Tuesday, November 12, 2013

Ada Orang Mengidam Karipap Telur Ikea

Dia dah beberapa kali menyuarakan keinginannya untuk ke Ikea semata-mata untuk membeli dan makan karipap telur Ikea yang femes tu. Malangnya keadaan belum mengizinkan sang suami menghantar dia ke sana. Ada saja perkara yang menghalang.

Namun begitu, petang tadi mereka suami isteri bersama tiga orang anak mereka dengan gigihnya telah ke Ikea di dalam cuaca mendung. Kereta hitam milik syarikat, dipandu dgn laju melalui Terowong Penchala iaitu terowong terbesar di Malaysia. dalam cuaca nak hujan mungkin polis takde …. hehehe

Sesampai di depan Ikea, si isteri dan salah seorang anaknya turun lalu melintas jalan. Sang suami dan dua orang lagi anaknya menunggu di dalam kereta di depan McD. Sang suami siap pesan kalau kereta dia kena halau pak guard, dia akan ke stesen minyak Petronas yang berhampiran.


Bangunan Ikea dilihat dari kereta suami

Setelah sang suami menunggu hampir 20 minit sambil sibuk berfb, akhirnya isteri dan anaknya pulang ke kereta dgn dua bungkusan karipap telur dan juga bebola salmon.

Si isteri sungguh berpuas hati kerana hasratnya untuk menikmati karipap telur tercapai sudah.

"Kalau saya mengidam, mesti dapat anak yang comel macam karipap ini," kata si isteri.


Nota: maaf gambar karipap sengaja tidak disiarkan kerana takut ada orang lain yang turut mengidam ….. hehehe

30 comments:


  1. Alah, kenapa citer karipap telur Ikea nii YB? Kan akak pula dah berjangkit, siaplah suami ku akan ku haruk nak telur itu .Eh..karipap telur Ikea..silap menaiplah pulak..hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya terpanggil nak citer pasal karipap telur ni sebab emak Adam begitu teruja dapat karipap itu hari ni.

      Bolehlah esok Kakak minta Abg Bob tolong belikan karipap ni. Boleh buat buka puasa ….

      hehehe

      Delete
    2. Idea yang bagus, tak letak gambar karipap tu. alaa tapi kalau tak de gambar pun, cerita tetap buat orang mengidam. huhu.

      Delete
    3. Siapa yg pernah merasa karipap tu memang akan mengidamkannya w/pun tak mengandung …… hehehe

      Delete
    4. karipap tu saiz biasa atau giant?

      Delete
    5. Lebih besar daripada saiz biasa tapi taklah giant sangat. Besar tapak tangan t.a.t.a tu kot ….. ngeeeee

      Delete
    6. kalau ikut besar tapak tangan saya, haaa memang giant la tu.

      Delete
    7. berapa seketul?

      inti dalam memang betul jumpa telur ke?

      Delete
    8. Tak pasti sebab emak Adam yg turun beli. Dengarnya dalam seringgit satu. Beli 6 bijik dapat RM5.50

      Saya tukang makan aje …… hehehe

      Intinya kentang campur telur rebus yg dipecah-pecahkan

      Mungkin campur ganja kot yg jadi ketagih tu ….. hahaha. Saja lawak

      Delete
    9. kalau lepas ni emak Adam minta lagi, haa sah la tu ada ganja nya. haha

      Delete
    10. Bukan dia aje yg mengidam tapi tengok tu dah ramai pembaca blog ini yg nak merasakannya juga. Ini semua kira kes ketagihlah …… hehehe

      Delete
    11. baru mengidam YB. kalau nak kali ke 2 atau 3 haa baru ketagih tu.

      Delete
    12. Tak pernah rasa disebut mengidam. Elok pergi beli cepat. Nanti kalau ada anak, dia ngences macamana? ….. huhu

      Delete
    13. jarak masa dari mengidam hari ini sehingga nak ada anak, macam menanti lembu terbang la YB wei.

      hahaha

      Delete
    14. Jarak masa tu mungkin lama tapi ngences anaknya tu tetap ada ….. hehehe

      Delete
  2. hahahaha..patotnya YB gi aja masuk parking kat IKEA tu...makan sekali meatball nya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami tak berapa minat meatball tu. Lagi pun tadi kami nak balik cepat. Lain kali kalau anak2 yg lain dapat ikut, in sha Allah kami masuk ke dalam.

      Delete
  3. Awat tak ajak saya? Tempat keja saya tak jauh dari situ.. Wuaaa ngidam gak!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak tahu azie free utk ikut ke situ. Memang tak jauh Ikea dgn Kota Damansara tu.

      Delete
  4. siyes!! sy dah termengidam karipap telur di ikea tersebut..sape nk tolong belikan ni??

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah saya tak nak letakkan gambar karipap tu. Sekarang bila Ida dah mengidam siapa nak tolong belikan? Minta tolong org sb tu tak boleh ke?

      hehehe

      Delete
  5. Replies
    1. Pergi jangan tak pergi. Lama dah ko tak ke sana kan nok?

      Delete
  6. lorrr.... kenapa tak hantar sikit kat saya keripap tuu.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh awak pun mengidam jugak ke?

      Singgahlah sini ….. ada lagi sikit ni.

      Delete
  7. Mula2 tadi ingat emak Adam betul2 mengidam lagikkk...larikk...

    ReplyDelete
    Replies
    1. emak Adam mengidam lagikk?? kwang kwang kwang.

      kak, memang kena larikk! hahaha

      Delete
    2. JunAina - kalau mengidam pun apa salahnya. Dia kata sebab dah dapat karipap Ikea tu nanti anaknya montel bila lahir …… ahaks

      Delete
    3. t.a.t.a

      Nak lari ke mana lepas hujan ni? Jalan licin tau ….. hehe

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails