Malam tadi kami keluar dinner sekeluarga. Mula-mula kami ke Restoran Makanan Sedap di Kota Damansara. Haikal yang google dan 'menjumpai' tempat ini. Sebelum kami keluar rumah Haikal call untuk buat booking tapi pihak restoran kata tak perlu booking sebab pelanggan tak ramai. Apapun kami beritahu kami akan sampai sekitar pukul 9:15 mlm.
Bila kami sampai ke situ kami lihat pelanggan taklah ramai sangat. Kami pun ambil dua meja yg dicantum menjadi satu kerana kami ada 8 orang. Selepas kami menunggu untuk mendapatkan menu datang seorang pelayan mengatakan nasi dah habis. Jadi tak boleh order. Aku tanya kalau nak western food boleh ke? Dia beritahu dapur dah dikemas. Aku pun beritahu yang kami dah call sebelum datang. Dia kata masa call aku beritahu nak sampai pukul 9:15 tapi kami sampai pukul 9:30 malam. Kiranya dah lambatlah. Dia minta maaf kerana tak boleh nak ambil order kami malam tadi.
Patutlah ada restoran Melayu susah nak maju. Kalau pergi restoran mamak, 24 jam depa buka.
Dah takde rezeki nak merasa makanan sedap di situ kami ke Rasta TTDI. Anak sulung aku yg cadangkan tempat itu. Dia kata tempat itu happening.
Bila kami sampai kami dapati tempat tu taklah se'happening' mana. Ada stall yang masih tutup sebab baru Raya Haji kedua. Ada syak tukang masaknya mesti budak Kelantan. Orang Kelantan ni kalau raya haji memang sakan beraya.
Kami pun orderlah apa2 makanan yang ada.
Sedang kami menunggu makanan tu, asap berkepul-kepul melewati meja kami. Rupanya asap sisha dari meja diagonally di belakang meja kami. Sepasang remaja Melayu sedang menghisap sisha selepas mereka habis makan. Yang perempuan tu siap bertudung!
Meja di belakang kami pun remaja2nya menghisap sisha. 4 lelaki dan seorang perempuan.
Emak Adam kata dia memang pantang tengok orang perempuan hisap rokok atau hisap sisha. Terus dia hilang selera nak makan .... hu hu hu
Sy pantang dua2.. Tak kira lelaki atau perempuan, rokok atau shisha.. Semua akan buat sy susah nak bernafas, pening & nak muntah.. Terus rasa nak tikam org ! Huhu...
ReplyDeleteMacam emak Adam jugaklah tu. Cuma dia sungguh bengang bila melihat remaja perempuan Melayu menghisap shisha semalam sebab dia tak biasa melihatnya.
DeleteKami agak sesak nafas bila asap ikut memenuhi meja kami. Mujur kami tak muntah tapi Adam yang muntah sebelum balik. Penat aje dia makan ....
huhu
Excited nak mengechop tempat pertama, bila gi comment si annon dulu dah komen. huhuhu. tak de rezeki nak makan cumi.
ReplyDeleteKena lebih cepatlah selepas ini. Chop dulupun takpe lah nampaknya. Anon tengah takde kerja tu agaknya. Dah dua kali dia berturut2 ni dia first. Sekali lagi melayakkan dia dapat hadiah.
DeleteSebelum ni pun dah dua kali first tapi ada org berjaya memintas sebelum anon dapat yg first yg ketiga berturut2
ya.. dulu-dulu-dulu penah gak few times dah 2 kali, sekali kena potong line.
Deletehehehehe
dulu-dulu-dulu saingannya jauh lebih hebat. Rakan2 spt kts, julietchun, azrina fizi, zonaku sendiri dan juga mentibang laut antara yang sering bersaing hingga ke peringkat dua kali berturut2. Yang dapat first setakat sekali tu lagilah ramai.
Deletehaa.... br ingat, mentibang la tukang cantas line sy...
Deletemana dia agaknya ya?
Dia dah tak aktif berblog sekarang ni. Tak tahulah kalau dah jadi silent reader.
DeleteKali terakahir dia hubungi saya dia duduk kat KL ni setelah berpindah dari Sabah.
Restoran Makanan Sedap tu tutup nya pukul berapa?
ReplyDeleteKatanya pukul 10 malam. Tapi sedap sangat agaknya makanannya pukul 9:30 dah habis ..... huhuhu
Deletebuffet ke masak?
Deletemasak ala carte
Deletebagi saya kalau restoran yang ada nasi, memang kena readykan nasi extra. even makan nasi campur pun orang akan order nasi tambah kan, so memang kena ada. wajib. extra kan nasi.
Deletealaa, kalau takut tak habis, esok pagi goreng la.
Betul cakap awak tu. Tapi restoran ni makanannya sedap sangat kot. Nasi extra pun habis sebelum time tutup.
DeleteIni yg kadang kecewa dgn restoran org kita ni. Pelanggan datang jauh2 sampai kena bayar tol dua kali, makanan dia habis pulak .... huhu
Dulu masa di kolej, kawan perempuan saya ramai yang hisap rokok. saya selalu lepak dengan mereka. kalau lepak di kedai mamak tu, akan nampak la satu meja campur lelaki dengan perempuan, ada yang bertudung ada yang tak, asap berkepul².
ReplyDeleteagak nya kalau masa tu emak Adam nampak saya, mesti emak Adam terus tak berkenan dengan saya kan?
huhu.
Emak Adam berkenan nak jadikan menantu atau madu?
Deletehahaha
aik YB?
Deletehahahah.
bukan la. mesti dia tak berkenan dengan perangai saya kot?
Bukan awak hisap rokok atau shisha pun. Saya rasa ok kot ...... ngeeee
Deletememang saya tak hisap pun rokok tu, tapi biasalah, kalau dah tengok sekali imbas nampak macam saya pun menghisap sama juga.
Deletetapi sebenarnya hisap rokok tak sedap tau.
Mana awak tahu hisap rokok tak sedap? Pernah try ek?
Delete....... hehehe
Pernah. sebab tu tahu. hehehehe.
Deleteoh nakal jugak rupanya masa sekolah dulu ek?
Deletekat rumah. kat sekolah tak berani. karang kantoi dengan warden.
Deletekat rumah tak takut ke kantoi dgn bapak?
DeleteDah tahu tak sedap apasal dihisap jugak?
masa tu tinggal sorang kat rumah. hehehe. nak cuba la sedap ke tak. bila dah tau tak sedap, laa ni bau asap nya pun menyesakkan dada.
Deletekatne awak cilok rokok tu ek?
DeleteBoleh tahan jugak awak ni. Unsangkarable
rokok abg saya. rasanya dia perasan, tapi dia buat tak tahu aje. dia tahu, adik dia ni ikut perangai dia. macam lelaki sikit.
Deletehahaha
abang awak masa tu dah kerja atau masih sekolah jugak macam awak?
Deletesaya sek. menengah. dia dah kerja. itu rokok last dalam kotak dia. lepas habis sebatang, bergelen² air saya teguk. tekak kelat giler.
Deletewah boleh habis sampai sebatang! Rokok Malboro ke?
DeleteNasib bukan rokok tengway (ngelenteng dewey)
Rokok Marlboro.
Deletekat rumah saya masa tu tiada lelaki dewasa yang ngelenteng. tapi sekarang 2 orang abg ipar saya ngelenteng.
oh ya, saya tahu cara² ngelenteng. hahaha. pernah buat, tapi sekarang mungkin dah lupa kot.
Malboro patutlah rasa tak sedap ..... hahaha
DeleteCuba rokok yg ada menthol .... orang kata rasa sejuk dan segar ..... ngeeee
Abg ipar awak tu guna kertas cap kuda belang atau guna daun?
Baik2 isap rokok tengway ni sebab cengkihnya boleh merecik kena kain. Boleh berlubang ..... hehehe
sorang kuda belang, sorang daun.
Deletedaun tu susah nak dapat sekarang ...... ngeeee
Deletememang pun. potong stim je depa nih..
ReplyDeleteKalau nak hisap benda tu janganlah di tempat awam di mana orang ada bawa anak kecik. Yang tak kecik mcm emak adam dan saya ni pun tak tahan kena asap tu.
Deleteamboi..statement
ReplyDelete'Orang Kelantan ni kalau raya haji memang sakan beraya'
mmg ia pun..kena pulak kedai nya tukang masak made in kelantan/thailand
smgggu sblum dan selepas raya tutup.hehe
isap shisa tu..anak lelaki sy pun penah tanya
'pompuan boleh isap rokok ke?'
saya jawab pompuan ke lelaki ke lebih bagus x isap rokok
hehe
Memang banyak kedai makan yg tauke atau tukang masaknya org sana di kawasan saya ni masih tutup lagi. Minggu depanlah kot baru bukak.
DeleteYg suka isap shisha ni anak2 muda. Yang tak pernah isap rokok pun cuba2 shisah ni sebab mereka rasa 'cool' bila isap benda tu. Org dewasa tengok tak cool langsung. Menyampah adalah.
Namanya rayakan mestilah sibuk balik kampungkan cuti pun lamakan lainlah org tu kampung dekat Kampung datuk Keramat yo pun...eheheee...
ReplyDeleteOrg Perlis tu tak pulak balik kampung cuti lama2 raya ni ...... hikkssss
Deleteraya is raya....
ReplyDeletesy ditanya oleh y beragama lain n dari negara lain, apa beza kedua raya kita. maan perayaan y lebih besar/major/utama.....
bagi kebanyakan org Melayu raya puasa lebih meriah dan disambut sebulan. Ada bagi duit raya dan kunjung mengunjung. Tapi semasa raya haji ini semua takde.
DeleteApa jawapan awak kpd soalan org tu?
kenapa tak datang makan rumah saya je? banyak masak semalam :P
ReplyDeletetumpang lalu.
jalan elok² Juliet. karang tersadung kaki lagi.
Deleteapasal tak cakap? Lain kali rogerlah awal. Teringin juga nak rasa air tangan juliet. Tapi ...... tahu ke awak memasak? ..... hehehe
DeleteTersandung kali ini saya tak sambut tau .... ngeeee
DeleteYB awal-awal lagi dah beri amaran. bebaik jalan tu Juliet. jatuh karang bangun sendiri.
DeleteKalau juliet berdua aje dgn saya, memang saya sambut dia. Tapi kalau ada org lain terpaksalah juliet lebih berhati2 utk mengelakkan tersandung. Nanti kalau saya sambut ada pulak yg speku .... ngeeee
Deletesaya rasa ada orang ke tak de orang ke, tapi kalau YB ada mesti Juliet akan control ayu. hahaha
DeleteJuliet sentiasa control ayu. Maklumlah org ayu ....
Deletedapat ku bayang kan Juliet control ayu.
Deleteeh Juliet, pakai kebaya eh?
Ayu sangat kalau juliet pakai kebaya. Dia pakai jean dan t shirt aje .... ngeeeee
Deletet.a.t.a suka pakai mcmana? Nak juga tengok awak bergaya ...
ngeeeeee hehehe...
Deleteawak pun pakai jean dan t-shirt ke hari ni?
DeleteJom karok
betul, saya pun pantang juga. orang yg hisap shisha ni sama je macam hisap rokok. asapnya menyesakkan pernafasan orang sekeliling.. ish3...
ReplyDeleteTak boleh ke Kementerian Kesihatan buat undang2 menghadkan kawasan di mana shisha boleh dihisap mcm juga kawasan larangan merokok?
DeleteNak harap JAIS atau JAWI kuatkuasakan pengharaman ni mcm nak harapkan mereka kuatkuasakan pengharaman rokok. Dah difatwakan haram tapi tiada tindakan kpd org Islam yg menghisapnya.
Sayapun tak suka orang hisap benda alah tu, baik rokok maupun sisha, baik lelaki, apatah lagi pompuan...
ReplyDeleteRajin jugak pergi makan kat kedai lain.. Kalau saya, dah ajak balik dah.. hehe..
Ramai yg tak suka org hisap rokok ni sebab asapnya boleh merosakkan kesihatan kita yg tak menghisap ni ..... huhu
DeleteSepatutnya mereka ini ditempatkan di ruang tertutup mcm di airport. Lantaklah korang nak hisap sampai pengsan janji jangan mengacau org yg tak hisap .... hehehe
Bukan soal rajin pergi kedai lain tapi kalau balik rumah siapa yg nak masak dah malam2 mcm tu ..... huhu
saya pun pantang tengok orang isap isap ni. mulut laju je nak menegur. huhuhu~
ReplyDeleteBerani GB tegur org yg hisap rokok? Cayalah.
DeleteKami nak tegur malam tu takut mereka kata takde pun papan tanda kata tak boleh hisap rokok. Nanti mereka kata mereka pun bayar jugak sebab yg sediakan shisah pun tuan kedai .... huhu
tajuk tu buat laju je mengklik fi sini
ReplyDeletehrmmm...kalau sya dah lama diorg kena tegur tu.
Kiranya Eja nak tahu kisah emak Adamlah ni. Dia dah ramai peminat di blog ni nampaknya mengalahkan ayah Adam ...... hehehe
DeleteKalau ditegur pun belum tentu mereka akan berpindah tempat duduk ... huhu
Saya pernah 2 kali makan (dinner la selalunya) di Rasta TTDI tuh. Memang happening la Bang YB...!
ReplyDeleteRajin azie ke sana. Jauh juga kalau dari KD. Dari Pandan lagilah jauh.
DeleteAzie pernah tak ke Restoran Makanan Sedap tu? Yg tu tak jauh dari ofis azie ...
eee geramnye!!
ReplyDeletekalo saya tak kira la yg menghisap rokok/shiha tu lelaki atau perempuan, mmg terus ilang selera YB
Emak Adam pun mcm awak. Hilang selera dia malam tu. Adam pulak bila nak balik dia muntah mungkin sebab pening bau asap .... huhu
Deletegi Rasta lain kali boleh try beger dia yang amat besar !!
ReplyDeletesedapp
Malam tu Hazwan ada juga sebut pasal beger besar tu tapi kedai beger tutup. Budak yg jual beger tu masih beraya agaknya.
DeleteTapi rasanya tak teringin nak ke situ lagi sebab tempat tu penuh asap....