Monday, July 1, 2013

Sila Panggil Aku Datuk ....

Sebelum ini ramai kawan2 panggil aku YB.

Yang bukan kawan yang mendengar orang lain panggil aku YB akan menyangka aku seorang Wakil Rakyat.

Pernah pengacara dari RTM Kuantan memanggil aku YB di satu majlis rasmi yang dihadiri oleh Timbalan Menteri Besar. Mesti dia tertanya2 aku ni YB kawasan man

Pada Khamis lepas pekerja Kingkoil yang menghantar set katil baru ke rumah aku tak kasi aku menolong mereka sedangkan emak Adam dan anak2 aku diminta membantu menaikkan katil ke tingkat atas rumah aku. Ketua mereka cakap, "YB duduk tak payah tolong. Kami akan uruskan semuanya." ..... wakaka






Begitulah antara kisah panggilan YB.

Tahun depan insya Allah aku akan dipanggil datuk pulak. 

Ini sebabnya ..... hehehe





Minggu ini aku sibuk melebihi biasa.

Mungkin blog ini akan bersawang ..... huhu




19 comments:

  1. wahhh..tahniah dah dapat menantu:-)Barakkallahulakuma untuk pengantin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih shaliza.

      Dah sampai jodoh mereka berdua elok jangan dilambat2kan.

      Delete
  2. eh< dah sambut menantu ke?
    TAHNIAH YE

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sabtu lepas kami ke rumah pengantin perempuan utk majlis akad nikah dan bersanding.

      Terima kasih.

      Delete
  3. Tahniah YB :d... masin mulut orang, silap hari bulan tuan YB betul2 jadi ADUN... tahun depat dah dapat title... :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Izni.

      Kalau nak bertanding tahun depan kena tunggu ada kekosongan kerusi ADUN. Tapi sejujurnya saya kurang berminat nak jadi wakil rakyat. Pening kepala nanti ..... huhu

      Delete
  4. Tanhiah tambah ahli keluarga baru. Jadi bapak mertua yang cool eh...hahhaaaa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dapatlah Adam kakak baru.

      Saya memang selalu cool

      Delete
  5. tahniah YB... eyh.. Datuk to be....

    psstt.. kad jemputan tak de ..tak pegi yee... hehehe..

    ReplyDelete
  6. tahniah YB...yang akan jadi Yang Bercucu..insya allah.

    ReplyDelete
  7. tahniah YB, murah rezeki tahun depan boleh dapat panggilan Dato' eh Datuk pulak hiksss

    ReplyDelete
  8. tahniah YB...

    semoga doa dimakbulkan...

    ReplyDelete
  9. Tahniah Datuk Yunus Badawi....aminnnnnnnnnnnnnnnn..:)

    Insya Allah...saya hadir sabtu ni

    ReplyDelete
  10. In Sya Allah....... mana tahu doa kawan2 betul2 dapat DATUK nanti...

    ReplyDelete
  11. Ehh... anak YB yang mana satu yang kawen ni..? Yang belajar kat UiTM tu ke..?

    Apapun, tahniah untuk YB dan isteri.. Dah dapat menantu dah.. Patut la beli katil baru.. hehe..

    ReplyDelete
  12. tahniah YB..dah bertambah ahli keluarga...tahniah juga buat anak YB..moga berbahagia ke akhir hayat

    ReplyDelete
  13. salam

    la patut la entries yb lately dok.mentioned kawin kawin kawin je key word. rupanya sama teringat ingatkan org keliling yg kawin. so nostalgia la ni masang angan angan



    jgmarah.. selamat berpuasa pd.yb n family.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails