Thursday, August 29, 2013

Harap-Harap Malam Ini Tak Hujan (walaupun malam ni malam Jumaat)

Persiapan telah diatur rapi. Kali ini kebanyakannya diswastakan kerana mereka yang selalunya bertugas nak berehat dan bergumbira.


Khemah-khemah yang telah didirikan sejak pagi semalam. 4 khemah Arabian itu utk para tetamu, satu khemah sebelah kiri gambar ni utk urusetia dan ucapan Pengerusi manakala 2 khemah lagi tu khemah hidangan. Khemah terakhir di sebelah kanan gambar ialah tempat BBQ kambing



4 ekor kambing ini merupakan tarikan utama malam ini. Gambar diambil selepas solat Asar tadi


Menu lain termasuklah: satay, lemang dan rendang, soto, nasi goreng, kuih muih serta buah-buahan. Kesemuanya disediakan secara gerai oleh peniaga professional melainkan kuih muih dan buah2an serta minuman yang akan disediakan oleh pihak surau.

Selain itu ada juga penduduk dari Jalan B yang akan menggoreng keropok lekor in-situ.  

Cuaca yg agak mendung membuatkan AJK agak risau. Takut kalau hujan turun malam ini semasa majlis silaturahim dan jamuan Aidil Fitri anjuran surau dan Persatuan Penduduk taman perumahan kami. Kalau ditakdirkan hujan akan turun juga aku berdoa turunlah selepas majlis selesai .... 


10 comments:

  1. ok hujan... sejukk...
    makan la kambeng bebanyak bg panas badan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak jadi hujan w/pun sebelum Isyak tadi dah gerimis.

      Tak cukup kambing tu utk makan banyak2. Rasa sikit aje buat syarat utk beri peluang kpd tetamu yg lain.

      Malam ni kalau sejuk emak Adam ada utk panaskan ...... hehehe

      Delete
  2. Replies
    1. Alhamdulillah sungguh meriah. Kehadiran di luar jangkaan. Majlis yg dijangka tamat pukul 11 mlm telah ditutup pada pukul 10:30 apabila semua makanan habis kecuali satay.

      Delete
  3. Nampak sangat ramai bebenor para blogger kat area situ eh. Ambil gambar kambing, tersnap sekali gambar orang tengah ambil gambar. Agak-agaknya dari view diorang tu ada gambar En. YB tak? Hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dua orang jiran saya tu bukan blogger. Mereka saja ambik gambar kambing tu utk simpanan mereka kot. Senang kalau nak buat akikah utk cucu gamaknya.

      Dari view salah seorang tu rasa masuk gambar saya. Bolehlah tumpang enterframe .... hehehe

      Delete
  4. Hello Incik Yunus, this coming to you from Canada. Bahasa saya sebelum Merdeka, suda out of tune, but boleh faham your posting 35%.
    That kambing looks really good, and I bet everyone enjoyed having.
    For some reason or other, kambing, lamb, itek not on my food list. Or kerbau, ha ha.

    I miss going to my Malay friends home for hari raya...and da berapa tahun ta'makan lemang.
    Soto ayam pun...
    Ni da lambat, but selamat hari raya.
    You keep well, best regards.
    Lee.

    ReplyDelete
  5. Hello Uncle Lee,

    Thank you for your comment. Bahasa Uncle masih boleh dikira ok. Apa sahaja bahasa kalau kita tidak gunakan selalu memang kita akan lupa. Inikan pula Uncle dah lebih 56 tahun tidak diamalkan seharian.

    Yes you are certainly correct. The kambings were the hot favourite that night and was the first dish to run out!

    Saya pun tak makan itik tetapi kambing dan lamb saya suka. Di Malaysia kebanyakan daging 'lembu' yang diimport dari India sebenarnya daging kerbau sebab di sana diharamkan menyembelih lembu.

    I hope you have the opportunity to come to Malaysia to celebrate Hari Raya in the near future. In fact we are still in the festive mood as Malaysians celebrate Raya for one whole month!

    Best regard to you too. Do keep in touch.

    Cheers,
    YB

    ReplyDelete
  6. Kalau hujan lepas majlis pun best jugak!

    ReplyDelete
  7. wah meriahnya sambutan, seronok la berkumpul ramai2

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails