Thursday, June 27, 2013

Ayam Barisan




Inilah ayam yang diberikan kepada pengundi menjelang PRU 13 tempoh hari. Setiap pengundi yang terpilih di Parlimen Tanjung Karang mendapat 15 ekor anak ayam untuk diternak. 

Emak mertua aku pun dapat juga 15 ekor kerana dia pengundi di sana. Jirannya juga dapat 15 ekor tapi telah memberikannya kepada emak mertua aku kerana malas dia nak bela.

Mungkin taktik ini berkesan kerana calon Barisan di sana yang juga Menteri Pertanian (ketika itu) berjaya mempertahankan kerusi beliau.

Gara-gara ayam ini emak mertua aku tak boleh tinggalkan kampung lama2 untuk ke rumah anak2 dan menantunya .... huhu

Semasa kami balik kampung minggu lepas, dia dengan bangganya memberitahu ayam2nya itu boleh disembelih bila raya nanti.

14 comments:

  1. Replies
    1. Saya ini insan yang penuh belas kasih. Tak sampai hati nak sembelih ayam ..... hehe

      Delete
  2. Nasib baik dibaginya ayam boleh jugak dibuat lauk bila raya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itupun kalau tak dijual kpd peraih Cina oleh emak mertua saya ..... huhu

      Delete
  3. lorrr... nape tak sembelih time kenduri ni nanti.. kalau tak boleh merasa makan ayam PRU 13...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setakat 30 ekor mana cukup. Paling kurang pun 100 ekor .... ngeeeee

      Delete
  4. bagusla ada jugak pemberiannya yang berguna....
    harga ayam d kawasan sana time raya nanti mesti murah kan.. sebab org x mau beli, sembelih ayam peliharaan saja... 30 ekor tu cukupla sepanjang cuti raya... blh makan sampai jemu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagi yg rajin nak memelihara ayam memang berguna pemberian tu. Bagi yg tak rajin, dah lama ayam tu diberikan kpd org lain.

      Dulu masa ada arwah FIL dia rajin sembelih ayam kampung banyak2 bila nak raya utk makan anak cucu. Skrg tinggal MIL tak tahulah.

      Delete
  5. umpan dgn ayam ye?
    bagus jugak tu boleh buat rendang raya nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah beliau tu menteri pertanian senanglah nak dapat anak ayam. Tak perlu modal ..... hehehe

      Memang kami nak sulung Kaklong buat rendang sebab rendang dia sedap. Selebihnya nak goreng berempah. Raya sakan dgn ayam free .... hehehe

      Delete
  6. Replies
    1. Ayam dara ada, teruna pun ada.

      Tapi kalau dibiarkan bercampur, yang dara tu akan hilang daranya ..... hehehe

      Delete
  7. YB2 memang berpandangan jauh... YB tu untung sebab cepat nampak hasil..
    makchaq doakan YB yang kawan makchaq ni pun akan cepat berjaya..

    Makchaq sebelum PRU hari tu dapat gula sekilo, milosepeket, biskut lemak sepeket, kopi kapai api sepeket dan susu pekat 1 tin.. dalam beg kertas tertera gambaq calon dan isteri yang tersenyum simpul, 2 3 hari sebelum mengundi norman KRU and the geng ketuk rumah bagi tshirt barisan 2 helai.. malangnya makchaq & pakchaq tak kenai depa.....jadi bodo ja la ambik tshirt...lepas tu tutup pintu......padan la dengaq orang depan rumah eksited semacam.. kami ja tak tau..

    ReplyDelete
    Replies
    1. YB tu bukan saja berpandangan jauh tapi pandai menggunakan kedudukannya sebagai menteri pertanian untuk memberi anak ayam percuma kepada org kampung. Nak bagi projek tak ramai yang boleh diberikan. Jadi beri anak ayam ramai yg boleh dapat .... hehehe

      Terima kasih makchaq kerana mendoakan kejayaan saya. Saya pun mendoakan yang terbaik buat makchaq sekeluarga.

      Macamana makchaq tak perasan Norman KRU yg dtg bagi sumbangan? Kalau tak boleh tangkap gambar dgn retis. Tentu makchaq akan bertambah glamer .... hehe

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails