Biasanya emak Adam akan menyediakan hidangan raya iaitu ketupak segara, lontong, rendang, lodeh, sambal kacang dan ayam goreng pada petang terakhir Ramadan. Kami akan berbuka dengan seluruh ahli keluarga dan juga adik kembar aku dan keluarganya. Kami dua beradik saja. Jadi dia akan datang pada malam raya itu utk berbuka bersama kami dan arwah emak.
Semalam emak Adam memasak makanan yang sama seperti yang selalu disediakan utk malam raya. Cuma lontong saja yg takde. Tak payahlah aku tempek gambarnya di sini takut ada yg tak tahan tunggu berbuka bila melihat gambar makanan yg sedap-sedap tu.
Tahun ini emak telah tiada. Tentulah kami rasa sedih. Tapi yang dah pergi tetap akan pergi. Hidup mesti diteruskan. Kita hanya mampu mendoakan semoga emak dan abah bahagia di sana.
Tahun ini juga adalah kali pertama kami beraya sebagai ibubapa mertua.
Semalam anak sulung kami datang ke rumah bersama isterinya. Mereka datang selepas Asar dan telah menolong menyediakan hidangan berbuka.
Sebaik azan Maghrib kami pun berbuka laksana menyambut ketibaan Syawal. Tapi hakikatnya semalam baru malam Nuzul Al-Quran.
Selepas aku balik dari tadarus di surau malam tadi emak Adam meminta aku tolong temankan dia memasang langsir baru. Waktu tu dah dekat pukul 12:30 malam. Aku habis tadarus pun dah pukul 12:15.
Memang agile dan versatile emak Adam ini. Dia pijak di sofa aje utk memasang langsir tu. Kalau aku yang pijak di situ aku takut lekok terus sofa tu (alasan aje sebenarnya ..... hehehe)
Langsir hasil kerja tangan emak Adam
awalnya yb
ReplyDeleteBiasanya malam raya baru sibuk nak pasang langsir. Biarlah awal sikit tahun ni supaya tak kelam kabut
DeleteSambal goreng jowo takde ke YB...
ReplyDeleteSambal goreng jowo takde dulu semalam. Biasanya emak Adam masak bila balik ke Tg Karang
DeleteSalam, raya tahun nampaknya suasana berbeza le ye.. ada yang pergi meninggalkan keluarga tapi ada pula orang baru untuk dirai.. itulah lumrah kehidupan..
ReplyDeleteCantiknya langsir!!
Waalaikum salam che mid,
DeleteBetul tu. Anak2 saya tinggal ada seorang nenek aje sekarang. Nenek mereka yg selama ini tinggal bersama kami telah pergi buat selama2nya. Tapi sekarang anak2 kami dah ada kakak ipar sejak abg sulung mereka berkahwin bulan lepas.
Terima kasih. Buat sendiri tak mahal sangat.
As salam YB,
ReplyDeleteDah terasa2 meriahnya raya di Malaysia... terasa syahdu huhuhuuu... cantiknya langsir tu... mak Adam buat sendiri ye, untung YB :)
YB ada adik kembar? Waahhhhh :)
Waalaikum salam Marya.
DeleteLagu2 raya dah kedengaran di mana2. Org shopping raya pun dah mcm tak ingat esok. Semalam seperti tahun2 sebelumnya KL jam teruk bila org Selangor yg cuti Nuzul Al-Quran turun beramai2 utk shopping raya.
Terima kasih puji langsir tu. Hasil kerja tangan emak adamlah tu.
Haah ada adik seorang. Ada kisahnya di blog ini sebelum ini.
salam YB,
ReplyDeletefuh mak adam jahit langsir mcm paten kt kedai.
bertuah YB!
Waalaikum salam Yati,
DeleteDari mula kahwin dia jahit langsir rumah kami sendiri. Dah minat dia di samping cuba meringankan perbelanjaan suami dia ni ..... ngeeee
Saya raya di KL tahun ni. Nanti saya nak pi beraya rumah Bang YB eh? Tingin nak jumpa Emak Adam sebenarnya!
ReplyDeleteKami tak tentu lagi samada beraya di sini atau balik Tg Karang. Kalau raya di KL ni pun sekejap aje. Pergi ziarah makcik2 saya sebelum balik Tg Karang.
DeleteTapi jangan risau. Raya sebulan. Bila ada kesempatan boleh datang kalau sudi ....
Kalau saya datang raya rumah YB, saya bisa saja duduk di depan langsir itu dan tatap lama-lama. Macam orang menatap lukisan kalau pergi pameran gitu.
ReplyDeleteCantik dan kagum tengok langsir tu.
p.s: Kalau ada orang minta jahitkan pattern macam tu, jangan terima. Nanti kalau dah ramai yang gantung pattern sama, tak unik lagi dah. Dah sedondon semua sama.
Sampai begitu sekali ke? Sambil menatap langsir tu jangan lupa makan kuih raya. Tapi jangan pulak makan lontong atau laksa dekat langsir tu. Nanti kena kuah terpaksa emak Adam turunkan langsir tu sebelum habis raya ..... hehehe
DeleteEmak Adam tak ambil upah menjahit langsir. Dia buat utk kegunaan sendiri aje. Jadi cuma ada satu ajelah pattern tu (kalau tak kena tiru org) ....
Cantik curtain mak adam buat.
ReplyDeleteBerbuka ramai ni best kan...kat rumah ni selalu cuma 2 atau 3 saja...worst still..sorang!
Terima kasih memuji. Saya dah beritahu emak Adam ada org puji langsir dia tahun ni...... hehehe.
DeleteBetul tu. Memang seronok. Nenek Adam begitu teruja berbuka dgn anak cucu petang Sabtu tu.
Kesiannya MK berbuka sorang2. Yang lain pergi mana?
cantik...buat persiapan awal lagi elok..taklah penat semua benda nak buat malam raya:-)
ReplyDeleteTerima kasih di atas pujian shaliza tu. Tentu emak Adam happy bila dia baca ni.
DeleteTadi semasa melipat langsir lama, emak Adam ada sebut tahun ni taklah perlu bersusah payah menggantung langsir di malam raya. Saya kata bolehlah kita rehat masa tu .... ngeeee
cantik nya langsir tu.... untung pandai jahit sendiri. Kalau upah dah beriban-riban gaknya.... raya sungguh dah tahun ni ngan langsir baru
ReplyDeleteTerima kasih. Senyum sampai ke telinga kalau emak adam baca ni.
DeleteDia memang minat buat kerja2 tangan mcm ni dan juga memasak. Langsir lama tu dah lama betul tak bertukar iaitu sejak kami pindah ke rumah ni dekat 5 tahun yg lepas ..... huhu