Wednesday, August 14, 2013

Catatan Raya Setelah Seminggu ..... Bahagian 1

Mungkin masih belum terlambat utk aku ucapkan Selamat Hari Raya kepada rakan2 blogger. Aku juga ingin memohon maaf zahir batin di atas segala salah dan silap aku kpd kalian selama ini.

Aku nak kongsikan sambutan raya aku setakat ini. Gambar2 ini yg ada dalam hp aku. Yang dalam kamera anak aku ada banyak lagi tapi belum rajin nak download .... hehe


Di antara juadah berbuka pada malam Raya. Yang nampak tu bawal masam manis. Ayam goreng dah licin. Udang mentega masih dimasak pada masa gambar ni diambil. 


Ini dia butter prawn percubaan pertama emak Adam dan Atikah buat sendiri berpandukan resepi dari google. Not bad ....


Seperti biasa, adik kembar aku dan keluarganya akan datang berbuka bersama pada malam raya. Semasa solat Isyak adik aku dan anak2 lelaki kami ke masjid di kampung kami iaitu di Kg Datuk Keramat. Kali ini aku tak dapat ikut balik kampung sebab ada urusan dgn imam di surau taman kami ini.

Selepas bertakbir di surau, kami sambung pula bertakbir dari rumah ke rumah di taman perumahan aku. Ramai juga jiran yang tak balik kampung atau sudah menganggap tempat ini kampung mereka apabila anak cucu mereka pulang beraya ke mari.

Malam itu kami hanya larat bertakbir di 4 buah rumah. Takbirnya kejap makan dan borak yang lama. Di 4 buah rumah tu pun dah tak muat perut nak diisi ....... hahaha




Hari Raya pertama kami menziarahi makcik2 aku di sekitar Dato' Keramat, Kg Baru dan Taman Permata. Yang bertudung biru tu adik emak aku. Keluarga aku berbaju warna emas yg dikitar semula dari majlis kahwin tempoh hari. Pengantin yg berbaju putih manakala keluarga adik akku yg berbaju pink .... auwww


Pada sebelah petang Raya pertama tu kami balik kampung emak Adam. Sebelum balik kampung, kami sempat ke Sg Hj Dorani dan ke Parit 7, Sekinchan untuk menziarahi pakcik emak Adam.



Meniti permatang untuk beraya di hari kedua. Gambar ini lebih untuk photoshoot ..... hehehe

Hari kedua kami menghabiskan masa berkunjung ke rumah sanak saudara emak Adam di kampungnya dan juga beberapa buah kampung di sekitar daerah Kuala Selangor. Sebelah malamnya kami balik ke KL. Jumlah rumah yang berjaya aku kunjungi pada Raya pertama dan kedua ialah 25 buah rumah.



Bersedia untuk beraya pada hari ketiga. Emak Adam bukan main lagi berposing. Berat badan aku yang turun hampir 4 kg sepanjang Ramadan mula naik semula hanya setelah dua hari beraya ..... huhu

Hari raya ketiga kami beraya ke rumah kaum keluarga sebelah arwah bapak aku di Kuala Langat dan Klang


Semasa beraya ke rumah sepupu aku di Olak Lempit, kami dihidangkan dengan oren kampung ni. Tiga perisa evergreen iaitu sarsi, oren dan ais krim soda

Dari Olak Lempit kami bergerak pula di Taman Seri, Banting. Di sana ada adik bongsu abah aku selain balu kepada adik abah aku. Di sana juga salah seorang balu sepupu aku tinggal. Kami pergi ketiga2 buah rumah tersebut.




Yang baju kuning ini dua pupu aku yang datang beraya ke Malaysia. Namanya Nani. Sebelah kanannya ialah suaminya yg bernama Nana. Di belakang tengah2 dua orang gadis yang sihat2 tu anak mereka. Kiranya tiga pupu Adam. Mereka tinggal di Cikarang, Indonesia. Pada 2007 aku sekeluarga dan adik aku sekeluarga ke rumah mereka untuk menyambut Raya Haji. Ini kira lawatan balas.


....... bersambung

26 comments:

  1. Replies
    1. Kami ni ramai sanak sedara. Lepas seminggu ni baru nak ke rumah kawan2 dan jiran2 selain ke rumah sanak sedara yang belum habis dilawati.

      Satu kepuasan bila dapat berjumpa dgn sanak sedara yang dah lama tak jumpa. Ada yang dah dekat 10 tahun kami tak ke rumah mereka w/pun ada juga berjumpa di tempat2 lain.

      Delete
  2. sakan sungguh...sampai 25 buah rumah..huhu:-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kebanyakan yang kami pergi tu yg peringkat lebih tua daripada kami. Kenalah ziarah mereka sementara mereka masih ada ni. Tahun ni pun dah kurang sebab dah ada yang pergi buat selama2nya.

      25 buah rumah setakat hari kedua. Setakat malam semalam dah jadi 43 buah rumah .... ngeeeee

      Delete
  3. Saya jadi penunggu rumah sambut tetamu pasainya tahun ini tahun pertama kami beraya tanpa nenek jadinya mak anak perempuan sulung rumah menjadi tumpuan sanak saudara.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam tu lah kebiasaanya. Bila yang tua dah tiada, rumah anak sulung pula jadi tumpuan anak cucu dan sedara mara. Masa emak saya duduk dengan saya dulu, raya pertama ramai org datang ke rumah sebab nak ziarah dia. Skrg dia dah tiada, bolehlah kami beraya sakan di awal raya.

      Dah masuk hari ke 4 dan seterusnya ni barulah kami ada di rumah utk org datang menziarah

      Delete
  4. saya tak pegi beraya satu rumah pun lagi sebab kawan2 dan sedare balik kampung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Meh lah beraya ke rumah saya. Tapi elok calling2 dulu. Kawan kita tu ada no saya ..... ngeeee

      Delete
  5. YB banyak buat dosa kat saye... sila mintak maap cepat...!!

    ReplyDelete
  6. slamat hari raya boh..beraya sakan na

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat berhari raya Rozita...

      Insya Allah besar pahala menyambungkan silaturahim ni.
      Ini baru balik dari beraya ke rumah sepupu-sepupu saya. Malam ni balik awal iaitu sebelum pukul 11 mlm sebab ada tetamu menunggu di rumah kami. Kalau tak, tengah malam baru kami sampai rumah ..... huhu

      Delete
  7. Jika Bang Yb ke Parit 7, saya beraya seharian Sabtu tu di Parit 8. Tak berjodoh kita nak berjumpa.

    Nanti saya terjah, sebab saya tingin nak makan masakan Puan Siti Roslina...!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pulak Sabtu di Tanjong Karang. Meredah jalan jam, dapat lepak tepi sawah, wah ha ha. Best!

      Delete
    2. Sabtu tu saya dah ke Kuala Langat. Kalau tak bolehlah skodeng Azie sekeluarga kat bendang di Parit 8 tu. Boleh tengok betis masa Azie meniti batas sawah .... hehehe

      Kalau nak terjah datanglah hari seperti yang saya beritahu semalam. Hari lain takut kami takde kat rumah sebab belum habis beraya dan utk ke majlis jemputan kahwin. Esok kami ada 2 jemputan kahwin.

      Delete
    3. Bila cuti panjang aje Tg Karang mmg jam. Kami ikut jalan tepi hutan utk elak jam tu.

      Awak ke rumah kakak awak yg di Parit Serong tu ke?

      Tempeklah gambar awak lepak tepi sawah.


      Delete
    4. Ya saya la tu. Tak dan la pula nak snap gambar.

      Delete
    5. laaa awak rupanya. Kalau tahu boleh saya jumpa .... hehe

      Delete
  8. Replies
    1. Besan beraya rumah mertuanya di Kuching tahun ni. Kami tak sempat lagi nak ke rumah dia tapi saya ada jemput dia ke rumah kami weekend ni

      Delete
  9. selamat hari raya YB... ramainya saudara mara YB

    ReplyDelete
    Replies
    1. Slmt hari raya kpd ibuintan juga ..... sedara mara saya dan emak adam memang ramai.

      Dah jadi budaya masyarakat Jawa utk saling kunjung mengunjung bila raya. Itu yg kami ziarah banyak rumah

      ngeee

      Delete
  10. salam lebaran dari saya..smoga kita dapat bertemu ramadhan lagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam lebaran kpd awak juga. Semoga berbahagia di hari mulia bulan mulia ni dan semoga kita dapat bertem ramadan lagi....

      Delete
  11. Replies
    1. Kemeriahan akan diteruskan sepanjang Syawal ...... hehe

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails