Thursday, July 18, 2013

Tadarus Al-Quran

Di antara kegiatan yang dijalankan di kebanyakan masjid dan surau sempena bulan Ramadan yang mulia ini ialah tadarus Al-Quran. Di surau aku aktiviti ini telah dijalankan sejak beberapa tahun yang lalu. Tapi aku baru saja mengikutinya sejak tahun lepas. Sebelum itu aku membaca Al-Quran dan mengkhatamnya di rumah. Ini kerana aku solat di masjid dan surau yang berbeza hampir setiap malam. Susah sikit nak ikut bertadarus di surau aku kalau aku tak solat terawih di situ.

Tahun lepas anak aku, Hazwan yang mula2 join tadarus di surau kami. Di awal Ramadan itu aku masih juga solat terawih di masjid dan surau2 berbeza di sekitar kawasan aku tinggal ini. Kat sini ada banyak masjid. Sekitar 3 km dari rumah aku ini ada 6 masjid. Surau lagilah banyak. Tinggal pilih nak masjid atau surau yang mana satu utk solat terawih. Kalau nak cepat balik carilah yg imamnya baca ekspress. Bilal pula yg jenis tangkas. Belum sempat imam baca salam kedua dia dah mula berselawat! Biasanya imam tak mahu kalah dgn bilal. Dia akan bertakbir untuk rakaat seterusnya sebelum makmum sempat menghabiskan bacaan selawat .... hahaha

Berbalik kepada kisah tadarus Al-Quran, tahun ini di surau aku seperti biasa ada kumpulan2 berbeza untuk tadarus: 1) lelaki dewasa  2) wanita  3) kanak-kanak.

Kumpulan lelaki dewasa masih 2 halaqah di mana setiap halaqah ada 9 orang. Sesi bermula selepas moreh sekitar pukul 10:30 malam. Memandangkan kami kena khatam pada malam 27 Ramadan, kami perlu membaca lebih daripada satu juzuk setiap malam. Ini akan mengambil masa dalam sejam.

Kumpulan wanita bertambah ramai tahun ini dan dipecahkan kepada sesi pagi dan malam. Bagi kaum ibu yang nak kena balik cepat selepas terawih mereka akan datang membaca Al-Quran pada sebelah pagi. Bagi mereka yang bekerja bolehlah memilih sesi malam.

Kumpulan kanak2 bertadarus selepas terawih tapi fokus mereka lebih kepada membetulkan bacaan berbanding nak khatam 30 juz. Jadi mereka boleh balik awal sedikit berbanding kaum bapa kerana kanak2 ini bersekolah.

Apa yang aku perhatikan tidak semua yang menyertai tadarus ini terdiri daripada mereka yang lancar membaca Al-Quran. Ada juga yang merangkak2 dan ada yang tak berapa nak kenal huruf. Jika sampai giliran mereka membaca, ketua kumpulan akan membuat banyak pembetulan dan yang lain kena banyak sabar. Biasanya mereka sekali (satu pusingan) saja dan sebanyak dua mukasurat manakala ketua kumpulan dan rakan-rakan yang lancar bacaannya akan membaca 2 pusingan dengan setiap pusingan sebanyak 2 - 3 muka bergantung kepada berapa ramai yang hadir pada malam tersebut.

Setiap malam kami target selepas pada pukul 11:30 tapi ada juga malam2 yang terlajak sampai 11:45 malam. Mencabar juga bagi mereka yang bekerja keesokan harinya.

Apa yang aku tabik dengan peserta tadarus ini ialah kesungguhan mereka untuk menghidupkan Ramadan dengan bacaan Al-Quran. Besar pahalanya tu.

Kepada anda yang belum pernah bertadarus, cubalah jika ada kesempatan. Anda akan cinta membaca Al-Quran walaupun selepas Ramadan.


14 comments:

  1. salam YB,

    teringat kenangan bertadarus ms form 2 di sekolah asrama.

    dulu Ai Exco petang. so kena mengetuai bacaan tadarus. mmg kalau yg merangkak2 tu Ai bagi baca 2 ms je. kalau yg baca mcm bullet train tu mesti Ai bg lebih utk baca sbb masa tu kuasa di tangan Ai utk sebut,"ok next" hihihiih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Yati dan selamat berpuasa,

      Hahaha. Jadi ketua tadarus pun nak salah guna kuasa. Tapi memang menguji kesabaran menyemak bacaan org yang baca mcm kura2 ni. Mungkin mereka ini tak pernah belajar mengaji secara formal masa kecik2 dulu. Kesedaran tiba bila dah dewasa. Apapun saya tabik org yg berani utk ikut bertadarus w/pun bacaan tak lancar.

      Masa kat MRSM Yati tak ikut tadarus ke?

      Delete
  2. Hahaha..Imam & Bilal express mmg menjadi kegilaan saya, satu masa dahulu...zaman2 bujang....wakakakakaka..

    Yup...semoga kita dpt terus istiqomah baca Al Quran, sepanjang tahun...bak kata pujangga, kita jgn jadi Hamba Ramadan...sebaliknya, jadilah Hamba Allah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan doc aje yg menggilai imam & bilal express tapi saya pun! Masa saya kecil dulu saya biasa solat terawih di Masjid Negara. Saya suka imam besarnya yg membaca Al-Fatihah dgn satu nafas saja ..... hehehe

      Antara cara untuk istiqomah membaca al-Quran ialah set target untuk khatam paling kurang sekali selepas bulan Ramadan. Maknanya masa bulan puasa ni kita khatam sekali dan selepas bulan puasa sehinggalah Ramadan tahun berikutnya kita khatam sekali lagi.

      Delete
  3. Dulu lea masa dekat kuching zaman kanak-kanak riang memang join tadarus dekat surau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronok kan bila mengenangkan zaman kanak2 riang kita dulu.

      Delete
  4. Kadang2 kita mengejar masa tapi dalam masa yg sama kita nak jugak mengejar pahala jadinya inilah pentingnya imam ekpress ni.

    Tadarus cara yg betul tu YB. Seorang baca yang lain semak dan perbetul bacaan. Kadang2 tu sesetengah tempat sibuk nak habiskan Quran ja sampaikan bacaan tunggang langgang tak sempat hendak di tegur.

    Saya baca apa yg termampu ja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya setuju dgn pengakuan ikhlas Aina ni. Memang ada org mencari imam ekspress sebab mereka nak cepat. Emak Adam masa Adam masih kecik pun mencari surau atau masjid yg habis cepat sebab Adam ditinggalkan di rumah. Takut dia menangis kalau balik lambat. Skrg dia dah agak besar takdelah risau sangat dia tinggal di rumah dgn Haikal.

      Meskipun nak habiskan satu juz lebih setiap malam, kesalahan bacaan masih dibetulkan kerana yang memimpin halaqah tu org yg berpengetahuan di dalam bacaan Al-Quran.

      W/pun Aina baca apa yg termampu aje yg penting istiqomah. Biar sikit asal berterusan.

      Delete
  5. saya mestilah suka yang imam ekspress kan,kikiki.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tempat awak imamnya ekspress tak? Nak solat kat sanalah selepas 27 Ramadan kalau imamnya laju. Sambil tu boleh jumpa awak ..... ngeeeee

      Delete
  6. Dulu saya sangat suka imam yg baca laju.. (Read : cepat sikit habis!)
    Bila umrah di bulan Ramadhan sampai terlelap2, tergoyang2 sbb 1 mlm 1 juzuk akan dibaca semasa terawikh.. (Read : hanya menghafal surah2 lazim & beberapa potong ayat shj, itupun ayat hafazan PMR & SPM)
    Tapi sejak beberapa tahun kebelakangan ini sy agak selesa dgn imam yg kurang express.. Hoho.. (Read : tidak la termengah2 selepas berbuka. Huksss)
    Tadarus mmg seronok, teringat zaman di STF dulu even SPM week masih sempat bertadarus..
    "Mengaji bukan di bln Ramadhan shj & bukan utk khatam semata. Mengajilah dgn tartilnya & lihat jg maknanya" - pesan ayah Hj yg menyentap hati & terkesan di jiwa semasa di uni dulu..

    # Sudah masuk fasa ke 2 Ramadhan hari ini, have a blessed one sir !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasalah orang muda suka yang laju. Bila semakin matang, kelajuan sudah tidak membuat kita teruja. Kita lebih pentingkan penghayatan.

      Eh awak dah pernah pergi umrah ya? Alhamdulillah.

      Kalau satu malam 1 juzuk memang boleh buat kita terlelap sebab lama sangat. Bagi mereka yang boleh bertahan, sekalung tahniah saya ucapkan.

      Skrg dgn smart phone, boleh mengaji bila2 masa yang sesuai dan di tempat yg sesuai. Semoga bertambah takwa sempena Ramadan tahun ni.

      Semoga diampunkan dosa2 kita pada fasa kedua Ramadan ini.

      Delete
  7. ..bagus jugak. dah berapa lama duduk kejar khatam, kita langgar semua hukum. akhirnya kita memang khatam, tapi apa yang kita dapat?

    ..hati puas tapi kejap aje. dah bertahun-tahun buat terasa sia-sia. kenapa? sebab baca lancar kemain tapi makna satu pun tak faham.

    ..sekarang ni zaren baca terjemahan aje dulu. dapat khatam tu pun dah kira puas hati. sambil tu baca sambil tarannum semua siap, tak khatam pun takpe janji ada kualiti. baca style2 imam ghamidi atau afasy baca, lama2 kita pun hafal surah tu sebab ada lagu sendiri.

    baca laju nak kejar khatam, zaman tu dah berlalu huhu. bila kita enjoy, serta merta kita minat baca dan khatam tu akan datang sendiri..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kata awak tu zaren.

      Tapi yang paling baik, cuba dapatkan kesemuanya.

      ps - uncle teringin nak dengar zaren baca style imam ghamidi atau afasy....

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails