Tuesday, July 16, 2013

Keikhlasan Yang Menginsafkan

Sudah menjadi seperti budaya masyarakat kita bila kita dijemput ke majlis kenduri kahwin kita akan memberi sumbangan wang ringgit kepada tuanrumah. Mungkin tujuannya untuk meringankan sedikit sebanyak perbelanjaan yang besar yang telah dikeluarkan oleh tuanrumah di dalam menyediakan jamuan makan.

Semasa aku buat majlis walimatul urus baru2 ini pun kebanyakan tetamu yang hadir turut menghulur sampul berisi wang. Ada yang hulur tanpa sampul. Ada yang memberi duit note RM50 tanpa sampul.

Yang bersalaman kosong pun sejujurnya aku tak kisah. Mereka dah sudi hadir memeriahkan majlis kami itu pun kami dah berbesar hati.

Semasa kami mengira wang sumbangan itu ada sampul yang ditulis nama pemberinya dan ada yang tak bernama. Yang tak bernama itu bukan semuanya dengan jumlah yang sedikit (segan nak bagi tahu nama kot) tapi banyak juga yang memberi RM50. Ada yang memberi sehingga RM150 tapi tak tulis namapun. Kebanyakannya masukkan duit tu dalam sampul duit raya aje. Aku dan emak Adam terharu dengan sikap mereka yang tak mahu kami tahu identiti mereka w/pun mereka menyumbang dengan banyaknya. Ini membuat aku rasa lain kali aku tak nak tulis nama bila menyumbang kpd bapak pengantin. Macam nak menunjuk pula rasanya bila ditulis tu ..... huhu.

Tak semua tetamu yang kami jemput itu orang yang senang. Ada juga terdiri daripada orang yang agak susah tapi kami jemput juga kerana mereka ini saudara mara atau kawan2 kami. Ada juga orang2 kampung emak Adam yg terdiri daripada golongan kurang mampu ini.

Melihatkan kehadiran mereka saja telah buat aku sungguh terharu. Nak datang ke tempat kami mungkin mereka terpaksa menyewa kereta. Tapi dari riak air muka mereka pada hari tersebut aku tahu mereka gembira dapat bersama2 meraikan majlis perkahwinan anak kami. Hampir menitis airmata aku melihat kehadiran mereka. Namun yang lebih membuatkan aku benar2 terharu, mereka juga salam kaut sebelum pulang. Kalau aku tak ambil, tak sedap pula. Takut disalaherti tak sudi terima daripada mereka yang bukan orang senang. Jadi aku terima juga pemberian mereka.

Semasa kami membuka sampul2 duit utk mengiranya, aku dapati di antara mereka ada yang menyumbang RM10. Jumlah yang kecil bagi kita tapi aku tahu satu jumlah yang besar bagi mereka.



Yang bagi kad Pokemon ini di dalam sampul pun ada .... hehehe






23 comments:

  1. Ada dapat sampul kosong tak..?? Hehehe...

    Masa kenduri kakak saya kot, ada dapat sampul kosong.. Tapi takpe, kitorang tak marahpun. Mungkin orang tu memang takde duit dan datang untuk memeriahkan majlis..

    Lagi besar ganjaran kalau kita tak mengharapkan segala jenis sampul ni, kan.. Itu baru betul2 ikhlas nak menjamu makan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada! Kami bersangka baik mungkin duitnya dah terkeluar dari sampul tu atau mungkin orang tersebut tengah sesak duit tapi nak datang juga. Terima kasihlah masih sudi datang. Mereka nak datang tu pun perlu pakai duit utk tambang.

      Kami memang tak harap segala jenis sampul tu. Kalau org sudi bagi, alhamdulillah. Kalau tak bagi pun takdelah kami minta ..... hehehe

      Delete
  2. Adat kita sebgitulah. Memberi walaupun sedikit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang begitulah yang diamalkan oleh kebanyakan org dalam masyarakat kita. Cuma ada segelintir yg menganggap bila dijemput kenduri kahwin ni pergi makan free. Kalau tuanrumah yg tak kisah takpe. Kalau dia mengharap sesuatu sumbangan, baru sama2 padan muka ..... hehehe

      Delete
  3. Sedih saya, sebab tak dapat hadir. Selain terlupa, saya jugak bekerja sepanjang minggu termasuk Sabtu tarikh kenduri YB tuh (tapi saya boleh balik awal). Malangnya, tiada sebarang reminder di FB saya dan saya pun lupa nak alarm di kalendar hp saya (seperti kebiasaan).

    Memang takda rezeki saya. Memang takda rezeki saya. Tapi saya tuntut bang YB belanja saya Raya nanti!

    Saya nak pi umah bang YB raya nanti, boleh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun sedih bila tengok rakan2 blogger yg lain datang tapi Azie takde. Saya memang syak Azie bekerja pada hari tersebut dan sangka Azie tak dapat balik awal.

      Apapun dah bukan rezeki Azie dan merasa makanan yg ada pada majlis tersebut. Ramai tetamu yg puji masakannya sedap (ayat saja nak kasi awak terliur ..... ngeee)

      Raya sesiapa nak datang ke rumah kami boleh datang. Semasa arwah emak saya ada dulu, raya pertama memang di rumah kami. Ramai tetamu yg datang. Tapi sejak dia takde ni mungkin raya pertama kami sambut di kg emak Adam di Tg Karang. Kalau nak datang kena selepas tu. Call dulu sebelum dtg takut kami pula keluar beraya.

      Delete
  4. Ikhlas tu hati:-) ikut kemampuankan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Shaliza.

      Kalau yg memberi itu ikhlas dan yang menerima juga ikhlas, insya Allah berkat.

      Delete
  5. aku mmg selalunya tak tulis nama.
    baik wang mahupun hadiah.
    bukannya apa.
    pemberian aku tak seberapa....



    .

    ReplyDelete
    Replies
    1. kecik pada pandangan awak tapi mungkin besar pada pandangan org yg menerima.....

      Delete
  6. Tak ada reseki pB nak kenalkan YB dengan Adam Faris.

    Lengkali kalau ada jempputan sebegini , smslah pB.Nak kenalkan YB dengan aBEar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak tunggu kami buat majlis kahwin mungkin lama lagi sebab anak2 masih belajar. Kalau nak datang beraya tu ok. Dulu pun pernah saya jemput pB sekeluarga datang beraya. Emak Adam siapkan pelbagai hidangan tapi atas sesuatu sebab pB tak dapat datang. Masa tu Adam Faris belum ada lagi ..... ngeeee

      Delete
  7. rezeki walau sedikit jangan di tolak kan :D

    salam ramadan untuk yb sekeluarga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rezeki itu kurniaan Allah. Sedikit atau banyak kita terima dgn redha dan syukur.

      Selamat menyambut Ramadan al-Mubarak kpd juliet sekeluarga. Raya nanti jemputlah ke rumah. Bila dah sampai tu, silalah masuk. Jangan ambik gambar dari luar aje pulak ...... huhu

      Delete
  8. Replies
    1. Yang dah biasa mengaut tu takde masalah pegang dan simpan sampul2 yg banyak tu. Saya yg baru kali pertama ni, kelam kabut nak pass kpd pembantu utk simpan sampul yg dah dikaut tu ..... ngeeeee

      Delete
  9. mak saya cakap sedap kurma jewel yusuf taayyupppppp tu....

    terima kaseh ye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh awak bawa balik kampung ya kurma tu? Itu idea emak Adam utk beri kurma yusuf taiyoob sebagai door gift sebab boleh buat buka puasa.

      Saya nak tukar nama jadi yunus taiyoob tapi tauke kurma tu tak layan ...... huhu

      Delete
  10. Tahniah YB dan isteri...

    Makchaq kadang2 bagi tak bersampul, pernah jugak isi dlm sampul raya cina.. x dak sampul..

    Makchaq pernah dengaq, kalau kita tulis nama tu panggil 'tanam' nanti masa kita kenduri orang tu kena balas sama banyak dengan yang kita bagi tu. Makchaq tak pernah tulih nama...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih makchaq di atas ucapan tahniah tu.

      Bagi duit tanpa sampul nanti org kata nak menunjuk pula terutama bila jumlah yg diberi tu agak banyak.

      Saya rasa elok masukkan sampul. Tak kiralah sampul raya atau sampul raya cina sekalipun supaya tuan rumah tak nampak jumlahnya.

      "Menanam" tu pun ada diamalkan oleh sesetengah org. Kalau dia beri sekian banyak dia harap org yg menerima tu akan pulangkan sebanyak itu juga bila dia buat kerja kahwin nanti.

      Delete
  11. Masa saya kahwin, ada juga yg bagi lipat kertas je dlm tu (tp bukan pokemon la hehe). Yg bagi syiling pun ade. Tp xpe, kesian org kg, bukan semua berduit. Kita pun x mengharapkan pemberian tu, depa dah dtg meriahkan majlis tu pun dah bagus sgt kan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Mereka dah datang tu pun kita dah berbesar hati. Bagi yang mampu dan nak menyumbang, kita terima kerana tak nak dikatakan sombong atau menunjuk2 mcm dah kaya sangat. Bagi yg tak mampu, tak bagi apa2 pun takpe.

      Delete
  12. Salam. Uncle yunus. Saya kawan skola hazwan. Smkts. Maaf xdpt hadir kenduri hazwan .. Dia ada bg kad jemputan kat saya sbb sy kata in shaa allah akn dtg. Tp pd date tu saya ada keluar ngra keja. Lupa nk bgtau pegantin .. Zaren pun xg. Saya sndri mmg xingat date da. Nway selamat pengantin baru buat hazwan n isteri!

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails