerana dia tak nak kesunyian. Lagipun dgn duduk di rumah kami boleh membantu di perniagaan warung makan keluarga yg kecik aje pun. Pagi2 kami dua beradik tolong buat kuih sementara ibubapa ke pasar. Lepas mereka balik pasar baru kami ke sekolah. Balik saja dari sekolah kami makan dan terus tunggu di warung. Memang tak boleh nak pulun study mcm zonaku adik beradik.
Memang perit bila bread winner pergi sebelum ada anak yg bekerja. Tapi Allah lebih sayangkan dia. Kita terima dgn redha.
Cikgu omputeh saya masa Form 1-3 nama Cikgu Gordon garang ya amat. Tapi saya jadi pelajar cemerlang dalam subjek English sepanjang 3 tahun tuh. SPM saya aliran Sastera. Saya terus lupa English. hehehehe
ReplyDeleteWah untungnya Form 1-3 pun dah dapat cikgu omputih. Dah mcm Oh My English pulak. Kalau azie terus dapat cikgu omputeh yg mengajar BI tentu blog azie pun tulis dlm BI agaknya ….
DeleteTeringin nak baca dialog Seri Bulan dan Hisyam dalam BI ….. hehehe
Sama macam kakak2 saya la ni amek MCE..
ReplyDeleteSaya amek SPM.. Result saya takde la bagus mana tapi tidak la masuk kategori gagal.. Saya apply masuk Tingkatan Enam tapi tak dapat sebab kelas dah penuh.. Apply masuk IPT pun tak dapat jugak.. Apply masuk maktab pun tak dapat w/pun banyak kali interview.. Kecewa punya pasal, saya apply kerja kilang.. Senang je dapat.. hahaha...
*Hidup perlu diteruskan.. Kerja kilangpun, kilang laaa.. huuuu....
Kakak Cik Azz ada yg lebih senior daripada saya rupanya.
DeleteMungkin dah ditakdirkan rezeki Cik Azz di kilang. Apa yg penting mencari rezeki halal dan diberkati. Ada juga orang yg bermula sebagai operator biasa tapi kerana rajin dan berkebolehan akhirnya jadi bos juga di kllang tu.
Yb .saya pun sek aliran inggeris.tak ramai guru bangsa melayu.yg ada cuma guru Bm.pendidikan islam dan guru home sains..sy d kwn2 cukup anti dgn guru Bm nama cikgu fatimah.aksen semcm.berbaju kebaya ketat kain terbelah .last2 cikgu yg sy meluat dulu2 jd makmertua adik saya.haha.kecik nya dunia.
ReplyDeleteSy yg nama nya rahsia..
Tergelak besar saya baca citer awak yg namanya rahsia ni.
DeleteSaya bayangkan cikgu fatimah tu mcm cikgu murni yg pakai kebaya ketat. Jalan tonggek.
Harap2 cikgu fatimah atau anak menantunya tak baca blog saya ni ….. hehehe
Pandai pun Yb .mmg sebiji gaya cikgu fatimah mcm cikgu murni dlm filem tu.tapi org nya masam dan rendah..tempat duduk dreba nya di lapik kan bantal bg tinggi.itu yg buat kwn2 sek gelak.
DeleteNama saya rahsia
Org yg masam dan rendah tu yg buat spoilt. Kalau manis dan tinggi barulah ramai yg nak ngorat.
DeleteKalau dia bawa kereta mesti nampak kepala aje …… ngeeee
pejabat tu dah jadik Restoren Warisan
ReplyDeleteRestoran Warisan Dato Engku tu kat situ ke? Ingatkan situ tu jadi muzium yg doc pernah pergi tu ….. huhu
Deleteha ah..
DeleteMuzium tu dah lama tutup
tak tau pindah ke mana
dah tutup ke muzium tu? Alaaa tak sempat nak bawa anak2 ke sana. Tengok gambar kat blog Dr Singa jelah nampaknya
DeleteRestoran Warisan tu Pak Engku yg punya kan?
Laaa....ex Victorian ke..? Saya punn..awal 80an. Baru melayari blog tuan. N3 ni brings back lots of memories. Memang zaman sekarang banyak bezanya dari masa kita dulu2 dan berharap semoga kita mensyukuri segala nikmatNya.
ReplyDeleteHanya ex Victorian yg tahu sekolah yg saya ceritakan ini ialah VI sebab saya tak sebutpun nama sekolah tu.
DeleteJan 1980 saya dah dihantar ke USA. So awak ni junior saya. Ada tahun lepas saya ke sekolah lama kita tu. Banyak pembaharuan telah berlaku di sana termasuklah sudah ada surau.
Kalau sudi, rajin2lah singgah ke blog saya ini.
YB dah ke USA, sy baru nk merangkak... hehe
DeleteYB dah ke USA, saya belum wujud lagi. mak pak saya pun belum plan nak ada saya kot?
Deletehahahaha
zonaku - umur kita memang berbeza. Saya dah mula kerja awak baru nak masuk sekolah rasanya ….. ngeeee
Deletet.a.t.a - jarak awak dgn abg/kakak agak jauh ek?
Delete6 beradik semua nya selang 2 atau 3 tahun.
DeleteKalau 6 beradik semuanya selang 2 atau 3 tahun dan abang/kakak awak yg sulung dah 50 an tentu awak dah lahir masa saya ke USA sebab saya ke sana ketika berusia 17 thn.
Deleteahaks
masa YB ke US 1980 saya belum lahir.
DeleteSaya silap kira.
Deletet.a.t.a ambil SPM semasa filem Huch Huch Hota Eh (salah eja rasanya ni … lantaklah) tu ditayangkan di pawagam kan?
Rasanya saya dah tahu umur t.a.t.a
betul! SPM paper last Bio. tak keruan nak menjawab sebab habis paper memasing cadang pergi lepak kat pawagam tengok Kuch Kuch Hota Hei.
Deletehaha.
so t.a.t.a dan Gadis Bunga sebayalah ya?
Deleteye. saya tahu sebaya dengan gB masa baca artikel dia masuk Metro.
Deleteoh sebelum ni t.a.t.a tak tahu ke sebaya dgn gB?
DeleteKiranya advance juga saya mengira usia kenkawan ….. hehehe
waa..sedih baca pengalaman YB..saya mungkin tidak mengalami kesusahan seperti dizaman YB..mak dan abah yang mengalami kesusahan dan keperitan untuk belajar sehingga kandas dipertengahan akibat kesusahan yg melampau..tapi saya bersyukur walaupun mak abah tidak berpendidikan tinggi...kelangsungan hidup kami adik beradik terbela serta semangat untuk kami adik beradik terus belajar dipupuk...kami antara golongan miskin bandar juga YB..mungkin kesusahan kami adik beradik tak sehebat di zaman YB tp masih terasa kesusahan n kesukarannya..bila dingat2 rasa bersyukur dengan pencapaian yg ada sekarang (walaupun tidak lar sehebat atau sekaya mana) dengan zaman mak abah membesarkan kami adik beradik....pengalaman menjadi anak setinggan menguatkan azam saya adik beradik untuk tebus kehidupan di zaman maka abah..
ReplyDeleteW/pun hidup kami tak mewah tapi kami bersyukur dgn apa yg ada pada masa itu. Kami dua beradik tak pernah makan cokelat mahal sehinggalah satu hari ada pakcik drebar membelikan cokelat cadbury yg berharga 50 sen. Saya dan adik saya merasakan itulah makanan paling nikmat ketika itu dan kami panggil cokelat itu cokelat paklong sempena panggilan kami kpd beliau.
DeleteHidup Ana di stinggarden pun tentu banyak cabaran dan rintangan. Hendak belajar mesti tak selesa kalau di rumah tapi manalah ada tempat lain. Tahniah kerana Ana telah sampai ke tahap sekarang. Semoga anak2 Anaa akan lebih berjaya lagi dan tak lupa asal usul dan susah payah datuk dan nenek mereka membesarkan Ana adik beradik.
komen pendek....
ReplyDeletezaman MCE tu di mansuhkan... saya baru je nak celik mata tengok dunia.....
kesimpulannya.... tua dah YB rupanya..... whahahahahaaa.... larikkkkkkk....
Oh muda sunggguh CPL. Patutlah nampak mcm anak dara. Masih bergetah.
DeleteSaya bukan dah tua. Cuma lebih senior dari kebanyakan pembaca blog ini.
Nak larikkk ke mana? Balik Sg Hj Dorani ke?
Kalau dulu ada miskin bandar, skrg pun masih byk. Pernah dulu mada study, saya ke rumah2 flat kos rendah di area cheras buat case study...... keadaan nmpk lebih teruk dari kami yg tggl di kampung.
ReplyDeleteYg dulu susah, bila dh senang tak lupa asal usul...alhamdulillah.
Yg dulu susah, lepas tu lupa diri eksen semacam bila senang....aduhai...
Miskin bandar dulu miskin hakiki. Miskin skrg lebih kepada miskin relatif. Dulu org miskin tv memang takde. Peti ais pun jangan nak mimpi. Org miskin skrg bukan setakat ada tv tapi ada astro! …. huhu
DeleteTapi tak dinafikan memang ada golongan miskin bandar yg memang hidup susah. Kadang2 2-3 hari tak makan.
Yang dulu susah, lepas tu lupa diri eksen semacam bila senang tu biasanya tak kekal lama. Allah akan tarik balik nikmatNya dan org itu mungkin hidup lebih susah daripada sebelumnya.
MCE utk sekolah aliran inggeris je ke...?
ReplyDeleteaku rasa mak aku tak sekolah aliran inggeris pun ambik MCE gak.
Setahu saya MCE itu utk sekolah aliran Inggeris aje sebab kebanyakan subjeknya di dalam BI kecuali subjek BM, Agama Islam dan Ilmu Alam. Itu subjek2 yg saya ambil masa MCE saya tu lah.
Deleteooo... gitu eh? maknanya mak aku sekolah aliran inggeris la tu. aku je yg tak tau... tapi aku tau dia ambik MCE. haha.
Delete.
Dia sekolah Convent jugak ke? Sekolah tu aliran Inggeris dulu sama seperti sekolah mubaligh yg lain
Deletesaya pun Convent Girl. hahaha. tapi masa lepas 3 tahun saya masuk, sekolah tu fully SMK sudah. no longer SM (P) Convent.
DeleteConvent ada banyak kat Malaysia ni.
Deletet.a.t.a belajar di Convent yg mana satu? Kalau budak VI mereka suka ngorat budak CBN …… hehehe
Convent Klang.
DeleteBudak High School yg suka ngorat budak Convent Klang tu kan?
Deletekenangan pahit itu indah di kenang sekarang
ReplyDeletebetul tak?
Sejujurnya kenangan itu tidaklah pahit. Cuma keadaan masa itu lebih mencabar daripada hidup sekarang.
DeleteMemang betul. Saya boleh menoleh kebelakangan dgn senyuman bila mengenang kenangan silam itu.
Bonda sy, Mak Hjh jln kaki dr Tlk Empang ke Pengerang.. Then cycled from
ReplyDeleteTlk Empang ke Tlk Ramunia for secondary school.. Continued her form 4 & 5 di JB, naik bot dr Tg Pengelih ke Tg Puteri..
Ayah Hj jg begitu.. Jln kaki, naik bus, tinggal di asrama, tumpang lori balak..
Itu antara motivasi utk jd lebih cemerlang kerana pergi/balik dr tadika hinggalah ke Desa Tun, diambil & dihantar oleh Ayah Hj & isteri..
My time, 1119.. Wajib ambil utk kami ! Whoever scored well dpt la Cambridge cert tu, alhamdulillah.. Itu pemangkin Mak Hjh cadangkan TESL di NZ after SPM.. MARA offered for something else, fortunate or unfortunate I'm a TESLian yet, am not an English teacher now.. ;) That's life me suppose..
We planned, HE planned and HE's the best planner for all.. Allah's miracles never fails us ! Allah's grace made us become stronger and better day by day kan Tn YB..
Jalan kaki atau naik basikal tu agak mencabar juga tapi ramai murid yg sezaman dgn Mak Hjh buat mcm tu. Emak Adam pun naik basikal dari kampung ke Tg Karang. Jauh tu.
DeleteTapi naik bot dari Tg Pengelih ke Tg Puteri tu lebih mencabar. Saya pernah beberapa kali naik pumpboat dari Tg Pengelih ke Changi Point. Banyak kapal dagang yg besar lalu di situ. Menakutkan bila mereka lalu sebab ombaknya kuat selepas mereka lepas ….. huhu
Ayah Hj pun nampaknya tak kurang adventerous nak ke sekolah.
Patutlah anak2 mereka ada motivasi yg tinggi.
Kenapa tak bincang dgn MARA minta TESL di NZ? Tapi kat sana sunyi jika dibandingkan dgn USA ….. ahaks. Masa saya belajar dulu ramai juga student Malaysia ambil TESL di USA. Nasib baik tak tersangkut dgn mereka. Kalau tak Adam dapatlah emak yg berabuk cakap omputih ….. haahaha
Emak Adam dulu sekolah menengah di sekolah mana?
DeleteSatu sekolah dgn Khir Toyo ….. hehe
Delete