Wednesday, October 23, 2013

Tak Terbalas Dengan Duit


  • Ada terbaca status di bawah ini di wall fb seorang kontraktor landskap yang pernah bekerjasama di dalam dua projek yang aku kendalikan dulu. Dia seorang wanita yang gigih. Selain menjadi kontraktor, dia juga seorang isteri dan ibu di samping menyambung pelajaran di peringkat sarjana.

    Ini yang ditulisnya:

    Marina Daud
    2 projek nk kena msk site, presentation upm, anak nk pmr, ofis dok audit..sume serentak..adehhhh..xleh nak fokus ni. Iskandar M Sofian harap memahami yea... — feeling confused.




    Aku memberi komen untuk memberi sedikit semangat. Tanpa aku ketahui 2 projek yang disebutnya itu adalah projek Tesco.

    Ada kisah di sebalik projek Tesco itu. Aku sekadar kenalkan dia dengan orang berkenaan di Tesco dan disebabkan itu, dia dapat kerja landskap setiap kali ada hypermarket baru nak dibuka.



    Yunus Badawi Ciannya
    Banyak2 berdoa setelah berusaha
    1 October at 18:37 via mobile · Like · 1
  • Marina Daud Tn Yunus Badawi, dua2 ni projek tesco...hanya tuhan dpt membalas jasa tn sbb kenalkn sy dgn tesco ..sy berdoa kpd Allah SWT agar murahlah jgak rezeki syarikat tn 
  • Yunus Badawi Terima kasih kembali kerana mendoakan saya. Itu lebih berharga daripada wang ringgit
    1 October at 19:08 via mobile · Like · 1

45 comments:

  1. Assalamualaikum,
    Tak mmau kenalkan daku dgn mana2 penaja ka?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikum salam anyss,

      Nak cari sugar daddy ke? ...... hu hu

      Delete
  2. alhamdulillah... seronok bila blh bantu org

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syukur.

      Kadang2 pertolongan kita tu sikit aje tapi meninggalkan kesan yang besar kpd org lain.

      Delete
  3. ni yang rasa nak jadi kontraktor semula ni YB.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masih belum terlambat kalau nak jadi kontraktor semula. Tapi ada bidang lain yg lebih lumayan dan kurang memeningkan kepala selain dari jadi kontraktor ...ngeeee

      Delete
    2. bidang apa tu YB.. mohon pencerahan boleh? :) ngeee

      Delete
    3. bidang hartanah pun cerah masa depan :)

      kalau nak lebih pencerahan boleh hubungi saya di yunusbadawi.arahsaksama@gmail.com

      Delete
  4. Saling mendoakan antara sahabat menjadikan silaturrahim bertambah mulia.. semoga Marina tabah dan kuat mengharungi detik getir ini.. selesai semuanya nanti, eloklah bercuti utk membalas kembali masa yang tertinggal..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya terharu bila tahu Marina mendoakan saya dan syarikat saya dimurahkan rezeki. Rezeki yang saya sekeluarga dapat hari ni mungkin asbab doa daripada orang2 yg pernah kami tolong.

      Kita sama2 doakan Marina tabah dan kuat semangat melaksanakan tanggungjawab yg dipikulnya itu. Terima kasih kpd che mid kerana sama2 berdoa.

      Rasanya cuti sekolah tak lama lagi ni bolehlah dia bercuti dgn keluarga jika segala urusan dah selesai.

      Delete
  5. Berkat doa tu YB...

    Inysa Allah...tahun depan ber- X6 la YB...

    :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Kawan2 blogger dan fb pun ramai yg mendoakan saya. Terima kasih. Hanya Allah yang dapat membalas jasa Tuan2 dan Puan2 serta Cik2 sekalian.

      X6 tak cantik. X5 lebih menawan ..... hehehe

      Delete
  6. Saya percaya dengan janji Allah iaitu bila kita bantu orang, pasti Allah akan bantu kita dan bantuan itu tidak semestinya dalam bentuk wang ringgit.. Mengeluarkan kita dari permasalahan juga merupakan satu bantuan..

    Saya kurang percaya dengan janji manusia... heeee...

    ReplyDelete
    Replies
    1. macam tu juga dengan konsep berzakat. kita tolong orang, Dia akan tolong kita balik berganda-ganda banyak nya.

      Delete
    2. Janji Allah itu pasti. Saya setuju sangat dgn Cik Azz. Jika kita menolong orang pasti Allah akan menolong kita. Cuma mungkin kita tidak sedar pertolongan Allah sebab ianya datang melalui perantaraan maklukNya.

      Manusia pandai berjanji tapi tak semua janji akan ditepati. Contohnya di dalam bisnes, ada pelanggan saya yg tak tepati janji untuk membayar wang kpd sykt kami. Banyak modal kami sangkut ..... huhu

      Delete
    3. t.a.t.a - itu sebab zakat itu bermaksud menyuburkan. Ianya bukan sahaja membersihkan harta kita tapi menyuburkannya juga.

      Mari kita tambah usaha supaya kita boleh membayar lebih banyak zakat.

      Delete
  7. Replies
    1. Terima kasih memuji. Saya anggap ini pujian ikhlas dari kalian berdua.

      Meh saya belanja coolblog ..... ngeeee

      Delete
    2. YB, memang betul saya ikhlas. --saya tulis ni muka memang tengah seriyes.-- lagi pun secara jujurnya saya tak pandai nak mengampu. kalau saya puji memang betul ikhlas dari hati saya.

      eh, coolblog pun sedap jugak. hehe

      Delete
    3. Saya percaya awak ikhlas. Sebab walaupun kita tak pernah berjumpa, awak tetap memuji saya.
      Org yg ikhlas biasanya tak pandai mengampu. Kalau kerja, mungkin 'dipotong' oleh kaki ampu bila ada peluang kenaikan pangkat ..... huhu

      Ok kita tunggu bila azie free utk pergi minum coolblog tu ...

      Delete
  8. Kontraktor, isteri, ibu, pelajar. well, memang hebat. kalau kita dah set goal, orang lain nampak susah, bagi kita, ala kacang aje.

    that is the power of mind.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang power!

      Tapi ada ketika, diri akan rasa tertekan juga kerana kita bukan superhuman.

      Delete
    2. yup. alaa superhuman pun ada masa kalah juga.

      it's not easy to be me. --kata Superman.

      Delete
    3. Superhuman pun ada masa kalah sebab yg jahat tu lebih kuat dan menggunakan taktik jahat.

      Well, if it wasn't easy to be you, can you be other being? We don't have much choice, do we?

      Delete
    4. orang jahat memang senang aje nak buat taktik jahat kan? yang baik nak buat jahat, teragak² sebab ikut buku dan ikut law.

      no, we don't.

      Delete
    5. Yang baik tak perlu buat taktik jahat. Banyak taktik baik dan halal yg boleh dipraktikan utk berjaya. Malangnya org baik ni tak habis membuat kajian tentang taktik yg boleh dilakukan .... huhu

      If the answer is negative, then we better accept the choice we have with open arms.

      Delete
  9. bila nak belanja saya kat tesco?

    tumpang lalu :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan cakap kuat2 .... nanti t.a.t.a tahu dan nak ikut ....

      hehe

      Delete
    2. t.a.t.a dah dengar.

      dia nak ikut!

      haha

      Delete
    3. kalau daun betullah t.a.t.a tu.

      Tolong beritahu kat dia, pergi minum coolblog tu cukuplah .....

      wakaka

      Delete
    4. takde rasanya.

      Biarlah saya dating berdua dgn Juliet kat Tesco ..... hehe

      Delete
    5. nampak sangat tak bagi ikut. huhu

      Delete
    6. dating bertiga mana best.

      Nanti saya bawa awak sorang ya. Ada bran? ..... hehehe

      Delete
    7. lagi elok dating bertiga. sebab kalau dating berdua memang akan ada yang ketiga punya.

      Delete
    8. Kalau dating bertiga pun tentu ada yg keempat …… huhu

      Delete
  10. Replies
    1. Situation like this makes my heart warm .... :)

      Delete
    2. baru rasa macam tak sia-sia kita tolong orang kan?

      Delete
    3. Betul tu. Tapi sebenarnya bila kita menolong orang tak perlu harapkan balasan. Jadi tak kecewa kalau dia tak balas pun kerana Allah yang akan membalasnya. Dia yang Maha Kaya

      Delete
  11. Replies
    1. Amiinn dan terima kasih.

      Semoga rezeki Ita pun bertambah murah dan diberkati.

      Delete
  12. kenal dengan kak marina tu juga.. almaklumla bidang landskap tak besar mana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh awak kenal dgn Marina tu ya? Saya mula2 kenal dia tahun 2008 semasa kami sama2 terlibat dalam projek Pejabat Tanah dan Daerah Petaling yg baru tu.

      Kami sama2 ke Muar tengok pokok2 yang akan ditanam di sini.

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails