Thursday, November 14, 2013

Haikal Yang Sedang Meniti Glamer

Hari ini TV1 berlintas langsung dari SK Setiawangsa sempena pengumuman keputusan UPSR 2013. Masa aku sampai di sekolah, cikgu beritahu aku Haikal akan ditemuramah oleh pihak RTM pada pukul 9 pagi. 

"Mungkin mereka akan temuramah Encik sekali selaku ibubapa Haikal," kata Cikgu tu.

Ish aku pakai t-shirt aje. Harap-harap tak ditemuramah. 
Selepas mendaftarkan nama aku pun duduk di tempat ibubapa. Masa itu murid-murid darjah 6 yang seramai 387 orang sedang duduk di dewan sekolah sambil berzikir yang diketuai oleh Haikal.


Ada juga yang sempat bergurau senda semasa berzikir. Haikal yang berkot biru di depan pentas sebelah kiri. Kalau tak nampak takpe. Takdenya pendek umur …. hehehe


Lama juga mereka berzikir.

Hampir pukul 9:00 pagi Guru Besar memberi sedikit taklimat. Beliau memberitahu pada pukul 9:06 pagi RTM akan berlintas langsung ke SK Setiawangsa untuk program Selamat Pagi Malaysia. Murid-murid diminta senyum dan menunjukkan muka ceria.

Tepat pukul 9:06 pagi pengacara memulakan temuramah. Orang pertama yang ditemuramah ialah En Amir iaitu YDP PIBG SKS. PIBG ini telah terpilih sebagai PIBG terbaik seluruh Malaysia bagi tahun ini. Aku tak dapat mendengar butir bicara mereka kerana aku duduk di belakang. 

Selepas habis dengan En Amir, pengacara itu menemuramah seorang ibu kepada pelajar. Aku rasalah sebab aku tengok ada seorang perempuan dewasa sedang ditemuramah. Dia takde nampak macam seorang cikgu.

Selepas itu tiba giliran Haikal ditemuramah. Aku dah suruh emak Adam dan abang Adam rakamkan temuramah tu. Rupanya mereka tak baca mesej whatsapp aku …… huhuhu.

Seorang rakan fb aku di Penang yang bernama Melorwati telah menghantar gambar-gambar di bawah ini. Untuk masukkan dalam blog katanya. Jadi aku pun masukkanlah ……. hehehe




Entah apalah yang ditanyakan pengacara ini yang membuat Haikal senyum


Sampai macam ni sekali mimik muka

Lepas ini semakin femeslah Haikal. Boleh menyaingi Adam dan emak Adamlah nampaknya.


Siapalah lelaki berbaju kemeja t hitam tu? Sibuk hantar mesej lah tu. Nak tumpang glamer agaknya tu …… hu hu hu

40 comments:

  1. Tahniah haikal. Mintak hadiah yg power dengan ayah :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hadiah power tu yg macamana? Power bank tu kira ok ke?

      hehehe

      Delete
    2. tahniah juga haikal.

      Juliet, tak tumpang lalu lagi?

      Delete
    3. Terima kasih auntie …… oopsss kakak.

      Juliet segan nak tumpang lalu. Dia nak tumpang camry …… hehehe

      Delete
  2. Errr....saya pun rasa nak mintak hadiah laaa hari ni :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. cepatlah mintak.

      Kalau malu nak tulis kat sini, boleh sms ….. ahaks

      Delete
  3. femes la haikal...sekali dgn bapak dia jugak...tahniah pd kedua2nya

    ReplyDelete
    Replies
    1. nampaknya mcm tu lah.

      Bapak dia tumpang sipi-sipi aje.

      Terima kasih.

      Delete
    2. Yang berbaju hitam tu sebenarnya tengah bertafakur atau merehatkan mata atau malu lalu tunduk?

      Delete
    3. Dia sedang hantar mesej kpd anak isteri yg masih di rumah ketika itu untuk merakamkan siaran langsung itu. Tak perasan pula kamera ambik gambar dia ….. huhuhu

      Delete
  4. Hari tu dah menang contest memasak...lepas tu masuk TV pulak...Mmg ada potensi Haikal jadi celebrity ni YB...:)

    Hahahahaha...lain kali, call aja YB...takyah wassap...Cepat & Confirmed terima..

    Bagos betul pihak sekolah..ajar murid2nya berzikir...Abis tu budak2 non Muslim buat apa masa tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lepas contest di Halfest tu dia masuk pertandingan memasak di sekolah pula. Dapat no 2. Bakat dari emaknya lah tu.

      Pihak sekolah yg pilih dia untuk ditemuramah. Mungkin disebabkan dia ni berani bercakap. Betul ke tak betul tu perkara kedua. Kalau nak jadi celebrity kenalah masuk rancangan realiti tv samada yg lagho mcm menyanyi atau yg ada faedah mcm Imam Muda atau Akademi Al-Quran.

      Emak Adam pun kata kenapa tak call aje. Dia tak baca mesej sebab sibuk menguruskan rumahtangga (huhuhu). Saya kata org tv tengah shooting tak sesuai nak call masa tu. Memang belum rezeki nak tengok anak sendiri live ….. huwaaa

      Sebelum periksa dulu pun banyak pengisian keagamaan seperti berzikir, bacaan Yasin dan solat hajat. Setelah berusaha, kita serahkan kpd Allah.

      Yang non Muslim cuma 2-3 orang aje. Mereka mungkin baca mentera agama mereka.

      Delete
    2. kalau masa di sekolah saya dulu, kalau Muslim berdoa atau berzikir, yang non-Muslim just diam atau bertakafakur aje. tapi memang jarang kami berdoa dan berzikir dalam satu dewan, sebab student Muslim dengan non-Muslim sama banyak.

      Delete
    3. Sekolah mcm sekolah awak dan sekolah saya dulu, bilangan pelajar Islam dan bukan Islam hampir sama ramai. Masa saya sekolah dulu takde pun program berzikir yg dianjurkan pihak sekolah. Kalau adapun yg dianjurkan oleh Persatuan Agama Islam.

      Delete
  5. keluar rumah tadi sekolah setiawangsa gamat... keputusan UPSR rupanya... tahniah Haikal

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rumah Kay kat sebelah sekolah tu ke? Ingatkan kerja aje dekat Setiawangsa tu.

      Selain RTM, TV3 pun ada di situ utk siaran berita mereka tadi. Dengarnya SKS dapat top 3 school dlm keputusan UPSR kali ni.

      Delete
  6. hhehehe... alhamdulillah... mlm ni makan besar la haikal ye.
    ramainya murid darjah 6 sekolah tu. jumahnya melebihi student spm zaman sy.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Malam ni kami makan besar di surau aje sebab ada majlis berbuka puasa dan jamuan malam jumaat. Haikal tak ikut ke surau tapi ada jiran yang hantarkan chicken chop utk dia di rumah kerana jiran itu tahu Haikal suka makan chicken chop.

      Sekolah tu ada 2400 orang pelajar dari tahun 1 - tahun 6. Setiap darjah ada 10 kelas dan setiap kelas ada lebih kurang 40 pelajar.

      Tahun lepas ada lebih 400 orang murid yang mengambil UPSR. Tahun ini kurang sedikit kerana ada murid yg berpindah sekolah.

      Delete
  7. Tahniah Haikal...lepas ni kalah le bapak dia anak lebih glamer rampas takhta.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih auntie Aina. Macamana result anak auntie?

      Memang kalah nampaknya bapaknya. Haikal sebelum ni dah keluar kat suratkhabar.Hari ni keluar di tv pulak

      Delete
  8. abis la YB pasnih.

    Haikal....come to kakak GB! heheheh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nampak gayanya mcm tu lah ….. huhu


      Jauhlah nak pergi kat tempat kakak GB. Nanti kalau kakak balik Subang bolehlah Haikal ke tempat kakak.

      Delete
  9. Alhamdulillah.. kecik-kecik dah masuk tv.. ada pulak yg sudi ambik gambar .. ada rezeki utk blog.. semoga terus berjaya Haikal !!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bolehlah dijadikan kenangan bila dah besar nanti. Alhamdulillah ada yg sudi ambil gambar dan hantar kpd saya. Kenal pulak dia si Haikal tu.

      Terima kasih di atas doa Che Mid tu. Semoga dimakbulkan.

      Delete
  10. pernah buat lawatan kat sekolah tu.Kagum dgn mereka.Tahniah Haikal.Minta hadiah best best mcm pi Disneyland tau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila datang ke sekolah ni? GB dan guru2 serta PIBG banyak memainkan peranan untuk menjadikan sekolah ini sekolah kluster dan sekarang sekolah berprestasi tinggi. Tahniah dan terima kasih kepada mereka yg banyak menyumbang kpd kemajuan sekolah.

      Agak2lah kalau nak minta hadiah yg mahal mcm tu. Ini kan baru UPSR. Kalau sampai peringkat SPM apalah pulak hadiah yg nak dimintanya? Mungkin nak ke angkasa lepas ….. hahaha

      Delete
  11. Saya tak tengok TV1.. Saya tengok yang TV3 punya.. Ada sorang budak tu siap nyanyi lagu si Tegar tu tapi dia ubah lirik.. Dia nyanyi camni, aku yang dulu bukanlah yang sekarang, dulu ku dilempang, sekarang ku disayang.. sabar je la budak tu.. hehehe..

    Tahniah untuk Haikal dan semua.. Anak buah saya 3 orang amek UPSR tahun ni.. Sorang yg sekolah kat sini dapat 5A tapi yang lagi dua tu tak tau dapat berapa.. Masing2 dok pakat senyap je.. Takut la tu nak bagitau.. huhuhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Budak sekolah mana tu? Ini mesti dia tak sangka boleh dapat 5A. Dia ni nakal agaknya dulu sampai kena lempang …. hehehe.

      Terima kasih di atas ucapan tahniah.

      Emak sedara budak dua tu garang jugak. Itulah sebab mereka pakat senyap. Takut kalau beritahu tak dapat 5A kena marah nanti …. huhu

      Delete
  12. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kenapa delete komen?

      Apa pun saya terpanggil untuk membalasnya.

      Wah Wak pun pernah ditemuramah oleh RTM jugak rupanya. Mesti pelajar geliga ni. So jadi tak beli rakaman tu? Kalau saya jadi wak masa tu memang saya tak terbeli sebab kami tak mampu nak keluarkan perbelanjaan sebanyak itu w/pun rakaman itu priceless.

      Delete
  13. hensem..
    berbesan nak!?

    wahahhahaa!!

    [anak hensem..]

    kalau keluar kat tv3.. sonang je...
    kita kan kawan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jom!!! Bolehlah bawa bakal menantu saya tu ke rumah.

      TV3 ada juga buat liputan di sekolah tu tapi tak interview bakal menantu awak tu. Kalau tak, kan sonang nak minta salinan rakaman tu ….. hehehe

      Delete
  14. wah..tahniah haikal. bapak borek anak rintik..dua dua femes

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kebetulan pihak sekolah pilih dia untuk temuramah tu.

      Bapaknya dulu setakat keluar suratkhabar semasa dapat keputusan peperiksaan tapi dia ni keluar tv. Lebih powerlah dia ….. hehe

      Delete
  15. tahniah haikal....
    errr....xmo mintak hadiah mini cooper ke haikal?anak tokey ayam tu dapat mini cooper hadiah 5A tau...ayah haikal ni tokey jugak ape....hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia nak basikal aje utk buat main masa cuti sekolah ni. Bukan basikal baru pun - cuma gantikan tiub tayar basikalnya yg telah koyak ….

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails