Monday, June 10, 2013

Nak Rumah Sebesar Mana?

Aku dan keluarga duduk rumah teres sejak aku pindah rumah sendiri. 

Dulu masa aku duduk rumah kompeni, rasalah juga duduk rumah banglo. Masa mula-mula aku ditugaskan menjaga projek di KL, kami duduk rumah banglo dua tingkat. Masa itu kami baru ada anak seorang. Terasa besar sangat rumah tu dan penat emak Adam nak kemas. Kalau untuk main kejar2 laki bini seronoklah ..... hehehe. Sebab selalu main kejar2, kami dapatlah anak seorang masa tinggal di situ.

Selepas dari KL kami berpindah ke JB mengikut projek di sana. Masa itu kami pilih rumah sebuah yg setingkat aje sebab serik duduk rumah besar. Anak pun baru dua orang masa mula pindah tu. Walaupun setingkat tapi kami bahagia duduk di situ iaitu di Taman Nong Chik. Jiran2 pun baik. Disebabkan bahagia tinggal di sana, kami dapat anak ketiga!

Selepas siap projek di JB, aku ditugaskan untuk sebuah projek lain di KL pula. Kerana base aku di Miri, aku diberi rumah kompeni di KL. Kali ini, kami memilih sebuah rumah banglo setingkat di Jalan Kent dekat Jalan Semarak sebab dekat dgn rumah emak bapak aku di Kg Datuk Keramat. Senang nak 'balik kampung' lepas kerja atau pada hujung minggu. Masa itu anak kami dah tiga orang. Kalau tak silap aku setahun lebih jugalah kami duduk di rumah itu sehingga lahirlah anak keempat kami.

Selepas aku dah tak jaga projek aku balik ke Miri ke HQ. Aku tinggalkan keluarga aku di KL kerana anak kecil2 lagi. Yang sulung baru nak masuk darjah 1. Tak sampai setahun aku di Miri akhirnya aku berpindah terus ke KL.

Maka duduklah kami di rumah sendiri - rumah teres dua tingkat.

Walaupun rumah ini tak sebesar rumah kompeni sebelum itu, kami rasa bahagia dan gembira kerana ini rumah kami sendiri. Bila aku dapat rezeki lebih sikit aku pun tambahlah rumah aku tu sampai santak ke depan dan ke belakang. Rasa luaslah rumah tersebut berbanding dgn rumah2 jiran. Duduk pun tambah selesa. Anak pun tambah lagi dua orang .... hehe.

Nak dijadikan cerita pada hari Sabtu lepas aku dan emak Adam serta 2 orang anak kami ke Country Heights, Kajang memenuhi undangan majlis bacaan Yasin dan tahlil utk arwah salah seorang jiran kami. Majlis itu dibuat di rumah kakak kpd jiran kami. Kakaknya itu mantan hakim. Arwah emak mereka pun orang ternama bergelar Datuk.

Berbekalkan alamat dan penerangan oleh jiran kami itu, aku pun mencarilah rumah tersebut setelah kami melepasi pondok kawalan. Rumah di situ semuanya banglo besar2. Maklumlah tempat orang kaya raya. Aku diberitahu keluasan tanah di situ minima 20,000 kaki persegi. Sekarang ini harga tanah saja sudah RM150 setiap kps. Ini bermakna untuk tanah saja dah RM3 juta. Tak berbaloilah kalau buat rumah harga sejuta ringgit kan?

Bila kami sampai ke rumah kakak jiran kami itu, kami terkezut sebab rumahnya jauh lebih besar daripada rumah2 lain di kawasan itu.  Nak tahu berapa besar sila lihat gambar di bawah ini


Entah ada berapa buah bilik di dalam rumah ini.

Setelah memberi salam kpd jiran kami dan keluarganya yang sedia menunggu kami di muka pintu, kami pun dipersilakan masuk. Aku dan dua orang anak aku yg lelaki diminta ke ruang di sebelah kiri manakala emak Adam ke ruang di sebelah kanan dewan masuk.  Semasa nak ke ruang tamu di sebelah kiri itu aku terlihat kolam renang di dalam rumah tersebut.

Rupanya majlis bacaan Yasin dan tahlil itu dibuat berasingan utk jemputan lelaki dan wanita.

ID di rumah itu aku anggarkan bernilai berjuta2 ringgit juga.

Jika dibandingkan rumah aku dgn rumah (mahligai) ini, memanglah macam pipit dengan enggang.

Bagi aku rumah sebesar mana sekalipun dengan bilangan bilik sehingga berbelas2, tuanrumah akan tetap berkongsi bilik dengan pasangannya. Begitulah yang aku dan emak Adam lalui selama ini dan kami bahagia dgn rumah yang kami ada sekarang.



37 comments:

  1. Replies
    1. Itulah realitinya.

      (nak sedapkan hati org yg tak mampu mcm saya ni ..... huhu)

      Delete
  2. Besar vs kecil...
    Yang utama,
    keberkatan dan kebahagiaan isi rumahnya.

    Kan? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memanglah keberkatan dan kebahagiaan isi rumah itu lebih utama daripada saiznya. Tapi kalau dapat kebahagiaan di rumah yg lapang itu adalah antara harta dunia yg paling berharga selain daripada isteri solehah dan kenderaan yg baik.

      Delete
  3. bak kata pepatah; rumah kecil tiangnya seribu, rumah besar tiangnya sebatang :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya tukang rumah atau engineer yg buat rumah tu belum habis menuntut ..... hehehe

      Delete
  4. Nak panggil anak makan kena pakai walkie talkie ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dan anak nak ke dining room dari bilik dia kena naik buggy ..... haha

      Delete
  5. woo...

    rezeki nye rumah besar...

    semoga berfaedah pada orang ramai...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harapnya mcm tu lah.

      Saya tak kenal dgn tuanrumah tapi mesti banyak jasanya kpd masyarakat sehingga mendapat gelaran Datuk.

      Delete
  6. ..salam uncle..

    lama sangat dah tak jenguk blog ni..setahun ada kot?

    rumah kat situ memang besar2. kalau uncle biasa dalam tu, ada kawasan rumah teres tapi kat dalam2 lagilah.

    lagi satu, uncle carilah rumah yusry dan lisa pulak. ada dalam tu hehe. rumah dia dekat2 jalan _____ pagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikum salam zaren...

      Org sibuk manalah ada masa nak blog walking. Lainlah mcm uncle yg takde kerja ni .... huhu.
      Anyway, terima kasih kerana masih sudi menjenguk ke mari.

      Uncle tak biasa dalam tu. Dulu pernah minum pagi di restoran dekat CIMB tu aje. Sabtu tu uncle tak sempat nak meneroka ke seluruh kawasan tu sebab nak cepat ke Nilai dan Melaka. Mungkin kalau masuk ke situ lagi lain kali bolehlah explore lebih lagi. Untung2 dapat sampai ke rumah Lisa dan dapat minum petang dgn dia .... hikkss


      Delete
  7. banyaknya duit dia orang ni kan... boleh buat rumah sebesar tu di dalam bandar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rezeki masing2. Ada di antara kita nak bayar ansuran bulanan rumah pun terbatuk2 tapi mereka ni boleh bina rumah sebesar itu ....

      Delete
  8. salam YB,
    kalau ikut hawa nafsu, besar mana pun tak puas hati

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikum salam pB,

      Kalau ikut nafsu memang kita jadi lesu. Bukan saja nak rumah besar, tapi nak bilik besar, katil besar, bilik air besar, tv besar ...... pendek kata semua nak besar. Isteri aje nak yg comey lote .... hehehe

      Delete
  9. Rumah tu ade kolam renang tak YB? Barulah best..hik3x

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sudah tentulah ada. Sebaik kami masuk kami nampak kolam renang di dalam rumah.

      Mungkin ada satu lagi di sebelah belakang!

      Delete
    2. Kaya didunia, moga kaya juga diakhirat. Aamiin.

      Delete
  10. Seronoknya tinggal kat rumah besar..hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dah tak berhutang lebih lagi seronoknya. Tidurpun lena....... ngeeee

      Delete
  11. jogging dalam rumah pun dah cukup :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha'ah kalau dah penat jogging boleh berenang pulak.


      psst - nampaknya kenalah bermula dari kosong utk jadi yg first mengomen kerana dah putus utk 2 kali berturut2 aje..... ngeeee

      Delete
  12. tuah ayam nampak di kaki..
    tuah kita tak siapa yang tahu..
    mana tahu suatu hari nanti..
    rezeki Allah bagi ..
    dapat lah kita nikmati ..

    bersyukur dengan apa yang ada.....
    rezeki Allah jugak tu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ayam laga nampaklah tuahnya di kaki. Kalau ayam serama apa pun tak nampak ...... hehe

      Kita memang disarankan sentiasa bersyukur dgn nikmat yang ada. Nescaya Allah akan tambah lagi nikmat tu.

      Delete
  13. Replies
    1. Terkesima.

      Orang Melayu ramai yg kaya raya rupanya .....

      Delete
  14. YB agaknya sempat tak tuang rumah tu jengok setiap bilik dalam rumahnya seminggu sekali...ngeee...

    Syukur alhamdulillah dengan apa yg ada rumah besar bukanlah pengukur kebahagiaan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya tak sempat beliau nak jengok setiap bilik seminggu sekali. Biasanya orang kaya ni masa mereka di rumah pun terhad kerana urusan2 lain. Bukan macam saya yg banyak masa dihabiskan di rumah ..... ngeeee

      Jika kamu bersyukur nescaya Allah tambah nikmatNya. Insya Allah bila kita bersyukur dgn rumah yg ada nanti Allah beri kita rezeki utk duduk di rumah yg lebih selesa.

      Delete
  15. Makchaq kalau tengok rumah besaq sangat rasa penat la pulak.. tambah umuq dok makin banyak.. biaq la rumah setingkat.. la ni pun dah malas nak turun naik.. kalau ada escalator/lift dalam rumah ok la kot..
    Kat rumah lama makchaq, ada seorang orang besaq bank (pencen)buat rumah berbilik2 siap kolam renang, senang anakcucu balik, dok sorang sebilik, boleh mandi kolam.. (10 thun lepas)
    Baru ni dengaq habaq nak juai dah rumah tu.. kolam pun dah kering, anak2 jarang balik, masing2 sibok.. dok sunyi berdua rumah besaq sangat.. sedih pulak makchaq rasa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah makchaq nak rumah ada escalator/lift dalam rumah. Macam citer Hindustanlah pulak .... hehehe

      Tapi memang ramai orang yg bila dah tua dah tak larat nak naik tingkat atas rumah dua tingkat depa, dok bantai duduk bilik bawah. Dah mcm bibik pulak ..... hahaha

      Makchaq tak teringin ke nak pi beli rumah org tu? Nanti bolehlah saya bawa Adam pi berenang kat rumah makchaq .... ngeee

      Delete
  16. Rumah YB pun dah besar dah...hihihih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takdelah sebesar rumah dlm gambar tu tapi cukup selesa utk kami sekeluarga rakyat marhaen ini .... ngeeee

      Delete
  17. hehehe.. rumah besar kang lagi byk anak kena tambah.. hahaha..

    saya masih menumpang~ tak mampu nk ada umah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adakah jumlah anak mengikut bilangan bilik yg ada? ..... hikksss


      Org pompuan tak perlu ada rumah sendiri. Bila kahwin nanti tanggungjawab suami menyediakan rumah .... hehe

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails