Monday, September 2, 2013

20 Sen Punya Pasal

Malam ini kebanyakan stesen minyak penuh sesak kerana orang ramai hendak mengisi minyak sebelum pukul 12 tengah malam untuk mengelakkan membayar 20 sen lebih utk setiap liter petrol RON95. Setiap kali harga minyak naik, stesen minyak macam tempat pesta.

Kalau kebetulan kereta anda dah nak kosong tangkinya dan anda memang sedang memandu kereta anda di jalanraya, mungkin berbaloi nak pergi isi minyak tu. Kalau tangki kereta anda boleh muat 40 liter, ini bermakna anda jimat RM8.00.

Tetapi kalau minyak di dalam tangki masih banyak dan anda cuma boleh mengisi kurang dari 10 liter dan anda pula sedang berada di rumah, tak payahlah bergegas ke stesen minyak kerana penjimatan anda hanyalah sekitar RM2.00. Minyak yg anda belanjakan utk ke stesen dan juga untuk berbaris mungkin tak cukup RM1. Lebih baik duduk rumah tengok tv atau main dgn anak2 dan isteri ..... hehehe.

Aku tak sokong kenaikan harga minyak ini kerana ianya akan melibatkan perbelanjaan tambahan utk aku - sama mcm orang lain juga. Pada masa yang sama aku tak boleh nak halang kenaikan itu sebab siapalah aku ini.

Apa yang aku kesian tengok ialah penyokong kerajaan yang beriya-iya cuba memberi justifikasi kepada kenaikan harga minyak ini. Biarkan Pak Pak Menteri ajelah yg buat kerja ini.

Kepada yang menyokong pembangkang pula inilah masanya mereka nak hentam atau mempersendakan pihak lawan. What a field day!

Pada analisa terakhir, suka tak suka kita terpaksa juga mengisi minyak ke dalam tangki kenderaan kita bila minyak yang ada hari ini dah kurang. Hidup perlu diteruskan .....

16 comments:

  1. Assalamualaikum,
    Hu hu hu 20 sen tinggi nilainya kepada rakyat marhaen dr negeri paling miskin, maklumlah keturunan kami miskin sejak belum merdeka lagi, bertambah miskinlah selepas cecah 56 tahun kemerdekaan.

    Selepas ni bukan sahaja harga petrol bertambah 20 setiap liter, kami juga dah tak mampu nak beli ayam yang akan naik, beli sayur atau makan roti canaipun...apalagi nak merasa satey yang punya caj untuk tax dan servis itu. maka merempatlah kami di Negara yang makmur ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikum salam anyss,

      20 sen bukan saja tinggi nilainya kepada rakyat marhaen dari negeri paling miskin tetapi kpd rakyat marhaen dari negeri2 lain juga. Malah rakyat marhaen yang menjadi miskin bandar akan rasa lebih tertekan dgn kenaikan ini.

      Biasalah bila harga minyak naik harga barang2 lain pun ikut naik.

      Tak payahlah makan satay yg ada caj utk tax dan cukai. Satay kat Kajang tu kan tak kena cukai.

      Delete
  2. Saya tidur je kat rumah peluk Pak Tuan tak kuasa nak beratur isi minyak kerana 2 kupang tu, bukan kata kaya tapi minyak tu keperluan naik macam mana pun kita akan guna.

    Awai tahun hari saya pi Padang banyak kain rentang dok tergantung katanya Indonesia nak naik kan harga PERTOL 100%. Apa barang Malaysia setakat 2 kupang ja naik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tindakan bijak yang tentu dihargai oleh Pak Tuan. Ramai yang mengeluh kerana terpaksa berbaris panjang untuk beli minyak pada malam tersebut. Kalau isi penuh malam tu pun, menjelang hujung minggu ni nak kena isi semula bila tangki dah kosong.


      Di negara lain mereka takde subsidi rasanya sebab kerajaan mereka tak mampu nak menampung kos subsidi tu. Itu yang harga minyak boleh naik mendadak begitu sekali mengikut harga pasaran dunia.

      Delete
  3. huhu..pada analisa terakhir katanya....mahu tak mahu ttp kena hadap jugak:-)

    ReplyDelete
  4. Lama dah tak tinggal jejak di sini..
    Well, so really well said Tn..

    Encik Kebal isi minyak di Jln Ampang kerana memang dah tinggal 2 bar & the next day nak ke East-Coast.. Alhamdulillah blm byk kereta masa tu, double alhamdulillah bayar guna cash sbb terminal credit card 'hang' katanya..

    Different people will react differently tp yg pasti ramai yg akan berasa peritnya.. To me complaining doesn't change anything because obviously it's out of our control (sbg rakyat marhaen), now is a time to plan our financial for now & future.. Ubah tak ubah we've another 5 more years (approx) to go, bg yg berkenderaan pasti perlukan minyak utk bergerak, unless nak tukar ride a bicycle or walking from one place to another.. Hikssss..

    Yg penting ini masa utk kita berdoa byk2 utk dimurahkan lg rezeki, usaha lipat kali ganda especially yg self-employed to earn more, derma lebih kerap walau sedikit & ikhlas especially when we do good deeds.. Maknanya bila kita buat, kita lupa terus dah, tak ada nak ungkit2 nak sebut2..^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sudi meninggalkan jejak di sini. Dan terima kasih juga di atas pujian tersebut.

      Dapatlah awak 'jimat' sedikit kerana berjaya isi full tank sebelum balik ke Pantai Timur. Tapi by now, saya rasa awak dah perlu mengisi semula tangki itu.
      Biasanya bila harga minyak nak naik, ada dealer stesen minyak yang cakap line utk kad kredit hang. Ini untuk memastikan mereka ada cukup wang tunai utk membeli minyak dgn harga baru yg lebih tinggi itu keesokan harinya. Kalau guna kad kredit, akan mengambil beberapa hari utk mendapatkan bayaran dari pihak bank!

      Terima kasih berkongsi saranan. Semoga kita semua dimurahkan rezeki untuk menghadapi hari2 mendatang yg semakin mencabar.

      Delete
  5. geram smalam di kala minyak dh kering berkelip2, tp ku tak mampu nk tempuh jem beratur nk isi minyak. Tawakkal je la moga sampai ke pejabat pagi ni, Alhamdulillah sempat. Dan redha je la hari ni dh kena isi full dgn harga baru :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak faham kenapa pihak kerajaan tak boleh memberitahu seminggu atau setidak2nya 2-3 hari lebih awal jika harga minyak nak naik. Taklah org berpusu2 di stesen minyak setelah mendengar berita kenaikan harga minyak melalui Berita pukul 8 malam.

      Kesian awak yang hampir2 tersangkut kerana kehabisan minyak. Mujur sempat isi pagi semalam w/pun terpaksa membayar dgn harga yg lebih.

      Delete
  6. geram smalam di kala minyak dh kering berkelip2, tp ku tak mampu nk tempuh jem beratur nk isi minyak. Tawakkal je la moga sampai ke pejabat pagi ni, Alhamdulillah sempat. Dan redha je la hari ni dh kena isi full dgn harga baru :(

    ReplyDelete
  7. kisah 20 sen
    x tahu nak kata apa

    ReplyDelete
  8. Kecoh minyak naik 20sen, tapi semalam balik isi minyak lengang aje pun BHP tu? Oh ya, mungkin sebab kebanyakan di sini guna 97, makanya tak terasa la kenaikan tu.

    ReplyDelete
  9. dah nasib penduduk miskin
    ditindas tindas ......

    ReplyDelete
  10. kebetulan minyak keta kosong, balik kije terus isi kat stesen minyak kerang dekat ngan opis, kebetulan stesen minyak kerang tu lengang hehehehheheheheheh
    pada saya, tak de la terasa sangat effectnya sebab kebanyakan perbelanjaan minyak saya claim kat company, tapi saya dpt rasakan kesan kenaikan ini pada rakyat peringkat bawahan dan pertengahan yang len cam saya
    dan pada dasarnya kesan kenaikan minyak ni akan menyebabkan kenaikan harga benda2 len.....mmg itulah selalunya yang berlaku

    ReplyDelete
  11. rakyat marhain macam sy ni memang terasa la YB, 20 naik seliter.. kalau dah isi minyak 20 liter, berapa banyak kenaikan dah..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails