Monday, October 21, 2013

Jurutera Tak Pandai Bergaya

Hujung minggu baru ini kami ada empat jemputan kahwin. Jauh-jauh pulak tu iaitu di Tg Karang, Rantau Panjang dan Sepang. Yang dekat hanyalah majlis perkahwinan anak jiran. Kami sempat pergi tiga daripada empat majlis. Yang di Tg Karang tu kami kirim saja melalui Kak Long.

Apa yang menarik tentang perkahwinan anak jiran kami ini ialah pengantin lelaki (menantu jiran aku) adalah anak kawan jiran aku itu semasa kedua ibubapa itu belajar dulu . Jiran aku tu beritahu sendiri kepada aku semasa kami ke pejabat kadi tak lama dulu. Perkenalan emak bapak di zaman kolej disambung oleh anak2 dgn ikatan perkahwinan. Kedua-dua orang anak mereka iaitu pengantin bekerja sebagai jurutera.

Majlis akad nikah telah dilangsungkan di surau taman perumahan kami. Semasa majlis tersebut pengantin lelaki memakai baju Melayu (biasalah tu). Pengantin perempuan pula memakai baju kurung biasa. Cuma pada tangan baju itu diletakkan batu-batu sebagai perhiasan. Emak Adam kata simple habis. Orang perempuan ini memang suka memerhatikan pakaian pengantin agaknya. orang lelaki tak kisah semua tu

Majlis resepsi telah diadakan di Dewan Merak Kayangan Felda pada hari Sabtu. Semasa pengantin nak masuk ke dewan, kami lihat mereka masih dengan pakaian yang simple.


Pengantin bersedia untuk masuk ke dewan. Gambar dipancarkan ke skrin gergasi


Pelamin dan busana yang simple. Mungkin jurutera tak pandai bergaya. Yang penting berkat

Pada Ahad (semalam) kami ke majlis di rumah kakak ipar adik kembar aku di Rantau Panjang, Klang. Majlis kahwin anak bongsu. Ramai tetamu yang hadir sehingga nak duduk pun takde tempat. Kenalah tunggu kejap. Makanan dimasak bergotong royong oleh penduduk kampung diketuai oleh ibu kepada Pahlawan Negara Koperal Azrul yang terkorban di Lahad Datu tempoh hari. Sedap juga masakan emaknya tu.


Aku dan adik aku bergambar dgn Datuk Fadzilah Kamsah yang merupakan sepupu adik ipar aku dan juga sepupu emak pengantin. Beliau telah diminta membacakan doa untuk merahmati pengantin.


Yang berkopiah putih ini ialah Hj Kamsah. Wak kepada adik ipar aku.

Dari Klang kami bergegas pula ke Kg Hulu Teris, Sepang untuk menghadiri majlis perkahwinan anak kepada sepupu emak Adam. Ini kami kedua kami ke majlis beliau. Kali pertama pada 2010. Aku masih ingat sebab ada gambar Adam di dalam blog aku ni semasa itu. Itu untungnya ada blog. Semasa itu Adam baru setahun lebih.


30 comments:

  1. Bukan sebab dia jurutera tetapi mungkin sebab lebih suka besederhana, lepas kawin banyak lagi nak guna duit YB.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin juga tu. Memang lepas kahwin banyak nak guna duit. Tapi biasanya saya tengok pengantin yg bukan engineer bergaya sakan semasa kahwin. Tapi engineer bukan saja masa kahwin tapi dalam kehidupan biasapun sangat sederhana.

      Saya tahu sebab dulu sayapun seorang engineer ..... hehehe

      Delete
    2. kak saya setuju sangattt.....

      saya jurutera jugaks okehhh.... lalalalaaa

      Delete
    3. apa sebab jurutera ramai yg simple aje ek? Gaji tak cukupss kot .... huhu

      Delete
    4. tak mahu di cop sebagai.... "biar papa asal bergaya"...

      cukup lah bersederhana... tapi kepok2... InshaAllah .. selagi kita mengingati Nya... ;)

      Delete
    5. Kepok2 tu yg tak boleh blah. Nak cari sesuap nasi pun susah kalau kerja engineer ni .... huhu

      Tak kaya raya mcm kontraktor takpe asalkan kita sentiasa mengingati Yang Maha Esa...

      Delete
    6. tak kisah jurutera ke.. tukang angkut sampah ke... contractor ke.. tokey minyak ke.....

      kepok2 dengan mengingatiNya.. maka kepok2 lah juga ilmu dan amalan kita.. makanya juga kepok2 jugalah rahmat Nya pada kita... kan..;) ...

      ehemmm.... kepok2... jugak... jom ngeteh... heheh...

      Delete
    7. Hebatlah org yg ada berkepok2 duit tapi masih gigih mencari ilmu dan menambah amal.

      Bila awak free roger2lah saya utk ngeteh.

      Delete
  2. lama tak tengok datuk fadilah kamsah kat tv.

    errrr....saya pun ada kenal jurutera yg simple, :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada jugak dia keluar kat tv tapi re-run lah. Astro biasalah dok ulang banyak kali

      Jurutera yg tak boleh buat keputusan tu ke? ..... hikksss

      Delete
  3. Bersederhana itu adalah lebih baik walaupun mempunyai kemampuan untuk buat majlis yang lebih grand...

    Moga Allah memberkati serta merahmati kesemua pasangan pengantin baru dan lama.. Amin... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya amat setuju dgn kenyataan tersebut. Nak bersederhana ni kena sepakat semua pihak. Kadang2 emak bapa yg sederhana tapi anak nak grand. Kadang2 pengantin ok buat secara sederhana tapi emak bapa pula nak grand kerana jemputan ramai yg VIP.

      Amiinn. Semoga semua pasangan suami isteri diberkati Allah tak kiralah yg baru kahwin atau yg dan lama.

      Cik Azz bila agaknya? ...... ngeeee

      Delete
  4. My uncle who was an engineer before, dia punya wedding lg simple.. Nikah di masjid di UK.. Ringkas & mudah, yg penting berkat inshaaAllah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa your uncle kahwin tu dia dah jadi engineer ke atau masih study? Kalau student di luar negara memang biasalah buat majlis ringkas dan mudah.

      Delete
  5. Jemputan yang di Tanjong Karang kalau tak silap macam kenal aje. Nak double confirm, rumah siapa?

    ReplyDelete
  6. Replies
    1. t.a.t.a pergi ke majlis tu ke?

      awak kenal dgn Yahya adik Cikgu Yaakob tu tak?

      Delete
    2. tak pergi. cikgu tak jemput kita pun. kita ni kan picisan aje. hahaha

      yahya tu abang ke adik cikgu? kenal nama aje. YSP.

      Delete
    3. bos lama saya dulu seangkatan dengan Yahya tu.

      Delete
    4. Cikgu lupalah tu dah ramai2 dia jemput. Bukan pasal awak picisan. Awak kan femes

      Yahya tu adik. Dia kan jadi calon DUN Permatang dalam PRU13 baru2 ni tapi kalah.

      Delete
    5. Oh bos lama tu lahir tahun 1966 lah. Dia sekolah di SDH ke?

      Delete
    6. Bos lama bukan orang sini. Dia Jawa Kedah. YB dulu sek. SDH ke?


      Tak tahu la lupa atau tak, sebab dia datang jumpa saya bagi kad untuk bos. Dalam kad tu pun tulis bos dengan family, bukan dengan staff. Hehe.

      Delete
    7. Kedah pun ada org Jawa. Memang tak Jawa hilang di dunia .... hahaha

      Cikgu kenal ke awak atau keluarga awak? Kalau kenal tentu dia jemput sebab keluarga emak Adam habis semua adik beradik dijemputnya.

      Saya KL boy. Tak sekolah di SDH tapi di KL. Ada entri tentang sekolah saya dulu...... ngeeeee

      Delete
    8. Cikgu tak kenal keluarga saya, tapi cikgu kenal saya. Dulu banyak deal dengan business dia. Saya kenal anak² dia, orang rumah no. 2 dia ni (yang baru lepas pantang). hahaha.

      Hampir nak terpasang 3 pun saya tahu tau. HAH HAH HAH HAH.

      Delete
    9. Dia kenal awak tapi kenapa dia tak jemput awak? Don't tell me you were supposed to be the no 3 ..... hahaha

      Delete
    10. what??? no!!!! hahahahaha.. camtu sekali YB fikir. hahahaha

      well, memang muka cikgu tu bisa mencairkan perempuan pun, tapi well, no!

      ti. dakkkkkkkk!!!

      Delete
    11. Manalah tahu dia berjaya mengorat awak .... hehehe.

      Dengarnya adiknya pun beristeri dua!

      Delete
    12. Dia seganlah nak ngorat business partner dia ...... hehe

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails