Thursday, June 20, 2013

Siapa Nak Beli iPad Dan iPhone Murah?

"Ayah, ayah nak beli iPad murah ni ayah?" tanya Adam sambil berlari ke arah aku yang sedang sibuk berfb    buat kerja depan komputer.

"Tengok ni iPad cuma 8 ringgit aje," sambungnya penuh teruja.

Dia menghulurkan kepada aku flyer Courts.

Aku pun melihatlah iklan barang2 letrik dengan Harga Runtuh. Untuk menjadikan ianya lebih menarik tawaran ini cuma untuk 3 hari sahaja.

Bila aku tengok harga iPad, ternyata bukanlah RM8 seperti yang Adam sangka. Harga sebenar ialah RM750 dengan atau RM8.19 setiap minggu menggunakan bayaran flexi credit.




Aku pun terangkanlah kepada Adam maksud sebenar iklan tersebut.

Kalau harga iPad lapan hinggit dah pecah Courts tu dari Subuh lagi ..... hehehe

16 comments:

  1. Assalamualaikum,
    Orang yang beratoQ di paridah beralih arah beratoQ di kot pulak ya hu hu hu hu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikum salam,

      Yang ini kalau betul beratoQ mau lebih 3 batu panjangnya ..... huhuhu

      Delete
  2. anak saya cakap ..dia nak talipon hebat....!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia nak talipoh hebat mcm talipoh emaknyalah tu ...... ngeeee

      Anak beranak memang hebat ..... !!!

      Delete
  3. kalo RM8 kak juliet nak 10 la adam :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau Kak Juliet ambil 10 yang baki 20 lagi tu ayah adam nak. Nanti boleh dia jual kat kengkawan ...... hehe

      Delete
  4. tp btol ke rega seribu lebey je iphone 5 tu..murah gak tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betullah kot sebab depa berani iklan. Tapi ada 30 bijik aje. Rasanya dah habis sebelum kedai bukak ...... hehe

      Delete
  5. Saya pun sanggup tido depan pintu court dari malam!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bolehlah temankan saya kalau mcm tu .... ngeeee

      Delete
  6. iPad RM 8???
    Nak 200 pcs la Adam.. Blh bg dekat investors as a souvenir.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pad wanita dapatlah RM8 ..... huhu

      Boleh juga tu kalau nak buat souvenir ..... ngeeee

      Delete
  7. Replies
    1. Budak besar Adam mana faham maksud tersirat iklan tu. Kadang2 orang dewasa pun ada yg tertipu dgn iklan mcm tu.

      Delete
  8. Replies
    1. Pandai dia sebab sibuk nak iPad baru. Yang lama tu berebut nak guna dgn abang dan emaknya.

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails