Thursday, October 24, 2013

Nak Tahu Kenapa Wanita Suka Membebel?

Dua malam lepas ustaz yang mengajar di surau kami memberi kuliah tentang wanita dan lelaki.

Menurut beliau pada umumnya seorang wanita akan menuturkan 1700 perkataan di dalam sehari manakala lelaki 900 perkataan. Ini bermakna wanita bercakap hampir dua kali ganda berbanding dengan lelaki.

Pada kebiasaannya seseorang lelaki itu akan pergi kerja di sebelah pagi dan bercakap dengan rakan2nya. Habis dalam 200 -300 perkataan bergantung kepada kerancakan topik perbualan.  Semasa kerja dia tak banyak cakap. Adalah beberapa ratus perkataan lagi yang digunakan. Semasa makan tengahari dan minum petang dia akan berborak lagi dengan rakan2nya. Bila balik ke rumah tinggallah dalam 40 - 50 perkataan.

Bila isteri ajak berbual dia dah takde banyak perkataan! Itu yang cakap sikit dah nak masuk tidur .... huhu

Berbanding dengan lelaki, para wanita mempunyai 1,700 perkataan. Banyak kalau nak habiskan dalam masa satu hari. Itu sebab dari pagi dia dah banyak bercakap.

Ustaz kami beritahu kalau wanita itu seorang surirumah dan anak-anak semua dah bersekolah atau dah besar, itu yang dengan kucing pun dia akan bercakap sebab tiada kawan nak cakap apabila suami dan anak-anak dah keluar rumah.

Bila suami balik kerja waktu petang, isteri akan teruja nak ajak berbual sebab ada banyak lagi perkataan yang belum digunakan. Malangnya suami pula dah habis kuotanya utk hari tersebut.

Akhirnya si isteri akan membebel kerana banyak lagi dia nak cakap tetapi takde siapa nak dengar ..... huhuhu

24 comments:

  1. Hola Dato ' ! That's the reason why ayah Hj dulu even he was really strict & firm when it comes to his other half 'nyiu-ing' time, dia hanya akan diam or dia akan kata "warta berita is on air now" and we, the kids will giggle & the wife will smile.. Hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak payahlah panggil saya dato'. Kalau nak panggil sangat mungkin tahun depan boleh panggil ..... hehehe


      Sampai hati ayah Hj cakap mcm tu. Sepatutnya dia layanlah mak Hajah tu dan jangan biarkan dia nyiu-ing sorang2. Bila dah membebel sorang2 tu kadang2 berita yg sama akan diulang banyak kali mcm CNN ...... hehe

      Delete
  2. Replies
    1. Buatlah apa yg patut asalkan dapat hilangkan tensi.

      Tapi ada suami yg jadi tensi bila dengar isteri asyik bercakap tak henti-henti ..... hahaha

      Delete
  3. asalkan bercakap hal berfaedah tak mengapakan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan senang nak cakap hal yg berfaedah dengan 1,700 perkataan tu. Kuat-kuat 700 perkataan aje yg berfaedah. Yang selebihnya tu hampeh .....


      hehehe

      larikksss

      Delete
  4. membebel sebab nak expressi diri sendiri.

    saya dah draf satu entry pasal membebel ni. esok punya siaran.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pandailah orang perempuan nak memberi justifikasi tu. Harap2 ianya memberi expressi yang positif ..... :)

      Kena tunggu esok ke nak baca entri tu? Ok saya tunggu.
      Rajin awak siap buat draf entri dulu. Saya ni jenis apa yg rasa nak kongsi kat blog terus saya taip dan siarkan. Biasanya proof read pun tidak!

      Delete
    2. kejadian tu malam tadi. entry hari ini kejadian petang semalam. so postpone satu hari la.

      proof read kena jugak. nak check typo.

      Delete
    3. oh kena ikut turutan ke? Pembaca tak kisah kot. Ada blogger tu cerita yg dah berminggu pun selamba aje depa tulis ….. huhu

      Kalau rajin dan ada masa memang eloklah proof read. Saya ni bukan saya tak rajin tapi kadang2 takde masa nak buat perkara tu …. huhu

      Delete
  5. YB x proof read pun jarang typo. hebat!

    ermm... sy pernah berbincang n bersetuju hal ni. So dulu2 sy dibenarkan bercakap sebanyak mungkin dan dia mendengar saja. WALAUPUN kerja sy mmg bercakap dengan orang. Kalau 10 kes satu syif, dah blh habis kuota, tapi still sy blh bcakap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada juga typo seperti entri sebelum ni saya baru perasan tadi yg saya tertaip SENANG padahal saya nak tulis SEDANG. Nampaknya jari hantu kiri saya lebih pantas daripada jari telunjuk kanan di atas keyboard.

      Dengan siapalah LInda bincang? Ada betulnya apa yg awak kata tu. Tapi hakikatnya ada juga kajian yang mengatakan wanita ini pada puratanya akan menggunakan 2,500 perkataan sehari. Mungkin awak dari jenis yang ini ..... hehehe

      Delete
    2. it is better sy cakap2 dr sy trs diam.... itu maknanya masalah dunia dah tu...

      Delete
    3. kalau cakap itu boleh melegakan tekanan perasaan why not….. ngeeee

      Delete
  6. untunglarr tahun depan kang YB dh nak jadi datuk tuuu.., jamal abdillah baru je dpt datuk.., ;-p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya Allah tahun depan saya jadi datuk. Ini Datuk kategori C. Bukan kategori A atau B

      Kategori C ini tak boleh ditarik balik ....

      Delete
    2. Datuk kategori Cucu. yayy.. tahniah atuk.

      Delete
    3. Cepat sangat ucapkan tahniah. Belum ada tanda2 pun lagi tapi tahun depan kan lama lagi. Ada 5 bulan untuk berusaha mendapatkan datuk kategori C itu sebelum berakhir tahun depan..... hehe

      Delete
    4. Ini in advance punya congrats. hehe.

      Delete
    5. Terima kasihlah.

      nanti jangan lupa nak ucapkan tahniah sekali lagi bila dah konfom …. hehehe

      Delete
  7. memang betul perempuan memang banyak cakap..macam mak saya bila aruah ayah meninggal dia ada bela kucing, dengan kucing ler dia layan bercakap, kucing pun faham dengan kata-kata mak saya...haru....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah kehebatannya kejadian Allah. Lelaki dan wanita ini ada lebih dan ada kurangnya. Bukan untuk memperlekehkan di antara satu saya lain tapi untuk saling melengkapkan.

      Boleh masuk berita tu sebab kucing tu faham kata2 emak Sukma.

      Delete
  8. Teori ini dah dilawakkan dlm Lawak Ke Der 2. Memang ada benarnya.

    Tahniah Atok YB kategori C!
    Didoakan semoga makbul.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak perasan pulak lawak yg itu w/pun saya sempat juga tengok sebahagian Lawak Ke Der 2 tu. Tapi saya setuju dengan kata ustaz tu.

      Terima kasih Doc di atas doa dan ucapan tahniah tu. Semoga termakbul.

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails